Hantu Melayu : Seramnya...

Hantu Melayu : Seramnya... - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Hantu Melayu : Seramnya... !! Semoga tulisan singkat dengan kategori hantu air !! jembalang tanah !! polong !! puntianak !! toyol !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Hantu Melayu : Seramnya... ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Kitab Sejarah Malaya
Hantu-hantu

Dalam masyarakat Melayu terutamanya, terdapat pelbagai tanggapan dan penceritaan berkaitan dengan makhluk halus. Malah masyarakat dunia juga percaya akan kewujudan entiti ini. Namun sejauh mana masyarakat Melayu mempercayai kewujudan mahkluk ini? Apakah ia sejenis bangsa jin atau dikatakan roh yang menghadapi pelbagai masalah dan dosa sewaktu jasad mereka hidup? Jom baca...

Jenis-jenis Hantu Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia

1. JEMBALANG TANAH

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.

Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan.Upacara ini biasanya dilakukan di kawasan hutan atau busut yang terbiar.

Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangah haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka mnerasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.

2. PUNTIANAK

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak.

Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.

Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, dia bersama rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah Laut China Selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannya meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak.

Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.

3. POLONG

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.

Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

Dari segi agama Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin.

Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.

4. TOYOL

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa " budak-budak jangan pegang duit banyak banyak ". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

5. PELESIT

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan, rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.

6. HANTU AIR

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.


Sumber :-

1. Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia (Danny Lim)
2. The Malays - A Cultural History (Sir Richard Olaf Winstedt)
3. Sastera dalam Budaya dan Media (Penerbit USM)
4. Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore (Faridah Abdul Rashid)
5. Malaisie (Henri Fauconnier)
6. Vampire : A Field Guide To The Creatures That Stalk The Night - The Penanggal, Malaysia (Bob Curran)
7. The Fiction of Singapore (Yoon Wah Wong)
8. In Malay Forests (Sir William George Maxwell)
9. Sumber Terkini (Lisan).

- HPC2M -


Demikianlah Artikel Hantu Melayu : Seramnya..., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Hantu Melayu : Seramnya... ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Hantu Melayu : Seramnya... ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.