Dilema Melayu Siri 1
Dilema Melayu Siri 1 - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Dilema Melayu Siri 1 !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
13 mei !!
Dilema Melayu !!
Dr Mahathir !!
Senu Abdul Rahman !!
Syed Hussein Al Attas !!
Tun M !!
Tun Mahathir !!
UMNO !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Dilema Melayu Siri 1 ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Dr Mahathir Mohamad |
“Orang Melayu mempunyai keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka yang dianggap memang milik mereka tetapi disamping itu mereka juga bertimbangrasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain. Dalam hati mereka walau apa pun mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari tangan mereka dan lama-lama mereka akan kehilangan tanah air mereka. Inilah Dilema Melayu”
Kali ini ingin saya berkongsi petikan-petikan atau membuat ulasan terhadap buku ini yang ditulis pada tahun 1982 iaitu sebuah buku yang pernah diharamkan pada tahun berikutnya kerana dianggap menentang kerajaan terutama sekali UMNO. Buku ini juga turut mendapat kecaman hebat daripada tokoh-tokoh atau penganalisis politik seperti Syed Hussein Al Attas yang membidas buku ini melalui bukunya bertajuk “Siapa Yang Salah” dan “Peribadi Melayu” manakala UMNO pula melalui Senu Abdul Rahman membidas melalui buku “Revolusi Mental” dan begitulah buku ini mendapat kecaman hebat daripada pelbagai penulis amatur dan profesional.
Walaupun begitu kepada yang gemar membaca buku-buku pemikiran politik yang kritis saya sangat mengajurkan kesemua tajuk-tajuk buku ini dibaca dari sudut pandang sebagai orang Melayu bukanlah kepada arah kepartian kerana buku-buku yang seperti ini hakikatnya lebih kepada hendak menyedarkan masyarakat Melayu dari pelbagai sudut. Namun umumnya orang Melayu masih terjajah mindanya dengan pemikiran kepartian melampau yang akhirnya merugikan orang Melayu itu sendiri. Pertamanya buku ini tentulah membidas UMNO itu sendiri.
Dalam bab 2 dihuraikan bagaimana hubungan Melayu-Cina ini berlaku dimana pandangan Jepun terhadap kedua kaum ini mula berubah dimana walaupun Jepun sudah berbaik dengan orang Cina namun mereka saling mencurigai. Bagi orang Melayu pula Jepun merasakan mereka tidak lagi berguna dan selepas kedatangan British hubungan Melayu-Cina terus retak apabila British mencadangkan kerakyatan diberikan kepada orang Cina dan India. Selain itu penulis menegaskan bahawa UMNO lebih suka bergantung dan memenuhi hasrat orang/parti Cina serta sikap patuh orang-orang Melayu kepada parti UMNO.
Sikap para pemimpin yang berada didalam kabinet walaupun berubah telah menimbulkan sikap sinis kepada rakyat kerana keputusan-keputusan yang dibuat telah mempengaruhi rakyat walaupun menteri silih berganti namun harapan sebenar rakyat ialah ingin melihat seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan sikap ini bukan saja muncul dikalangan pembangkang malah di dalam penyokong kerajaan.
Sikap para pemimpin yang berada didalam kabinet walaupun berubah telah menimbulkan sikap sinis kepada rakyat kerana keputusan-keputusan yang dibuat telah mempengaruhi rakyat walaupun menteri silih berganti namun harapan sebenar rakyat ialah ingin melihat seorang pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan sikap ini bukan saja muncul dikalangan pembangkang malah di dalam penyokong kerajaan.
Menurut penulis lagi menjelang PRU 1969, kelihatan kerajaan telah melebih atau menunaikan permintaan-permintaan yang dibuat oleh kaum Cina yang telah menyebabkan orang Melayu mula berasa tidak berpuas hati yang pada pandangan orang Melayu kerajaan sedia ada telah berpihak kepada orang Cina sedangkan dalam masa sama kerajaan tidak membetulkan keseimbangan ekonomi dan kekayaan diantara kedua-dua kaum.
Kerajaan menganggap keharmonian pada ketika itu kerana orang Cina hanya berminat kepada perniagaan sementara orang Melayu hanya berminat bekerja di sektor kerajaan. Disamping itu UMNO terlalu bongkak kerana mempunyai suara majoriti dan tidak mahu lagi mendengar kritikan pembangkang dan penyokong kerajaan. Oleh itu kerajaan tidak dapat merasakan perubahan radikal oleh rakyat yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Mahathir Mohamad, 1982, Dilema Melayu, Federal Publication.
bersambung..
Demikianlah Artikel Dilema Melayu Siri 1, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Dilema Melayu Siri 1 ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Dilema Melayu Siri 1 ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.