Sakai & Senoi : Saudara Melayu?

Sakai & Senoi : Saudara Melayu? - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Sakai & Senoi : Saudara Melayu? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Bateq !! Chewong !! Jahai !! Jahut !! Kensiu !! Kintak !! Lanoh !! Mahmeri !! Mendriq !! orang asli !! sakai !! Semai !! Semoq Beri !! senoi !! Temiar !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Sakai & Senoi : Saudara Melayu? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Orang Asli Sakai Senoi
Sakai

SAKAI bermaksud Sayang Awak Kerana Awak Istimewa. Melucukan, namun itulah yang berlaku pada masa kini dikalangan para remaja, ada yang secara sinis menyatakan golongan remaja pada masa kini telah terlalu moden hingga lupa maksud sebenar sakai ini.

Maksud

Kamus Dewan Online kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) melalui pautan prpm.dbb.gov.my menyediakan beberapa maksud dari istilah ini, dikongsikan dua daripada maksud sakai:

Orang yang di bawah perintah; orang bawahan yang boleh disuruh-suruh

Nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya)

Hasil carian ini jelas memberi gambaran kepada kita bahawa pada umumnya nama Sakai merujuk kepada Orang Asli, pengelibatan mereka dalam masyarakat umum merubah pengertian terhadap istilah sakai itu sendiri dengan merujuk kepada sekelompak individu yang berkhidmat sebagai orang bawahan namun mereka bukan hamba abdi.

Orang Asli

Masyarakat ini sebahagian besar mendiami bahagian pedalaman Semenanjung Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengklasifikasi masyarakat Orang Asli kepada tiga suku kaum besar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.

Negrito

Suku kaum ini pula terbahagi kepada enam suku iaitu:

Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq

Orang Kensiu pada asalnya merupakan satu suku kaum yang gemar berpindah randah sekitar kawasan utara Semenanjung dengan tujuan utama mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan makanan, semenjak mendapat pembelaan daripada pihak Kerajaan Malaysia mereka mula tinggal pada satu lokasi sahaja. Populasi masyarakat ini sebenarnya tidak begitu besar dimana ia sekadar berjumlah sekitar 204 orang dengan 39 keluarga, kesemua mereka menetap di Kampung Lubuk Lenggong, Baling, Kedah. Orang Kintak pula berjumlah 112 orang dengan 25 keluarga, mereka mendiami sebuah perkampung di pinggir Gerik, Hulu Perak. Orang Lanoh pula mendiami tiga buah kampung juga sekitar Gerik dan mereka berjumlah seramai 359 orang, seperti mana dua suku kaum awal yang dinyatakan orang-orang Lanoh juga gemar hidup secara berpindah randah bagaimanpun mereka mula meniggalkan amalan tersebut setelah mendapat perhatian daripada pihak berwajib.

Masyarakat Jahai agak berbeza dengan tiga suku kaum awal yang disebutkan, mereka merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli), mereka juga kelihatan mempunyai peradaban asas, mereka mempunyai kemahiran tersendiri dalam membina rumah daripada buluh dengan bentuk rumah mereka seperti bentuk pisang sesikat dan bumbung pula dibuat daripada daun pokok bertam dan tepus. Masyarakat ini tinggal di kuala sungai dan perairan tasik sekitar negeri Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor, di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.

Masyarakat Mendriq diisyaratkan sebagai komuniti primitif yang gemar berpindah randah, bagaimanapun kehidupan mereka bertambah baik setelah mendapat pembelaan, majoriti masyarakat ini mendiami kawasan pedalaman Kelantan iaitu sekitar Gua Musang, populasi mereka berjumlah 82 orang dengan 14 keluarga. Suku kaum Bateq pula ramai mendiami kawasan utara pedalaman Pahang, barat Terengganu dan Selatan Kelantan, populasi mereka di Pahang sejumlah 550 orang dengan 100 keluarga, di Terengganu populasi mereka seramai 41 orang dengan 12 keluarga, manakala di Kelantan terdapat 413 orang dengan 84 keluarga.

Senoi

Suku kaum ini pula terbahagi kepada enam suku iaitu:

Chewong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai,Temiar

Majoriti kaum senoi mendiami kawasan lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang, sebahagian daripada masyarakat ini memiliki kebudayaan yang unik serta kuat mengamalkan fahaman animisme seperti suku kaum Temiar dalam pemilihan lokasi penempatan mereka di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

Nota Tambahan : Suku Kaum Sakai inilah yang telah diusir oleh Bangsa Mon-Khmer setelah mereka menduduki kawasan tengah Asia Tenggara dan Suku Che Wong itu dikatakan berbahasa Siam kuno dan menurut beberapa jurnal mengenai negrito di Thailand kedatangan orang Asli ini disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Thai pada abad ke 20.

Sejarah itu menyakitkan tapi admin percaya bersatu teguh bercerai roboh, kita adalah sebahagian dari mereka malah darah kita sama seperti mereka. Admin mohon maaf buat semua orang Asli kerana kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang Melayu ke atas orang asli dari dulu dan kini.

Dipetik dan diolah dengan izin dari dan sambungannya boleh ikuti pautan ini.

http://nuraidil710.wixsite.com/nuraidil-zakaria/single-post/2016/08/19/SIAPAKAH-SAKAI


Demikianlah Artikel Sakai & Senoi : Saudara Melayu?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Sakai & Senoi : Saudara Melayu? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Sakai & Senoi : Saudara Melayu? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.