Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian?

Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian? - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Adat Kebiasaan !! Fiqh !! Isu Semasa !! Soal Jawab !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->







Beberapa hari lalu semasa awal menyambut hari raya, ramai yang bertanyakan kepada penulis adakah kuah daripada masakan ayam atau daging yang tertumpah ke pakaian itu najis sehingga ianya menyebabkan solat seseorang itu tidak sah jika memakai pakaian tersebut semasa solat?

Ianya berpunca daripada status facebook yang dimuat naik seperti berikut:

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



Sebenarnya ianya bukanlah isu kuah itu sendiri tapi ianya isu darah yang masih berbaki/wujud pada daging atau tulang haiwan sembelihan. Apabila ianya bercampur dengan masakan, adakah ianya menjadi najis ataupun tidak. Ini isu yang sebenarnya, bukannya semata-mata kuah itu sendiri. Mungkin itu yang penulis status tersebut tidak sebutkan hingga menjadikan orang ramai terkejut dan sedikit “huru-hara” di alam maya.

Apakah status darah yang masih berbaki pada daging?

(فرع) مما تعم به البلوى الدم الباقي على اللحم وعظامه وقل من تعرض له من اصحابنا فقد ذكره أبو إسحق الثعلبي المفسر من اصحابنا ونقل عن جماعة كثيرة من التابعين انه لا بأس به ودليله المشقة في الاحتراز منه وصرح احمد واصحابه بان ما يبقى من الدم في اللحم معفو عنه ولو غلبت حمرة الدم في القدر لعسر الاحتراز منه وحكوه عن عائشة وعكرمة والثوري وابن عيينة وأبى يوسف واحمد واسحق وغيرهم واحتجت عائشة والمذكورون بقوله تعالي (الا أن يكون ميتة أو دما مسفوحا) قالوا فلم ينه عن كل دم بل عن المسفوح خاصة

Imam An-Nawawi mengatakan bahawa ianya tidak mengapa kerana ianya merupakan masyaqqah (kesukaran) untuk berhati-hati. Bahasa mudahnya, darah yang masih berada pada tulang atau daging sukar untuk dibersihkan atau untuk dipastikan ianya betul-betul tidak ada sebelum ianya dimasak dan sebagainya.

Ini juga pandangan Imam Ahmad dan ashabnya yang mengatakan bahawa darah pada daging itu dimaafkan walaupun jelas akan kemerahannya (maksudnya jelas kewujudan darah tersebut- pen.)
Ini juga pandangan Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu ‘anha, Ikrimah, Al-Thauri, Ibnu ‘Uyainah, Abi Yusuf, Imam Ahmad, Ishaq dan selain daripada mereka. Aisyah radhiallahu ‘anha dan yang lainnya berhujjah dengan dalil daripada firman Allah ta’ala:

...قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mendapati dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi mereka yang ingin memakannya melainkan ianya bangkai, atau darah yang mengalir.... (hingga akhir ayat)” [Al-An’aam:145]

Mereka mengatakan bahawa Allah tidak melarang/mengharamkan makan seluruh jenis darah melainkan darah yang tertumpah/mengalir. [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab 2/557]


Imam Ibn Kathir menaqalkan pandangan qatadah ketika menafsirkan ayat diatas. Kata Qatadah:

حرم من الدماء ما كان مسفوحًا، فأما لحم خالطه دم فلا بأس به
“Diharamkan daripada darah apa yang mengalir/tertumpah. Adapun daging yang bercampur dengan darah (terdapat darah berbaki padanya-pen.) maka ianya tidak mengapa.” [Tafsir Ibn Kathir 3/352]


Imam Al-Qurtubi mengatakan:

فالدم هنا يراد به المسفوح لان ما خالط اللحم فغير محرم بإجماع، وكذلك الكبد والطحال مجمع عليه
“Darah yang dimaksudkan haram disini ialah darah yang tertumpah/mengalir kerana apa yang bercampur dengan daging maka ianya tidak haram dengan ijma’ para ulama’ contohnya seperti hati, limpa yang disepakati keatasnya.” [Tafsir Al-Qurtubi 2/222]


Kesimpulan Penulis:

Darah yang berbaki pada daging baik itu dimaafkan baik ketika bercampur dengan kuah ataupun tidak. Sebaiknya jika jelas kelihatan kuah daging pada pakaian akibat tertumpah, maka basuhlah terlebih dahulu kesan kotoran itu. Jika mampu, tukarlah pakaian lain namun jika tidak mampu dan bersolat dengan pakaian tersebut, tidak mengapa.


Wallahua’lam.

Ad-Dien Abdul Kadir
Selasa_19/07/2016
14 Syawal 1437 H



Demikianlah Artikel Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Najiskah Kuah Daging Yang Tertumpah Ke Pakaian? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.