Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat!

Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat! - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat! !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Fiqh !! Isu Semasa !! Soal Jawab !! Telegram Channel !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat! ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->







#SoalJawabAdDien #Soalan16

Isu ini antara isu yang viral di laman sosial dan ramai yang tanya tentang ini. Saya baca begitu banyak tomahan, kutukan, fitnah dan yang sewaktu dengannya. Saya tak mengenali ustaz ini tapi dakwaan beliau sedang "whatsapp/mesej" sambil solat bagi saya keterlaluan dan tak masuk akal.

Sebahagiannya mendakwa ustaz ini sesat, jahil dan macam-macam lagi ucapan yang tak elok didengar.

Sedangkan perkara ini bukanlah benda yang baru dalam perbincangan fiqh Islam. Para ulama' membahaskan isu ini biasanya dalam bab qiraatul quran bil mushaf athna solah (bab baca Al-Quran menggunakan mushaf ketika solat)

Para ulama' berbeza pandangan dalam isu ini dan ada beberapa masalah yang dibincangkan. Ringkasnya membaca Al-Quran dengan menggunakan mushaf Al-Quran dibenarkan dalam Mazhab Syafie dan Hanbali dan ianya dibenarkan bagi Imam sahaja untuk solat sunat sahaja seperti solat tarawih dan sebagainya.

Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab (4/27):

"Membaca Al-Quran daripada mushaf tidaklah membatalkan solat sama ada dia hafaz atau tidak (ayat tersebut)..."

Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi (wafat 620H) dalam kitabnya Al-Mughni (1/411):

"Imam Ahmad berkata: Tidak mengapa jika membaca Al-Quran dengan melihat mushaf ketika solat qiam (solat sunat malam)..."

Kata Imam Zakaria Al-Ansari (wafat 926H) dalam Athna al-Matholib syarh Raudh At-Tolib (kitab penting mazhab Syafie):

"...Menyelak mushaf masa solat bagi Imam tu tak termasuk pergerakan besar yang boleh membatalkan solat..."


Kesimpulan:

Apa yang dilakukan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu kesalahan dan ia dibenarkan. Hanya sahaja mushaf yang digunakan berbentuk moden (aplikasi dalam telefon).

Kesemua syarat yang disebutkan oleh ulama' silam yang membenarkan melihat mushaf dipenuhi oleh ustaz tersebut iaitu:

1. Imam (bukan makmum)
2. Dilakukan pada solat sunat (dalam video itu solat tarawih)

Jadi, cercaan buruk yang dikatakan kepada ustaz tersebut sangat tidak patut dan menunjukkan kejahilan pengutuk tersebut. Semoga isu ini dapat diakhiri dengan baik.

Sampaikan pada mereka yang viralkan isu ini.

Wallahua'lam.
______________
@Ad-Dien Abdul Kadir

12/11/2015


Demikianlah Artikel Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat!, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat! ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Penjelasan Fitnah Imam Main Whatsapp Ketika Solat! ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.