Perang Thai-Patani
Perang Thai-Patani - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Perang Thai-Patani !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
Gajah Putih !!
kedah !!
Kerajaan Patani !!
Perang Kedah Siam !!
Perang Patani !!
Perjuangan Melayu Patani !!
Sultan Kedah !!
Sultan Muhammad Patani !!
Terusan Sejuta Derita !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Perang Thai-Patani ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Gambaran Perang Thai-Patani |
Selepas kemangkatan para Ratu Patani, Raja Thonburi telah melancarkan serangan terakhir sepanjang kempen peperangan Dinasti Thonburi sebelum baginda dibunuh oleh Jeneral Chakri yang akhirnya membentuk Dinasti Chakri pada tahun 1789. Dinasti itu kekal hingga hari ini dengan nama Dinasti Bangkok namun sepanjang kempen perang Melayu-Thai dari 1776 sehinggalah 1842 menyaksikan pertumpahan darah yang begitu dasyat malah ramai yang tidak pernah terfikir bahawa perang yang berlaku ini adalah peperangan tiga segi yang bukan sahaja melibatkan Thai dan Melayu malahan juga Burma. Bagi Thai musuh utama mereka hingga hari ini adalah Patani biarpun mereka sering memberi tekanan kepada Kedah. Kekalahan demi kekalahan Thai melalui 3 Dinasti telah menyebabkan pihak Thai merasa tercabar dengan kekuatan Patani. Apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian daripada apa yang sudah ditulis di dalam buku Gajah Putih Di Bumi Geroda : Perang Melayu Siam 1767-1842. Semoga kisah ini memberi pengajaran dan iktibar.
Pada tahun 1779 Sultan Muhammad telah di paksa oleh pihak Bangkok bagi membantu angkatan tentera Thai menghadapi serangan Burma tetapi ajakan itu telah di tolak oleh Sultan Muhammad dan disebabkan itu Putera Surasi telah dihantar bagi menyerang Patani, beliau dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pathalung bersama – sama pasukan dari Palatchana dan Singgora pada tahun 1785. Tentera Thai itu kemudiannya bertolak dari Singgora dan mendarat di Teluk Kapur, Pantai Jering.Dalam versi lain selepas Putra Surasi mengalahkan tentera Burma di sempadan Tennaserim, Rama I mengarahkan adiknya itu untuk merampas semula semua kawasan selatan dari Chumpon hingga ke Nakhon Si Thammarat. Putera Surasi telah berhenti di Singgora dan mengutus surat ke Patani, Kedah dan Terengganu dengan memberitahu kesemua negeri ini supaya kembali menjadi negeri naungan Thai. Akhirnya pada tahun 1786 Patani di tewaskan dan Sultan Muhammad terbunuh kerana terkena bedilan meriam dan Kota Gerisik di tawan. Kekalahan ini berpunca daripada pengkhianatan Nai Chan Tung dan kekurangan senjata api oleh pasukan Patani bagi menghadapi serangandaripada Kerajaan Thai serta ketidaksediaan Sultan Muhammad menyiapkan angkatan perang. Selepas serangan inilah 2 buah meriam Patani telah dirampas dan dibawa pulang ke Bangkok.
Namun agak menghairankan juga setelah beberapa kali utusan dari Bangkok datang ke Patani, Sultan Muhammad tidak sedikit pun merasa curiga bahawa negerinya akan diserang pada suatu masa nanti atau apakah kerana kemenangan Patani pada masa-masa lalu memberikan keyakinan kepada baginda bahawa tentera Thai tidak akan berani lagi menyerang Patani?. Di dalam peperangan ini dianggarkan seramai 90,000 orang Patani melarikan diri ke seluruh Negeri – negeri Melayu. Seramai 15,000 daripadanya telah lari ke Kedah. Sultan Abdullah (Kedah) telah diberi amaran oleh Gabenor Thai supaya tidak menerima sebarang pelarian dari Patani dan ini telah menimbulkan kerisauan kepada baginda kerana mungkin selepas ini negeri Kedah pula akan diserang kerana baginda sendiri merasakan tidak mampu untuk menghalang kemasukan orang Patani ke dalam Kedah. Pada waktu inilah juga dikatakan bahawa Sultan Abdullah telah memajakkan Pulau Pinang dan telah dihuraikan pada bab 3 yang lalu. Di samping itu seramai 4000 orang telah di tawan dan di bawa ke Bangkok dan dijadikan buruh paksa bagi mengorek Terusan Sejuta Derita.
Menurut Light, selepas kejayaan Thai menakluk Kota Gerisik ketua panglima Thai mengarahkan semua lelaki,wanita tua dan kanak – kanak di ikat dan dicampak ke tanah dan kemudiannya mereka dipijak dengan gajah sehingga mati. Adakah orang – orang Thai sedang membalas dendam yang amat sangat kepada orang-orang Patani kerana kekalahan mereka pada masa dahulu?, mengapa sebegitu kejam mereka melakukan perkara sedemikian terhadap para tawanan apatah lagi kepada kanak-kanak?. Hina dan seksanya menjadi tawanan perang biarpun sudah kalah namun tetap juga diinjak-injak!. Mungkin menurut pihak Thai perbuatan itu adalah sebagai pengajaran agar orang-orang Patani tidak akan menentang mereka. Oleh itu pemerintah Thai telah melantik Tengku Lamidin sebagai Raja Patani yang baru namun pada tahun 1791 baginda juga memberontak dan dalam peristiwa ini baginda telah dibantu oleh Syeikh Abdul Kamal al-Makki dan bersatu dengan pasukan Raja Annam iaitu Okphaya Cho So yang beragama Islam. Di dalam perancangan tersebut Raja Annam akan menyerang dari arah utara manakala pasukan Patani akan menyerang dari arah selatan dan akhirnya kedua-dua tentera ini telah menyerang kedudukan Thai di Taluban,Patani, Kampung Bukit Anak Gajah, Chenak, Tiba (hari ini didalam wilayah Singgora) . Pasukan tentera Thai dari Singgora yang bertahan telah berundur sejauh Berdelung yang pada waktu itu diperintah oleh Phra Krailat. Akibat daripada tindakannya yang lambat itu Phra Krailat telah digantikan oleh Khang Lek. Peperangan yang berpanjangan dan berada jauh dari Patani menyebabkan pasukan Tengku Lamidin berundur dan dalam masa sama gabungan Singgora-Ligor-Berdelung-Bangkok mengejar mereka ke Patani dan akhirnya pemberontakan itu berjaya dipatahkan. Patani kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Singgora manakala negeri-negeri lain diletakkan dibawah kuasa Ligor.
Seterusnya Patani terus bergolak dan dipecah perintah kepada 7 negeri sehinggalah Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan Patani kekal dalam wilayah Thai biarpun para pemimpin Patani pernah beberapa kali mencuba untuk menyertai Malaya. Saya berharap dengan kajian ini akan membuka mata banyak pihak bahawa sesungguhnya mara bahaya sentiasa datang pada bila-bila masa.
Al fatihah buat nenek moyang yang terlibat dalam peperangan ini.
MHR.
Buku wajib dan sampingan tentang Patani dan Negeri Utara |
Klik untuk dapatkan buku-buku diatas
https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya/photos/a.540904952684959.1073741827.540897839352337/1231527516956029/?type=3&theater
Demikianlah Artikel Perang Thai-Patani , Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Perang Thai-Patani ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Perang Thai-Patani ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.