Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2.

Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2. - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2. !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2. ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Sribuza/Zabaj
Sejak zaman Khalifah Usman ra-di mana pada masanya Islam masuk ke Jawa dan utusan-utusannya telah sampai ke negeri Cina-orang-orang Arab telah berangkat ke Laut Putih dengan kekuatan angkatan laut dan serangan-serangan yang dahsyat untuk menguasai pulau-pulau yang dekat dengan pantai-pantai yang dikuasai Islam. Tujuannya adalah untuk mencegah timbulnya kekacauan yang dilakukan para penduduk pulau-pulau yang berdekatan dengan pesisir negeri Syam.
          Pada tahun 27 atau 28 H (647 M) kaum Muslim mengadakan pertempuran laut di Kepulauan Cyprus. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dikatakan bahwa Rasulullah SAW bangun dari tempatnya dengan tertawa. Lalu Ummu Haram bertanya kepada baginda SAW, "Apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Orang-orang di antara umatku menunjukkan kepadaku sebagai pejuang fi sabilillah yang
mengarungi gelombang laut seperti raja-raja di atas singgasana." Lalu Ummu Haram berkata kepada beliau, "Mohonkanlah kepada Allah agar Ia menjadikan aku termasuk di antara mereka." Lalu Rasulullah pun mendoakannya. Ummu Haram mengarungi laut di masa Muawiyah berkuasa di Syam, pada masa kekhalifahan Usman.[1]Pada waktu inilah harus kita faham bahawa Islam sudah mula menggunakan jalan laut untuk melaksanakan usaha-usaha dakwah. Seperti yang kita faham sesungguhnya pedagang-pedagang Arab sudah lama mengatahui jalan ke China dan sudah pastilah mereka ini telah melalui lautan kita ini.
Pada tahun 657M Muawiyah Ibn Abu Sufyan telah mengisytiharkan dirinya sebagai  Khalifah Umayyah yang pertama dan meninggal dunia pada 680M. Pada zaman Daulah Umayyah armada Islam mula diperkuatkan untuk menghadapi serangan daripada kerajaan Rom. Maka dari situlah kita boleh beranggapan bahawa berkemungkinan “utusan” dari Umayyah lah yang telah dihantar ke pulau-pulau Melayu. 

Kerajaan Islam paling awal pernah wujud di alam Melayu dari sumber China bernama Ta-Shi[2] pada tahun 650M [3] Kerajaan ini kemudiannya bersatu dengan kerajaan Perlak[4] dengan memakai nama Ta-Jihan sehinggalah ia digantikan dengan nama Samudera. Satu lagi rujukan yang masih awal dan sejauh dari fakta-fakta yang berkenaan ialah ketibaan duta Arab pertama datang  ke Istana Cina yang direkodkan pada tahun 651 AD dalam Kiu Tang-Shu  dan wakil raja tersebut diberikan nama sebagai Ta-shi, nama peribadi Ta-Shi tersebut ialah   Han-mi-mo-mo-ni, berkemungkinan membawa maksud Amir al-Mukmin atau khalifah orang-orang mukmin, yang pada masa itu disandang oleh Saidina Uthman. [5]

Menurut catatan China, orang Arab telah datang di tanah Jawa pada 674M-675M[6]dan telah mendirikan perkampungan di Sumatera Utara pada tahun 684M dan pada masa yang sama juga Islam telah sampai ke China sejak abad ke-7 M, yakni abad Pertama Hijriyyah, dan dibawa oleh orang Arab sendiri. Sehubungan dengan itu, rekod sejarah China ada menyatakan bahawa pada zaman pemerintahan Thai Sung (627 – 655M) sekumpulan orang Islam di bawah pimpinan Ibn Hamzah, iaitu anak kepada Hamzah b. ‘Abdul Muttalib, sepupu Rasulullah s.a.w.,  telah datang ke China dan tinggal di kawasan San Gan Fou. Kumpulan pertama ini diikuti pula oleh
Muslimin yang lain yang mengikuti jalan laut dan tinggal di Yunnan (selatan China). Mereka dan termasuk juga orang Parsi telah datang ke China ketika itu kerana hubungan perdagangan adalah cukup baik antara Asia Barat dengan China.[7]Dalam rekod China yang lain juga dinyatakan telah datang beberapa kali utusan dari Arab Istana China dari zaman Umayyah hinggalah Abbasiyah [8]ada juga pendapat yang menyatakan kehadiran Saad Ibn Abi Waqqas ke China pada tahun 651M, sesetengah sejarawan mengatakan beliau datang melalui darat dan ada pula yang mengatakan beliau datang dari laut.[9]Walaubagaimanapun jika dirujuk dari Hayatus Sahabah pula menyatakan bahawa bukanlah Saad Ibn Abi Waqqas tetapi Saad Ibn Lubaidal yang telah sampai ke China, walau apapun pendapat –pendapat ini tetapi tetaplah mempunyai persamaan iaitu Islam telah sampai ke China samada melalui darat atau laut.

Didalam catatan Mas’udi yang tiba disini pada 950M pula ada menyebut “dengan kapal kecil mereka berpusing mengelilingi kapal yang singgah ke tempat mereka dan kemudian menembak pelbagai jenis panah beracun” Paul Wheatly mempercayai ia merujuk kepada Orang Laut yang berada di Pulau Tioman.[10]

Menurut al-Masudi Maharaja Sriwijaya memiliki empayar yang sangat luas dan kekuasaannya mencakupi 6 lautan hingga ke laut Annam (Champa). Menurut catatan beliau pada 955M kekuasaan Sriwijaya termasuklah pulau-pulau yangterletak didalam Laut China Selatan dan Kalah(Kedah) . Di dalam satu lagi kerja (955 AD) beliau pengarang yang sama menyatakan bahawa Maharaja adalah  raja kepulauan Zabag dan pulau-pulau lain di laut China, antaranya ialah Kalah dan Sribuza .Sribuza berkeluasan kira-kira 400 parasangs[11]  dan dari benua dipenuhi dengan pelbagai tanaman. Putera ini juga mempunyai kepulauan Zàbag dan Râmnî dan banyak lagi  yang saya tidak dapat menamakan dan  kerajaan  Sriwijaya  berkuasa atas semua laut yang keenam, atau lautan Campa (iaitu Annam) . Alberuni menyatakan bahawa kepulauan Zâbag dipanggil
Suvarnadvipa di India. Ibn Sa'id  (abad ke-13) mengatakan, kerajaan Zâbag sangat terkenal dikalangan pengembara. Pulau yang terbesar ialah Sribuza[12], 400 batu panjang (utara ke selatan) dan 160 batu lebar. Adalah untuk untuk memasuki negeri tersebut melalui jalan air dan pusatnya dikenali sebagai Sribuza, sehingga yang satu cabang daripada menembusi laut, terletak di tengah-tengah pulau  itu . Sekali lagi pengarang yang sama memerhati: Cerita mengenai Maharaja Sriwijaya sangat banyak dicatat didalam pelbagai buku . Emas terbaik boleh  didapati di sana. Maharaja mereka diperkirakan sebagai antara Maharaja yang sangat kaya di kalangan raja-raja terkaya di India, dan beliau memiliki bilangan terbesar gajah. Kepulauan yang terbesar di Nusantara ini terletak kota Maharaja dimana keluasannya adalah 200 batu panjang dan kira-kira 100 batu lebar. [13]

Pada pendapat Roland Braddell, para pedagang Arab menyebut Sriwijaya sebagai Zabag (Sabak). Manakala Jean Sauvaget menolak perkataan Sribuza itu kerana menurut terjemahannya  dari penulisan  Abu Zyad Hasan didalam kitab Akhbar as-sin wa I-hind (Hikayat China dan India)[14] penulisan Arab tidak sama dengan bunyi sebutan dalam bahasa Arab dan ia perlu ditafsirkan megikut sistem transkripsi Arab tertua kerana huruf v  diterjemahkan menjadi huruf b dan huruf j sebagai z. Dari pembacaan diatas maka fahamlah kita dimana kedudukan Sriwijaya sebenarnya. Maka sekarang kita melanjutkan pula pencarian kita dimanakah Sribuza itu dan mengapa pada waktu itu orang-orang Malayu dipanggil Saba’. Haruslah diingatkan bahawasanya Melayu itu bangsanya hingga ke Tanah Arab.[15] Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni mencatatkan bahawa Kepulauan Zabaj itu juga disebut sebagai Suvarnadipa (Pulau Emas) oleh orang-orang Hindu. [16]

Antara buku –buku penulisan dari Arab yang menerangkan tentang Kerajaan-kerajaan Nusantara ialah:
1)      Al Masalik wal Mamalik (Book of Roads and Kingdoms) – Ibnu Khardazbah[17]
2)      Kitab al-Buldan (Concise Books of Lands) – Ibnu Faqih[18]
3)      Silsilat at Tawarikh – Saudagar Sulaiman dan Abu Zeidal Hassan
4)      Muruju’z Zahab (Meadows of Gold) – Al-Mas’udi [19]
5)      Kitab al-Hind (The Book of India) – Al Biruni
6)      Akhbar al-Sin wa’l-Hind -  Abu Zaid
7)      Kitab al-buldan   - Ya’qubi[20]

Maka dari merekalah perkataan-perkataan seperti  Kalah ,Zabaj, Sribuza, Sarirah dan lain-lain dikenali. Kisah 1001 malam juga menyebut pulau-pulau di Nusantara ini sebagai Waq-waq*.[21]




[1]Islam Di Timur Jauh – m/s 3; Sayid Alwi bin Thahir bin Abdullah al-Haddad
[2] Ta-Shi merujuk kepada bangsa Arad di Tayy, yang mana mungkin sudah sampai ke China dimana mereka adalah pedagang Nestorian dari negeri al-Hira- Saudi Armco World Magazine Vol 56, Number 4 – Paul Lunde
[3] (Ta-Cheh) dalam sebutan Sejarah umat Islam Jilid 4- m/s 419; Buya Hamka
  Menurut beliau bersandarkan dari sumber-sumber China “Raja Ta-Cheh” itu bermaksud Raja Arab.
[4] Perbalahan di antara masyarakat Islam di Timur Tengah khususnya antara golongan Sunni dengan Syiah pada abad ke-9M juga telah memesatkan lagi hubungan antara Jazirah Arab dengan Nusantara. Dalam sebuah kitab hasil karya seorang Parsi, Abu Ishak Makrani al-Fasy, Idharul Haqq fi Mamalakatil Felah wal Fasi  dicatatkan bahawa bahawa kira-kira tahun 820M, satu rombongan pendakwah yang diketuai ulama yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah telah mendarat di Perlak. Perlak ketika itu merupakan sebuah petempatan baru yang diketuai oleh seorang bangsa Parsi.  Anggota rombongan ini terdiri daripada 100 orang Arab, Parsi dan Hindi. Mereka dikatakan bermazhab Syiah. Salah seorang daripada anggota rombongan itu, Ali ibn Muhammad ibn Ja’afar as-Sidiq telah mengahwini puteri Perlak, Puteri Makhdum Tansyuri. Zuriat mereka yang bernama Syied Abdul Aziz merupakan pengasas kesultan Perlak pada tahun 840M. Baginda bergelar Syied Maulana Abdul Aziz Syah- Prof. Madya Dr Ahmad Jelani Halimi; Pusat Pengajian Jarak Jauh USM-Seminar Diaspora Arab Nusantara: Peranan dan Sumbangan
[5] CHAU JU-KUA: His Work on the Chinese and Arab Trade in the twelfth and thirteenth Centuries, entitled Chu fan chi, - m/s 119 ; Translated from the Chinese and Annotated By Friedrich Hirth and W.W Rockhill
[6]Terdapat pula pendapat mengatakan Ta-Shih itu merujuk kepada pulau Jawa kerana andaian mereka terhadap peristiwa mereka bertemu dengan Ratu Sima(Ratu Kalingga di Jawa Timur; Ho-Ling).  Lihat juga  Asia Tenggara Tradisional - ms 63; Abdul Rahman Hj Abdullah (USM) - Begitu juga pendapat lain mengatakan percubaan Raja Ta-Shih  menyerang Jawa pada 674M. Lihat juga The Indianized States of South East Asia – m/s 79-80; G.Coedes; Pada tahun 644-645M, pada waktu  utusan pertama daripada Holing/Jawa tiba, disebut dalam Sejarah Baru Dinasti Tang utusan dari Mo-lo-yu telah tiba. Nama ini merujuk kepada Melayu yaang terletak di pantai timur Sumatra di tengah Jambi, pengembara I-Tsing pernah singgah disini pada 671M, dan dari beliau kita mendapat tahu bahawa Melayu sudah diserap masuk kedalam Shih-li-fo-shih (Sriwijaya) antara tahun 682M – 692M.
[7] Kertas Kerja bertajuk : Perkembangan Islam di Nusantara dan Hubungannya Dengan Golongan Arab - m/s 3-4 ; Prof. Madya Dr. Hj. Fadhlullah Jamil
[8] CHAU JU-KUA: - m/s 117 ; Friedrich Hirth and W.W Rockhill
[9] A Brief Study of The Introduction of Islam To China – Chen Yuen
[10]The Pahang coast was the haunt of Orang Laut, a people described by Arab encyclopedists as having black wavy hair, strange figures dan wearing metal collars - Impressions of the Malay Peninsula in Ancient Times - m/s 78; Paul Wheatly
[11] An ancient Persian unit of distance, usually estimated at 3.5 miles (5.6 kilometers).
[12] Merujuk kepada Sumatera.
[13] Bulletin de l'Ecole française d'Extrême-Orient - m/s 271 Nilakanta Sastri K. A. I. Sri Vijaya.
[14] Ibid - m/s 71
Merchant cessels made their South-East Asian landfall at Kalah, where they replenished their water casks from wells within the city.
[15] Sejarah umat Islam Jilid 4- m/s 427; Buya Hamka
[16] Impressions of the Malay Peninsula in Ancient Times - m/s 33; Paul Wheatly
[17] The most important surviving document on international trade in the ninth century is a brief account of Ibn Khurdabbih a director of the government postal service in Baghdad, called Kitab al Masalik wal Mamalik (Book of Roads and Kingdoms). It describes the overland and maritime routes that linked the Abbasid Empire to the world, including description the sea routes to India, Malaya, Indonesia and China. Most interestingly, Ibn Khurdabbih account describes regular, organized long distance trade between Western Europe and China long before the days of Marco Polo - Saudi Armco World Magazine Vol 56, Number 4 – Paul Lunde
[18] Nama sebenar beliau ialah Ibn al-Faqih al-Hamadani yang berasal dari Parsi, seorang ahli sejarah dan geografi yang terkenal pada 10M- Islamic Desk Referance – m/s147; E.J Donzel
[19] Abu al Hassan Ali bin al Husin bin Ali Al-Mas’udi, meninggal dunia pada 346H/957M. Beliau mendapat pendidikan di al-Rayy (Tenggara Tehran), Baghdad, Kufah, Basrah, Syam dan Mesir dan kemudian menetap di Baghdad. Bukunya iaitu Muruj al Zahab Wa Ma’adan al-Jauhar adalah sebuah buku sejarah dan geografi yang disusun mengikut tempat-tempat. Beliau juga memberi perhatian kepada sejarah bangsa bukan Islam disamping sejarah Islam. – Pensejarahan Awal Umat Islam (Wan Yahya Wan Ahmad-UM).
Al-Mas'udi menghabiskan waktu 25 tahun dalam  perjalanannya.Sejarawan Jidi Zaidan mengatakan bahwa al-Mas'udi sampai ke Cina melalui laut dan mengelilingi Lautan Hindia. Jadi perjalanannya mencakupi wilayah India, Lautan Hindia, Lautan Atlantik, dan antara Laut Merah dan Laut Qazwein.Ia memiliki beberapa karangan: Muruj adz-Dzahab wa at-Tanbih wa al-Asyraf, Dzakhair al-Ulum wa Maa Kaana fi Sairi ad-Duhur wa Akhbar az-Zaman, al-Bayan fi Asma' al-Aimmah. Sebagian orientalis mempelajari kitab-kitabnya. Kitab-kitab ini terdapat dalam bentuk tulisan tangan di Istanbul dan Paris.- Lihat juga Islam di Timur Jauh -  m/s 18; Sayid Alwi bin Thahir bin Abdullah al-Haddad.
[20] Kitab al-buldan ini merupakan kitab geografi. Justeru itu judul yang sama digunakan oleh Ya’qubi dan Ibn al-Faqih. Walaupun kelihatannya Ibn al-Faqih menyalin kembali apa yang terdapat dalam tulisan Ibn Khurdadhbih dan  Akhbar al-Sin, namun terdapat beberapa tambahan dilakukannya terutama ketika menjelaskan sebuah kerajaan yang terdapt di Sumatera Utara iaitu Ramni. - Hubungan Awal Arab Nusantara (Abad Pertama – Abad ke-15) , Prof. Madya Dr Ahmad Jelani Halimi; Pusat Pengajian Jarak Jauh USM-Seminar Diaspora Arab Nusantara: Peranan dan Sumbangan
[21] Sejarah umat Islam Jilid 4- m/s 428; Buya Hamka


Demikianlah Artikel Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2. ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Sriwijaya ~Mencari Bulan Yang Hilang~ Bahagian 2. ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.