Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan
Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Dalam catatan sejarah Greek dan India Semenanjung ini perah digelar bumi emas atau semenanjung emas dan Prapanca pernah mencatat bahawa emas itu ialah padi yang menguning, dari jauh ia kelihatan seperti lautan emas.
Di awal catatan ini sukar hendak dinyatakan dengan kata-kata yang dapat difahami oleh semua pihak. Mungkin juga penulisan ini akan disalah tafsir oleh beberapa golongan. Namun ini sekadar pendapat yang ingin saya lontarkan moga-moga menjadi penggerak kepada lapisan yang akan datang. Artikel ini secara umumnya berkaitan dengan kefahaman dan pemahaman sejarah negara. Sejujurnya berapa ramai daripada kita yang meminati sejarah? Berapa ramai yang membaca sebuah artikel sejarah sekali imbas? Berapa ramai dari kita yang mengagumi sebuah penulisan sejarah? Dan berapa ramai pula yang benar-benar memahami erti dan nilai sejarah itu?
Di suatu sudut yang tenang kelihatan sejarah negara yang ditulis dan dipapar berlanjutan selama berabad-abad tanpa sebarang perubahan. Namun darsawarsa kini lebih menginginkan suatu suara yang maha kuat bagi menguatkan akar sejarah bangsa Melayu. Namun disebalik kedua pertembungan itu sejauh mana sejarah negara ditulis pada hari ini? Dan dimana seharusnya dimulakan agar kefahaman dan pemahaman sejarah negara dapat diimplementasi dan dijamah dengan selera oleh semua pihak? Dalam mempersoalkan kesemua itu tidak dapat tidak kita perlu menulis akan sejarah kaum lain yang bersama-sama membangunkan negara ini. Untuk meyatukan kesemua fahaman itu maka ia perlu bermula dari pendidikan. Bukankah “melentur buluh itu dari rebungnya”. Seharusnya kesemua pihak yang berkaitan perlu memandang perkara ini dengan lebih telus.
Ini sekadar lontaran pandangan dari orang yang diluar bidang pendidikan namun saya yakin ramai diantara kita yang mempunyai sikap akan sayangkan bangsa dan ingin memelihara kesucian sejarah yang terpelihara selama ini. Ketika kecil kita tidak menghargai nilai-nilai estetika dan nostalgia sejarah itu. Sejarah itu meliputi semua perkara bermula dari lahirnya manusia hinggalah beliau mati tapi ketamadunan sejarah ini mempunyai konteks yang luas yang melibatkan kaum dan tokoh-tokoh yang berada dalam tamadun itu. Jadi dimana Sejarah Melayu pada waktu ini seandainya dilaraskan pada jalan pendidikan kebangsaan?.
Beberapa tahun terbelakang atas usaha dan keinginan semua pihak, maka Subjek Sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus bagi peringkat SPM. Namun bila ditanya kepada para guru masih lagi terdapat rungutan dan suara-suara bahawa subjek sejarah itu adalah subjek yang tidak laku dan peratusannya biasa-biasa saja kerana “cukup untuk lulus”. Maka apakah kesan jangka panjang apabila perkara ini berlaku?. Apakah dengan menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan menimbulkan minat rakyat Malaysia untuk meminati sejarah? Anda punya jawapannya tersendiri. Kini subjek sejarah mula dibawa semula ke peringkat sekolah rendah untuk pelajar darjah 4. Pada zaman 70an dan 80an Sejarah dimasukkan kedalam subjek Alam&Manusia yang menggabungkan kefahaman geografi dan sejarah. Namun jika diperhalusi dengan lebih dalam pada zaman 60an, pelajar darjah 4 diwajibkan untuk membaca Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah
https://faqirullah1958.wordpress.com/category/buku-buruk/page/2/ |
“Hendak meracun pokok racunlah akarnya hendak meracun bangsa racunlah sejarahnya”
Pasti ramai yang terbiasa dengan kata-kata ini. Namun apakah tanah yang sudah diracun itu pokoknya tidak tumbuh kembali? Nah! Sedang Allah sendiri memberi jawapan kita yang manusia ini lansung tidak membuat apa-apa dan hanya berpegang kepada kata-kata tersebut. Hiduplah sekalian bangsa Melayu didalam Mitos Bumi Emas yang terkhayal dengan segala dakyah dan muslihat bangsa penjajah selama ratusan tahun ini. Umpama bani Israel yang disumpah merayau-rayau dibumi sendiri, keliru dalam mencari jalan untuk bebas. Apakah tujuan sebatang pokok itu diracun? Adakah untuk digantikan dengan pokok lain? Atau dibiarkan begitu sahaja supaya kawasan tersebut kelihatan bersih?. Sedarlah walau pokok apa pun yang ditanam rumput asal tetap tumbuh kembali. Cukuplah kita berkata dan mendengar “segala hasil mahsul dan karya moyang kita sudah dilarikan orang, sudah dimusnahkan dan sudah tiada apa lagi hendak dicari”. Apakah tidak ada lansung sisa-sia yang ditinggalkan nenek moyang kita?
Hari ini dengan segala teknologi sudah mula nampak apakah sejarah yang sebenar berlaku pada zaman dahulu para cendekiawan kita telah menemui pelbagai manuskrip Melayu yang berada di serata dunia. Hasil usaha ini maka terpaparlah kisah suka duka sebenar kepada sejarah tanah air. Namun didalam kesemua itu sudah kelihatan jelas bahawa sejarah tamadun bangsa Melayu juga tidak kurang hebatnya. Bangsa Melayu terkenal dengan sikap pelautnya, suka berniaga dan tidak suka berperang (hanya apabila keadaan memaksa). Contoh yang paling jelas ialah Kesultanan Melaka, walaupun tamadun Melaka masih lagi menjadi misteri namun tidak dapat tidak kesemua pihak bersetuju bahawa bangsa Melaka pada waktu itu sudah pandai menggunakan teknologi pada zaman tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya orang-orang Melayu pada ketika itu hanya menggunakan peralatan tradisional kerana Melaka adalah sebuah pusat entrepot paling maju di Asia dan telah menjadi pusat perhubungan diantara timur dan barat. “Pelaut Melayu merupakan golongan perantara yang menghubungkan pedagang-pedagang dari India dan sebelah Barat dengan pedagang-pedagang China dan sebelah Timur”[1]. Oleh itu sekiranya dibuat penjajaran antara kesemua tamadun didunia pada waktu itu apakah Melaka tidak menerima kesan yang sama?. Apakah Melaka tidak pernah melihat meriam, senapang dan pistol? Apakah Melaka itu tidak disebut-sebut sebagai tamadun Melayu yang gah?. Oleh itu mengapa didalam sistem pendidikan hari ini yang dipaparkan hanyalah senjata tradisional Melayu?.
“John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.”
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.”[2]
Pelik tapi benar tapi inilah hakikat yang semenjak merdeka lagi ditanam didalam minda Melayu bahawa orang Melayu ini sama tarafnya dengan kaum asli Amerika dan Australia. Lemah dan tidak berdaya dan kekal sesatlah bangsa Melayu seterusnya hingga hari ini.
Memetik kepada hala tuju pendidikan Sejarah Malaysia:
“Sejarah ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara yang mempunyai perasaan bangga dan cinta akan tanah air, bersemangat kekitaan dan perpaduan serta menjadi warga dunia yang mewujudkan persefahaman di peringkat antarabangsa. Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi aspek Kajian Sejarah Tempatan, Sejarah Negara Malaysia dan Sejarah Negara Luar yang berkaitan.”[3]
Apakah yang dapat anda fahami?, Bukankah penulisan dan pengolahan Sejarah negara perlu ditulis dengan lebih telus? sekali lagi saya tegaskan pendapat yang dilontarkan adalah dari orang yang berada diluar sistem pendidikan yang terdiri daripada peminat sejarah, pemerhati dan para ibu bapa. Saya memandang kearah sistem pendidikan Indonesia yang terasnya Pancasila (Rukun Negara), bagaimana mereka berjaya menyatupadukan seluruh pulau-pulau dibawah satu pendidikan yang sama dan menjadikan seluruh warganya sangat mengagumi sejarah bangsa mereka dan hampir menidakkan kebenaran bahawa mereka pernah dijajah Belanda. Pernah terfikirkah kita bagaimana mereka sangat menyanjungi Presiden Ir.Sukarno dan segala tamadun yang pernah mereka capai? Adakah nasionalisme bangsa itu bermulanya dengan politik? Tidak! Semua itu bermula dengan pendidikan!. Sudah sampai masanya sistem pembelajaran sejarah harus dinilai semula agar lebih kukuh dan memperkuatkan jati diri bangsa Melayu khusunya.
Saya mengakhiri penulisan ini dengan persoalan-persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Bukan hendak menunjuk pandai tapi kitalah yang bertanggungjawab kepada anak bangsa seterusnya. Angkatlah sejarah bangsa walaupun terpaksa menelan kepahitan. Moga ia menjadi penawar bagi luka pada masa hadapan. Ingatlah “bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca”, bangsa yang membaca itu akan mempertahankan agama,bangsa dan negaranya dengan cara yang paling bijak dan menguntungkan. Saya menyeru agar semua kita mendesak kerajaan supaya merombak semula sistem sukatan Sejarah di peringkat sekolah. Jangan biarkan anak bangsa kita berterusan terjajah mindanya. Jika kita ini berjiwa muslim maka pandanglah akan hebatnya ilmu daulah Umayyah Sepanyol dan Abbasiyah dan jika kita ini berjiwa bangsa maka lihatlah akan hebatnya penulisan sejarah Melayu yang dijulang sebagai antara koleksi manuskrip terbaik dunia. “Jangan tanya apa yang bangsa kamu boleh buat untuk kamu tapi tanyalah apa yang kamu boleh buat untuk bangsa kamu”. Mulakan langkah dan maralah demi anak cucumu dan bangsa mu!
Demikianlah Artikel Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Mitos Bumi Emas : Antara Khalayan, Pencarian dan Kekeliruan ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.