Asal Usul Bola Sepak Dunia

Asal Usul Bola Sepak Dunia - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Asal Usul Bola Sepak Dunia !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Asal Usul Bola Sepak !! Bola Sepak !! Brazil 1970 !! China !! Cuju !! France !! Harpastum !! jepun !! Jules Rimet !! Kemari !! Moscow !! Olimpik !! Palembang !! Rom !! Russia !! Sukan SEA !! Uruguay 1930 !! Yong Le !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Asal Usul Bola Sepak Dunia ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->




Memandangkan semalam Malaysia menang peringkat separuh akhir menentang Indonesia 1-0 maka terlintas di hati admin nak cari kisah sejarah bola sepak. Umumnya ramai yang beranggapan bahawa bola sepak dunia bermula di England pada tahun 1883 apabila ia mula dipertandingkan diantara bandar.

Kitab Sejarah Malaya
Maharaja Yong Le dari Dinasti Ming
Namun tahukah anda bahawa bola sepak dipercayai bermula di China sekitar kurun ke 3 SM. Permainan ini dikenali sebagai Cuju.Permainan ini mula wujud pada zaman 7 negara ataupun dikenali sebagai Warring States. Permainan ini akhirnya dimainkan diseluruh China malahan dijadikan sebagai permainan tahunan diraja pada setiap zaman atau dinasti dari Dinasti Han hinggalah Dinasti Ming. 

Terdapat pelbagai lukisan yang memberikan bukti bahawa permainan ini sememangnya berasal dari China dan menariknya ruang untuk menjaringkan gol mula dikurangkan dari beberapa gol menjadi satu gol sahaja pada zaman Dinasti Song. Menariknya permainan ini turut dimainkan oleh Maharaja Yong Le dari Dinasti Ming. 

Untuk pengetahuan korang pada tahun 1405 Maharaja Yong Le menghantar Cheng Ho untuk melantik ketua puak tersebut sebagai raja dengan memberi 2 cop mohor perak, sebuah topi, sebuah tali pinggang dan sehelai jubah. Cheng Ho kemudiannya membina sebuah tablet batu (prasasti) yang menyatakan bahawa Melaka adalah sebuah Negeri dan sejak itu Melaka tidak diganggu oleh Siam.

Ntah-ntah zaman Melaka dulu pun dah ada orang main bola.. sapa tau.. haha

Kitab Sejarah Malaya
Kemari di Jepun
Permainan bola sepak ini dikemudiannya berkembang hingga ke Jepun dan dikenali sebagai Kemari. Permainan ini mula diperkenalkan di Jepun sekitar 600M dan turut sama mengalami asimilasi seperti mana di China dengan menggunakan satu gol dan sejumlah pemain. Hari ini Kemari hanya dimainkan di kuil-kuil Shito semasa perayaan atau pesta disambut.

Walaupun begitu berkemungkinan besar permainan ini sudah mula berkembang ke seluruh dunia namun dengan cara dan peraturan yang berbeza kerana pada waktu ini semasa zaman Empayar Rom, bola sepak dikenali sebagai Harpastum. Permainan ini menggunakan bola yang lebih kecil iaitu sebesar bola lisut dan dimainkan dengan kejam dan tanpa belas kasihan sehingga membawa kepada kemalangan yang teruk seperti patah kaki dan sebagainya.

Kitab Sejarah Malaya
Harpastum pada zaman Rom
Pada tahun 1888, bola sepak moden mula diperkenalkan di England dan akhirnya mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1908 di London. Sebenarnya  pertandingan ini mula dicadangkan pada tahun 1900 di Perancis namun tidak mendapat persetujuan dari pelbagai pihak. (Admin pernah tengok satu filem pasal ni tapi dah lupa tajuknya.. dah lama sangat).
Kitab Sejarah Malaya
Bola Sepak di England
Akhirnya pada tahun 1930, World Cup ataupun Piala Dunia mula dipertandingkan dan mula diangkat sebagai Raja/Ibu segala sukan. Memandangkan ia telah dipertandingkan diperingkat dunia sebuah piala telah dicipta dan diberi nama Jules Remet iaitu bersempena nama Presiden Fifa ke 3 dari Perancis yang turut sama menjadi Presiden Bola Sepak Perancis dari tahun 1919 hingga 1942. Piala ini digunakan sehingga tahun 1970 sebelum ia dikatakan hilang dan digantikan dengan piala baru yang kekal hingga hari ini. Piala Jules Rimet pertama kali dijulang oleh pasukan Uruguay dan berakhir di tangan Brazil iaitu pada tahun 1970 dan Piala Jules Remet ini kekal berada di Pejabat Bola Sepak Brazil sehingga kini. 
Jules Remet
Kitab Sejarah Malaya
Pasukan Brazil 1970
Pada tahun 1920 bola sepak mula diperkenalkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan akhirnya dikembangkan sehingga hari ini, FAM kemudianya ditubuhkan pada tahun 1933. Setelah Malaysia mendapat Kemerdekaan FAM mula diambil alih pada tahun 1958 dan sehingga 2017 hanya terdapat 6 individu yang menjawat jawatan Presiden FAM dengan Sultan Pahang menjadi Presiden paling lama iaitu pada tahun 1984 hingga 2014 dan terdapat pelbagai detik suka dan duka dalam kancah bola sepak negara di peringkat antarabangsa namun yang paling tidak boleh dilupakan ialah apabila Malaysia layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 namun keputusan kerajaan Malaysia yang memboikot serangan Russia keatas Afganistan telah menutup peluang pasukan negara untuk menyertainya dan ia seoalah-olah menjadi badi sehingga ke hari ini. 
Kitab Sejarah Malaya
Pasukan Malaysia 1970

Walaupun begitu, sejak 20 tahun kebelakang ini menyaksikan kebangkitan skuad negara terutama sekali skuad Sukan SEA yang telah beberapa kali mendapat pingat emas. Paling best sekali ialah apabila berjaya mendapat pingat di Sukan SEA Palembang pada tahun 2011.
Admin harap momentum ini dapat dikekalkan.
Harimau Selamanya! Aummmmm..!!!!



Demikianlah Artikel Asal Usul Bola Sepak Dunia, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Asal Usul Bola Sepak Dunia ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Asal Usul Bola Sepak Dunia ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.