Tampilkan postingan dengan label Politik melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Politik melayu. Tampilkan semua postingan

Apa Peranan Pas Dalam Politik Melayu?

Kitab Sejarah Malaya
Parti Islam SeMalaysia
Menjelang PRU tidak lama lagi, ingin saya bertanya apakah peranan PAS dalam politik Melayu. Page ini bukan menumpukan perihal politik namun kami cuba menganalisis keadaan yang berlaku demi kemakmuran semua orang Melayu pada masa depan dan bila berpolitik apakah yang orang Melayu harus faham. Parti ini sudah wujud hampir seumur dengan UMNO namun dipercayai ia adalah daripada Kesatuan Melayu Muda yang telah diharamkan oleh British pada satu masa dahulu.

Parti ini mengalami pelbagai evolusi dan suka duka dalam memperjuangkan kedudukan Islam dan orang Melayu namun sejauh mana kejayaan mereka itu berjaya menyelamatkan orang Melayu yang pada masa sama seakan-akan ditipu oleh UMNO. Sebelum itu boleh dibaca apa itu politik kepada orang Melayu http://kitabsejarahmalaya.blogspot.my/2017/08/orang-melayu-tak-faham-apa-itu-politik.html

Jadi saya macam inilah, disebabkan banyak yang kata dunia ni luas terbentang dan perjuangkan Islam dengan menolak kepentingan bangsa maka saya nak huraikan serba sedikit pemerhatian saya kepada apa yang berlaku.

Orang melayu tak faham seni politik gaya islam dan gaya sekular. Biasanya kita akan jadi fanatik samada islam atau sekular. Sedangkan dalam Islam sudah ditekan konsep politik yang ada hari ini.

Bila sebut Islam Melayu nampak PAS bila sebut Melayu Melayu akan nmpk UMNO.

Kedua2nya cuba nk tarik sokongan bukan Melayu. Tapi jelas dan nyata UMNO menang. Betul prinsip yakin pada Allah. Tapi apa jalan PAS untuk meyakinkan non muslim dikala "Melayu" muslim sering buat onar dan diapit pula dengan isu2 semasa seperti islamphobia.

PAS juga tidak bertanding disemua kerusi untuk membentuk kerajaan pusat. Jadi macam mana nk urus tablighkan agama dan uruskan negara mengikut syariat sedangkan dia takda kuasa.

Perkara macam ini lah yang harus PAS atasi. Dulu PAS kuat sebab Mahathir berjaya kawal negara dgn tegas. Tempias dari situ Melayu walaupun berpecah tp bergabung dalam hal2 berkait Islam dan Melayu.

Hari ni apa pendirian PAS selain dari membawa diri dan bergado dgn PAN?. Apa penyelesaian PAS kepada maslahat ummah? Apakah PAS menjadi pendesak kepada sistem Islam sprt mahkamah Syariah supaya dinaik taraf. Dari hal ni akhirnya terpaksa juga PAS bergabung dengan UMNO untuk RUU 355 sedangkan kuasa hal ehwal Islam adalah pada Sultan. Tapi sebab PAS tidak ada kuasa majoriti maka takda apa yang mampu dibuat akhirnya.

Jadi kenapa PAS tidak menunjukkan hal ini kepada mualaf dan non muslim dan paling penting ialah mendidik pengkiutnya "apa itu politik"

Apa pendirian mualaf2 pada PAS?, Redhuan Tee dh terang2 UMNO diakhirnya dia berjuang untuk komuniti Cina Muslim walaupun pada awalnya dia berjuang untuk Melayu. "Cina"?

Jadi jika hendak mengangkat kedua hal agama dan bangsa majoriti ADUN2 Melayu tak kira parti kena ramai dan meraka akan sokong perundangan atau pergerakan Islam, maka paling mustahak sekarang pada saya ialah meramaikan Melayu di dalam Parlimen sbb kita belum ada mualaf bertanding dlm PRU.

Saya faham orang PAS tak suka, saya non partisan. Jadi saya senang nk tulis. Tuan tau Gerakan, SUPP sebagai cthnya telah bergabung dgn BN selepas 1969. Hari ni kedua parti tu adalah pendesak dari dalam dalam hal2 Cina yang diketuai MCA. DAP bertugas sebagai pencetus polemik atau menjadi pemangsa. Ini lakonan supaya org2 Cina dapat apa yang mereka mahu dari BN dan mereka berjaya dgn taktik ini. Inilah game politik yang pernah berlaku di Turki zmn Khalifah Ottoman terakhir.

Saya harap tuan faham maksud saya. Saya dulu penyokong ABIM kemudiannya UMNO dan sekejap meyokong PKR. Hari ini saya memilih calon terbaik dan yang pastinya Melayu Islam. Saya sayang bangsa saya dan saya junjung Islam di kepala saya maka saya sanggup mati untuk agama dan bangsa saya.

"Hidup bermaruah mati syahid"

Sekadar itulah pandangan saya yang fakir. Nak politik kena cerdik, teliti, mengawal emosi dan jangan taklid buta. Lagi satu baca buku2 ilmiah politik Malaysia macam

W.R Roff : Nasionalisme Melayu
Ahmad Boestaman: Dilema Melayu :
Tun M : Dilema Melayu
Kamarudin Jaafar : Dr Burhanudin Helmy, Pemikiran dan Perjuangan
Dr Burhanudin Helmy : Politik dan Agama
Ramlah Adam : Gerakan Melayu Kiri
Senu Abd Rahman : Revolusi Mental
Mitos Pribumi Malas : Syed Husein Al Attas

Dan banyak lagi.

Orang Melayu Tak Faham Apa Itu Politik


“Negara boleh lahir dan mati”

Begitu jugalah dengan mana-mana parti politik. Hari ini kita sudah mencapai kemerdekaan kali ke 60 dan selama itulah seramai 6 Perdana Menteri telah kita pilih bagi menjadi wakil suara rakyat negara ini dalam mendepani pelbagai isu terutama sekali berkaitan hal antarabangsa. Bila bercakap soal politik maka akan timbul pelbagai persepsi samada baik atau buruk.

Jika dilihat dari sudut pemikiran dan kebijaksaan politik orang Melayu berbanding kaum Cina, maka orang Melayu ketinggalan selama 30 tahun dan pernah juga muncul pendapat dari para pengkaji sejarah politik dan nasionalisme Melayu, semasa seluruh dunia menghadapi pergolakan politik Tanah Melayu seolah-olah tidak mengetahui apa-apa lansung.

Kemunculan nasionalisme Melayu muncul setelah berlakunya keruntuhan empayar Uthmaniyah dan pada waktu ini menyaksikan bagaimana Kaum Muda yang datang dari pelbagai latar belakang bangun menentang sistem yang wujud pada ketika itu.  Di China pada ketika ini telah muncul Parti Kuomintang dan pelbagai revolusi yang akhirnya meruntuhkan Dinasti Qing pada tahun 1930.

Kelemahan pentadbiran sistem beraja China dan ketidakupayaan memimpin negara menyebabkan sistem beraja itu terhapus sama sekali. Di Indonesia pula gerakan-gerakan keras sudah mula muncul dimana pemberontakan petani terhadap priyayi, bangsawan dan kapitalis Belanda telah menyebabkan rakyat Indonesia sedar bahawa pentingnya membangkitkan semangat penyatuan seluruh bangsa Indonesia.

Pada ketika inilah juga Tanah Melayu masih lagi dalam pentadbiran British yang tenang dan aman sehinggakan tidak merasa lansung apa-apa. Kesemua kaum dibawah pentadbiran British seolah-olah saling hidup bergandingan.

Kejayaan British menyediakan segala pembagunan dan mewujudkan sebuah sistem yang sistematik menyebabkan rakyat tidak begitu peduli dengan keadaan yang berlaku. Sementelahan pula mereka sudah terbiasa dengan sistem residen British yang diperkenalkan pada tahun 1897. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kefahaman orang Melayu tentang sistem ini selepas 50 tahun Tanah Melayu ditadbir.

Di bandar-bandar besar pada masa ini majoriti penduduk terdiri dari bukan Melayu malah apabila melihat jauh kebelakang kepada sistem pecah perintah, ternyatalah kaum Melayu yang paling rugi kerana tidak berjaya kedepan dan mendepani isu-isu sosial negara. Konsep sembah daulat juga menyebabkan kaum Melayu tidak berani kehadapan dan kepimpinan Melayu masih lagi terletak kepada bangsawan-bangsawan Melayu.
Hal ini turut berlaku di Indonesia seperti contoh diatas.

Namun kaum Melayu disini seakan-akan menerima bulat-bulat dengan segala apa yang berlaku. Kaum Melayu merasa cukup dengan apa yang ada dan merasa dunia ini adalah sementara. Namun setelah didesak barulah kaum Melayu bangun melawan sehingga para pentadbir British mengatakan bahawa kaum Melayu adalah pemalas dan susah hendak digunakan tenaganya.

Pengekalan Sultan-sultan Melayu oleh British harus dilihat kepada konteks yang lebih jauh iaitu sekitar 1800-1840 dimana pada waktu ini, orang Melayu yang dianggap bodoh,hodoh dan tidak tahu tentang dunia semasa bangun menentang penjajahan yang dibuat oleh Thai malah mereka kesemua bersatu menentang penjajahan itu walaupun jumlah tentera dan persenjataan yang lemah berbanding pihak Thai.

 Di negeri utara dan timur pada waktu ini, politik istana ditentukan oleh Thai maka tidak hairanlah jika dikawasan barat dan selatan politik istana ditentukan oleh British.

Pemberontakan dan pelarian orang-orang Kedah adalah bukti yang cukup jelas “negeri Kedah ditinggalkan kosong dan ia sungguh menakutkan seolah-olah negeri itu diserang geroda”. “Kaum Melayu akan lari bersama Sultan mereka dan akan mati demi Sultan mereka”. Tidak lama kemudian British ditentang oleh para pembesar Melayu seperti Dato Bahaman, Dato Sagor dan lain-lain.

Namun sepertinya dalam penentangan ini tidak ada campurtangan Sultan. Maka atas sebab itu penentangan ini dapat dihapuskan dengan mudah. Maka belajar dari pengalaman ini British merasakan adalah lebih baik jangan dibunuh atau disusahkan para Sultan Melayu dan bangsawan. Ikuti saja kehendak mereka dan dalam masa yang sama belajar dari mereka.

Jadi tidak hairanlah para pentadbir British bersungguh-sungguh belajar tentang adab dan kebudayaan Melayu yang akhirnya membawa kepada hanya kuasa adat resam dan agama Islam saja diberikan kepada Sultan Melayu dan Sultan sendiri akur dengan keputusan ini malah ia dengan jelas memperlihatkan ketidakupayaan mereka mentadbir sebuah negeri.

Kita bukan hendak melihat kepada sudut negatif para pentadbir Melayu tetapi ketidakinginan mereka belajar dari Barat menyebabkan kebanyakkan negeri Melayu menjadi mundur atau kuasa Sultan sering ditidakkan. Pada era penghujung abad ke 19 kita melihat bagaimana Thailand sebagai sebuah kuasa militer yang kuat di rantau Asia Tenggara turut merubah negaranya kepada corak yang lebih sistematik malah Rajanya sendiri menghantar sejumlah pelajar Thai ke Eropah bagi mendalami pelbagai ilmu moden. Rajanya juga sendiri membuat pelbagai lawatan dan membawa pulang pengalaman itu kepada negaranya.

Di Tanah Melayu setakat ini, hanya Sultan Perak dan Johor saja yang sering dilihat mendepani sesuatu isu malah mereka antara yang berani menyuarakan tentangan serta berjaya memajukan sistem pentadbiran negeri masing-masing. Tapi dimana kefahaman politik kaum Melayu pada awal ke 20 dan apakah hala tuju mereka kemudiannya sebelum Jepun mendarat pada tahun 1941?

Sumber
Mitos Pribumi Malas, Syed Hussein Al Attas
History of Malaysia, Barbara Andaya
Politik Al Imam, Abd Aziz Mat Ton
Sejarah Asia Tenggara, Gilbert Khoo