Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi

Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi !! Semoga tulisan singkat dengan kategori At Tarikh Salasilah Negeri Kedah !! Hikayat Merong Mahawangsa !! Kesah Mahawangsa. !! Siti Hawa Salleh !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Kitab Sejarah Malaya
Merong Mahawangsa

Kesekian kalinya topik ini masih jadi minat saya dalam melihat sejauh mana kewujudan naskah-naskah seni penulisan Melayu dianggap sebagai bentuk histografi yang membanggakan. Sebelum-sebelum ini saya pernah berkongsi beberapa info tentang HMM dan mendapat pelbagai respon yang baik. Kebiasaanya para pengkaji teks ini akan terbahagi kepada 2 kumpulan samada berdasarkan kepada teks HMM kajian Siti Hawa Salleh atau berdasarkan At Tarikh Salasilah Kedah. Jarang sekali kita temukan kombinasi kedua-dua teks ini dalam satu kajian.

Secara umumnya juga HMM dianggap sebagai hikayat dan mitos oleh ahli sejarah namun tidak pula bagi golongan sastera yang menganggap ia sebagai seni penulisan kreatif dan kritis. Oleh itu nyatalah bahawa tema HMM ini mempunyai 2 golongan atau perkumpulan samada secara teks atau secara ideologi.

Persoalan yang nyata ialah mengapa tidak ada kajian sejarah berkenaan hal ini? Sedangkan perkara ini sedikit sebanyak membuktikan kewujudan Kedah Tua dan jika hendak dibandingkan kepada naskah ini (jika dipercayai siap pada 1136M) dengan teks-teks lain ternyatalah ia membuktikan bahawa HMM sangat tua. Namun manuskrip asal HMM disalin pada 1821 dan dibukukan pada tahun 1840.

Oleh itu jika kita mahu berpegang kepada tarikh 1821 atau 1840 berdasarkan salinan James Low nyatalah bahawa berkemungkinan besar ia ditulis lebih awal dari tarikh 1821. Namun kesukaran paling nyata ialah bagaimana hendak membuktikan bahawa ia lebih tua?. Saya tidak ingin membincangkan hal tarikh teks tersebut dibukukan apa yang mahu saya utarakan ialah sejauh mana teks ini membantu dalam penyelidikan sejarah Kedah.

Dipercayai terdapat 28 HMM yang telah diekstrak dari naskah salinan Low dari pelbagai nama penulis termasuklah yang berada di Indonesia (naskah ini hilang). Saya hanya dapat membaca 4 versi Hikayat Merong iaitu

1.Versi Low
2.Versi Siti Hawa Salleh
3.Versi Abdullah Musa Lubis
4.Versi Mohamad Hassan ( At Tarikh Salasilah)
5.Versi Wan Yusuf (Tarikh Kerajaan Kedah)

Versi 4&5 menyalin sedikit sebanyak daripada Versi 1, manakala versi 2 adalah kajian ilmiah yang menggabungkan 4 kajian teks Barat seperti Maxwell dan Sturrock berdasarkan Versi Low. Manakala Versi 3 diterbitkan lebih awal dari versi Siti Hawa Salleh. Namun sehingga kini versi dualah yang digunapakai sebagai rujukan teks utama HMM manakala Versi 4 iaitu At Tarikh digunapakai sebagai rujukan teks utama Sejarah Kedah. Namun tahukah anda bahawa Versi 3 hingga 5 mempunyai 10% atau 20% perbezaan dari versi 1 dan 2. Perbezaan yang sedikit inilah yang sedang diperhati dan dinilai kerana 20% ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara terutamanya dari segi nama tempat dan beberapa peristiwa yang berlaku.

Soal mengapa HMM dipercayai siap pada tahun 1840 ialah jika dibaca pada bab terakhir disebut nama Sultan Ahmad Tajuddin Marhum Melaka yang bernasab hingga Sultan Muhammad Jiwa. Oleh itu teks ini mempunyai campuran kisah dan cerita nyata dan khayalan yang menyebabkan ia jatuh kedalam hal kesusasteraan. Namun saya yakin bahawa kisah-kisah awal HMM hingga kepada Sultan Muzafar Syah adalah kisah nyata yang ditulis mengikut kebudayaan Melayu dan setempat. Namun yang menyukarkan keadaan ialah hendak menentukan garis masa kerana terdapat nama-nama Raja Shiva Buddha  di dalam HMM. Selain itu pada zaman baginda terdapat beberapa naskah lain yang ditulis iaitu http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2014/06/pensejarahan-kedah-abad-ke-19-melalui.html


Mungkin berdasarkan kepada kejadian yang diceritakan agak sukar hendak mencapai maksud itu tapi jika dilihat kepada persekitaran semasa yang ditulis di dalam HMM berkemungkinan besar kita dapat melihat hipotesis kewujudan figura-figura dalam hikayat ini dan yang paling penting ialah buat masa sekarang apakah Raja Muzaffar itu ialah Raja Merong Mahawangsa?. Jika dilihat dari sudut lain ialah apakah kisah HMM ini juga terdapat di Thailand atau Patani? Jawapannya ya

Klik sini
http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/07/hikayat-merong-mahawangsa-versi-thai.html

Lebih menarik lagi ialah mengapa Kisah Raja Bersiong begitu menonjol dalam masyarakat Melayu? Apakah mungkin kerana ia telah diangkat sebagai sebuah filem? dan mengapa pula Tunku Abdul Rahman memilih kisah itu supaya difilemkan? Apa jawapan anda?


MHR


Demikianlah Artikel Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Hikayat Merong Mahawangsa Pelbagai Versi ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.