Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula?
Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula? - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
dari Ad-Dien !!
Fiqh !!
Soal Jawab !!
Soalan Netizen !!
Telegram Channel !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Soalan:
Dalam keadaan berwudhu tetiba air berhenti/tiada nak basuh kaki masa tu dalam keadaan 10 minit begitu air tu baru on bolehkah teruskan wudhu @ perlu perbaharui wuduk sekali lagi.?
Ad-Dien menjawab:
Jumhur ulama' berpendapat tidak wajib muwalat (bersambung terus menerus) ketika wudhu' tetapi ianya sunat. Sebahagian ulama' yang mewajibkannya juga membenarkan tafriq (memisahkan basuhan wudhu') dalam sesuatu tempoh jika dharurat atau ada uzur/keperluan mendesak. Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat ianya sunat sahaja sebagaimana yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu', Al-Mawardi, As-Suyuti dan ulama' lain.
Muwalat dalam bahasa mudahnya ialah kita terus membasuh anggota wudhu' yang berikutnya tanpa berhenti dalam sesuatu tempoh.
Contohnya lepas basuh muka terus basuh kedua tangan kemudian terus dengan kepala dan seterusnya hinggalah selesai wudhu'. Macam yang selalu kita lakukan ketika berwudhu', itulah yang dinamakan muwalat.
Jika kita berhenti dalam sesuatu tempoh kerana sesuatu sebab seperti soalan diatas, atau kerana keuzuran/dharurat yang lain, maka dibolehkan untuk berhenti seketika kemudian sambung basuhan wudhu' itu apabila telah mendapati air.
Jika tempoh berhenti wudhu' itu agak lama (mungkin beberapa jam) mengikut pendapat mazhab Syafie, boleh untuk sambung wudhu' tersebut. Namun memperbaharui wudhu' dan mengambilnya secara muwalat adalah lebih afdhal.
[Rujuk Al-Majmu' 1/452, Al-Hawi lil Mawardi 1/164-165, Al-Mughni Ibn Qudamah 1/192]
Wallahua'lam.
_________
Ad-Dien Abdul Kadir
Isnin_02/01/2017
telegram.me/addien90
Demikianlah Artikel Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Air Tiada Ketika Berwudhu', Perlu Ulang Atau Sambung Semula? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.