Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat

Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Fiqh !! Isu Semasa !! Soal Jawab !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Antara poster berkaitan isu gabung makanan



Isu gabungan makanan atau food combining  (seperti poster diatas) ini telah lama disebarkan dalam laman sosial malah ada juga yang keras mengatakan ianya sunnah Nabi. Mesti makan aturannya sekian sekian kerana ianya sunnah. Persoalan disini benarkah ianya sunnah? Dan persoalan yang lebih penting untuk dikaji ialah benarkah ada sebarang riwayat khas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan larangan menggabungkan makanan atau riwayat yang menunjukkan Nabi menyuruh sahabat makan mengikut sesuatu gabungan makanan tertentu?

Jawabnya tiada.

Tiada riwayat yang spesifik dan khas menyebutkan hal ini dalam sumber-sumber hadith yang utama. Sebahagian orang mendakwa ada riwayat mauquf berkaitan hal ini namun tidak dapat dipastikan sumbernya. Menurut kaedah, orang yang menthabitkan adanya kewujudan sesuatu perkara, hendaklah membawa bukti. Bukannya orang yang menafikan.

Jadi daripada mana asal-usul isu ini timbul?

Sepanjang pengetahuan saya, wallahua’lam, ianya bukanlah hadith tapi saranan dan pandangan ulama’ silam yang mengkaji pola pemakanan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Antara yang menyebutkan hal ini ialah Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (wafat 751H) dalam kitabnya Al-Tibb An-Nabawi.

Mungkin kerana salah faham kalam ulama’ maka sebahagian orang menganggap ianya adalah hadith Nabi. Yang sebenarnya ianya adalah pemerhatian atau kajian Ulama’ tentang pola pemakanan Nabi berdasarkan hadith-hadith berkaitan dengan makanan, bukannya ucapan daripada Nabi sendiri.


Adakah Ibn Qayyim salah?

Tidak. Apa yang disebutkan oleh beliau adalah kajiannya berkaitan dengan riwayat-riwayat berkaitan pemakanan Nabi. Dan hendaklah diingat bahawa ia juga sangat berkaitan rapat dengan adat dan tajribiyyah masyarakat Arab dizaman itu. Nabi makan apa yang biasanya ada di daerah tersebut, Makkah dan Madinah. Makanan ruji disana pada waktu itu tidak sama seperti di tempat kita bahkan di Makkah dan Madinah sekarang juga sudah maju dan punya pelbagai jenis makanan.

Juga perlu diingat bahawa kebiasaan masyarakat sesuatu tempat tidak sama seperti kita. Contohnya bagi masyarakat Arab, makan ikan dengan susu itu sesuatu yang tak elok dan  tidak menjadi kebiasaan mereka. Tapi di negara kita, kita tidak ada masalah makan Ikan dengan minuman yang bersusu seperti teh tarik, milo dan apa jua minuman berasaskan susu. Apa yang ditulis oleh Ibn Qayyim menurut saya adalah kajian pemakanan Nabi di zaman Nabi.


Adakah ianya Sunnah?

Menurut saya, ia bukan sunnah masyru’iyyah (sunnah yang disyariatkan) malah tidak ada nas-nas khusus berkaitan dengan larangan gabungan makanan tertentu melainkan ianya kebiasaan masyarakat Arab dizaman Nabi.

Malah guru saya, Ustaz Umar Muhammad Noor ketika kami berdiskusi berkaitan masalah ini berkata:
“Sunnah Nabi ialah makan-makanan yang menjadi kebiasaan di tempatnya.”

Jadi amalan yang sunnah ialah kita makan-makanan yang menjadi kebiasaan tempat kita. Adapun petua-petua perubatan seperti kurma ajwa’, madu dan sebagainya yang memang thabit daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka mengamalkannya menjadi sunnah yang wajar dicontohi.


Jadi bolehkah gabung makanan?

Jawabnya boleh selagi tiada bukti yang menunjukkan kemudharatan atau bahaya yang timbul jika menggabungkan makanan tersebut.

Imam An-Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadith Nabi gabung makan mentimun dengan tamar kering, beliau berkata:

جواز أكلهما معا وأكل الطعامين معا والتوسع فى الأطعمة ولاخلاف بين العلماء فى جواز هذا
Dibenarkan makan kedua-duanya bersama-sama dan makan dua-dua jenis makanan bersama-sama dan ada keluasan dalam bab pemakanan. Tidak ada khilaf (perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama’ dalam membolehkan perkara ini. [Syarh Sahih Muslim]

Ini sebagaimana kaedah fiqh berkaitan urusan dunia menyebutkan:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
“Asal sesuatu perkara itu harus sehinggalah adanya dalil yang menunjukkan keharamannya”


Rumusan:

Boleh menggabungkan makanan selagi mana tidak ada bukti yang sahih daripada pakar (doktor dizaman ini) bahawa menggabungkan makanan itu menyebabkan penyakit tertentu. Selagi mana ianya tidak dibuktikan, maka ia termasuk hal dunia yang diharuskan.

Ad-Dien Abdul Kadir
Ahad_31/01/2016



Wallahua’lam.


Demikianlah Artikel Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.