Sejarah Tok Temong & Geliga Embun

Sejarah Tok Temong & Geliga Embun - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Sejarah Tok Temong & Geliga Embun !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Sejarah Tok Temong & Geliga Embun ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->





Kitab Sejarah Malaya
Geliga Embun
Keberangkatan tiba Raja Mudzaffar itu telah disambut oleh orang-orang Perak di Beting Beras Basah iaitu di Kuala Sungai Perak. Menurut cerita lisan,[1]waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, kapal baginda tersangkut di Beting Beras Basah. Kemudian Raja Mudzaffar telah berseru.”[2]

“Selilit Tanah Minangkabau
Selengkung Pulau Perca
Dilingkungi ular sakti muna
Sebenarnya aku menjadi Raja
Jauhkan aku segera mala petaka
Perpisahan aku di Selat Melaka”

            Selepas seruan itu barulah kapal kenaikan Raja Mudzaffar dapat bergerak terus mudik ke hulu sehingga sebuah tempat bernama Tanah Abang yang bermakna ‘Tanah Merah’[3] iaitu Teluk Bakong hari ini. Di sinilah lebih kurang dalam tahun 1528, Raja Mudzaffar Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dan bergelar Sultan Mudzaffar Shah. Pada masa pertabalan Sultan Mudzaffar Shah itu Tun Saban dan Tuk Temong datang mengadap membawa persembahan 77 ekor gajah sebagai hadiah dari rakyat di Hulu Perak dan Temong. Tuk Temong juga telah menghadiahkan tangkal azimat bernama Geliga Embun yang sehingga kini menjadi alat kebesaran kerajaan Perak.
Menurut Sejarah Melayu, Sultan Mudzaffar Shah dijemput Seri Agar Raja Tun Mahmud anak Paduka Tuan Tun Isap Berakah dating ke Perak dan dilantik sebagai Bendahara Kerajaan Perak yang pertama.[4]

            Jawatan Bendahara menjadi kosong bila Tun Mahmud dititahkan balik ke Johor. Sultan Mudzaffar Shah dikatakan telah melantik Megat Terawis[5]sebagai Bendahara Perak yang baru. Perlantikan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Tun Saban[6].

            Tun Saban kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah yang bebas di Hulu Perak manakala adiknya Tun Perobu yang dikenali sebagai Tuk Temong dilantik menjaga Temong dekat Kuala Kangsar. Setelah Tun Saban dapat dialahkan oleh Megat Terawis, Sultan Mudzaffar Shah melantik Megat Terawis menjadi Bendahara Paduka Raja. Sejak itu jawatan Bendahara diwarisi oleh keturunan Megat Terawis sehingga tahun 1740-an. Bagaimanapun sebagai mengenang jasa Tun Saban, keturunan beliau dilantik menjadi orang Besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-kaya Seri Adika Raja sehingga hari ini[7].

            Sultan Mudzaffar Shah I memerintah Perak selama lebih kurang dua puluh satu tahun dan mangkat dalam tahun 1549. Jenazah baginda dimakamkan di Tanah Abang dan disebut Marhum Tanah Abang.

            Sultan Perak yang kedua (1549 – 1577) ialah Raja Mansor, iaitu putera Sultan Mudzaffar Shah dengan isterinya Tun Terang (anak Tun Fatimah, bonda turut Marhum Tanah Abang). Marhum Tanah Abang mempunyai enam orang putera dan puteri, iaitu Raja Mansor, Raja Dewi, Raja Ahmad, Raja Abdul Jalil, Raja Fatimah dan Raja Tengah. Raja Mansor apabila menaiki takhta Kerajaan Perak, memakai gelaran Sultan Mansor Shah[8]. Baginda bersemayam di Kota Lama Kanan dekat Kuala Kangsar. Di masa pemerintahannya, Sultan Mansor Shah dan Bendahara Megat Terawis telah berangkat ke Hulu Perak dan menetapkan sempadan negeri dengan negeri Reman di satu tempat bernama Tapong. Sultan telah meletakkan seorang wakil baginda bagi memungut cukai lombong, khususnya di kawasan Kelian Intan.

            Semasa pemerintahan baginda, Siam telah menyerang negeri Perak. Tentera Siam telah mendapat di Pangkalan Lumut. Dalam pertempuran di Setiawan, Raja Ali menantu Sultan telah terbunuh. Akhirnya dalam persetujuan perdamaian dan sebagai tanda persahabatan Kerajaan Perak juga bersetuju menghantar Bunga Mas setiap tahun kepada Kerajaan Siam. Kerajaan Perak juga bersetuju membenarkan orang Siam membeli timah  di Perak.

Di antara pembesar itu ialah Tun Saban[1]yang memerintah kawasan Hulu Perak. Tun Saban menghantar adiknya yang bernama Tun Perabu memerintah kawasan Temong dekat Kuala Kangsar. Terdapat juga riwayat yang menyebutkan Tok Temong mempersembahkan satu geliga embun kepada Sultan Mudzaffar Shah I dalam istiadat pertabalan di Tanah Abang. Geliga embun kemudiannya menjadi salah satu daripada alat kebesaran Kerajaan Perak.[2]

Geliga atau Mestika Embun,  menurut ceritanya geliga atau tangkal azimat ini adalah hadiah Tun Perak atau Tuk Tuan Puteh kepada Sultan Muzffar Shah semasa ditabal sebagai Sultan Perak di Tanah Abang dalam tahun 1528. Tuk Perak yang lebih dikenali dengan nama Tuk Temong telah datang dari Hulu Perak bersama tujuh puluh ekor gajah untuk menyampaikan persembahannya itu. Di istiadat pertabalanitulah Tuk Temong memohon Sultan Muzaffar dan keturunannya memerintah kawasan Temong hingga ke Hulu Sungai Perak. Malah Sultan Muzaffar Shah juga memperkenankan permohonan Tuk Temong supaya Sultan Muzaffar Shah dan keturunan yang mewarisi takhta kerajaan Perak menghadkan ‘kawasannya di tebing sebelah kiri (hanyut) sungai-sungai Perak sahaja.[1]

~ Dipetik dan diolah dari Cempakasari : Sejarah Kesultanan Perak, Geroda Merah, 2016.

[1]    Tun Saban dikatakan berasal daripada Melaka dan bersama Sultan Mahmud Melaka berhijrah ke Kampar (Sumatera). Kemudian Tun Saban berpindah ke Petani dan terus ke Hulu Perak menetap di Relab Reli. Lihat Raja Razmanet. Al., Hulu Perak Dalam Sejarah, (Ipoh, 1973) dan A. Halim Nasir, Sejarah Perak. (Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1977), hlm. 90.
[2]    Halim Nasir, Ibid, hlm. 92.




[1]    Ulangtahun ke-40 Perkahwinan Diraja dan Jubli Emas Istana Iskandariah (1984), hlm. 34. Bagaimanapun Sultan Idris I (1889 – 1916) telah memulakan tradisi baru dengan membina di tebing kanan Sungai Perak. Dalam tahun 1895 telah dibina istana di Bukit Chandan yang dinamakan Istana Negara. Dalam tahun 1930 Istana Negara dirobohkan untuk pembinaan Istana Iskandariah yang ada pada hari ini.
 




[1]    Diperolehi oleh almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Allallahi Shah, sila lihat N.A. Halim, Tempat-tempat Bersejarah Perak, (Kuala Lumpur: Jabatan Muzium, 1981) hlm. 67.
[2]    Ibid., Menurut tulisan dalam Hulu Perak dalam Sejarah (hlm. 4) titah seruan itu berbunyi:
“Sa-lengkong Tanah Minangkabau
Sa-lilit Pulau Perca
Di-lengkong ular Si-kotimuna
Terpisah Selat Melaka
Jika sah Beta Raja Berdaulat
Lepaslah sekalian Malapetaka.”           
[3]    Sila lihat buku Hulu Perak Dalam Sejarah (hlm. 4 – 5) mencatatkan kisah asal usul nama Tanah Abang itu berasaskan cerita sengketa dua beradik.
[4]    Shellebear, Sejarah Melayu (Singapura: Malaya Publishing House) Tun Mahmud kemudiannya dipanggil balik ke Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Lihat pengkisahannya dalam Winstedt, A History of Perak, hlm. 7 – 9.
[5]    Megat Terawis adalah di antara pengiring Sultan Mudzaffar sejak dari Kampar lagi.
[6]    Pengkisahan Tun Saban.
[7]    Lihat salsilahnya dalam A. Halim Nasir, Sejarah Perak, hlm. 111 – 113 dan pengkisahannya dalam Hulu Perak Dalam Sejarah.
[8]    Winstedt, History of Perak, hlm. 125.


Demikianlah Artikel Sejarah Tok Temong & Geliga Embun, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Sejarah Tok Temong & Geliga Embun ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Sejarah Tok Temong & Geliga Embun ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.