Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China”

Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China” - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China” !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China” ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->




 Sejak sekian kalinya sudah begitu ramai umat Melayu memperkatakan tentang Sejarah Kerajaan Melaka Melaka sebagai sebuah kerajaan yang di segani di seluruh alam Melayu. Walaupun terdapat begitu banyak teori,hipotesis dan fakta-fakta yang dihujahkan selama ratusan tahun namun topik “Melaka” tetap hangat dibincangkan malah berkekalan hingga generasi hari ini. Mungkin akibat ia ditulis di media cetak dan elektronik menjadikan sejarah Melaka kekal mekar sebagai sebuah entiti yang berjaya menyatupadukan seluruh umat Melayu.

Sedar atau  tidak sudah banyak suara-suara yang mahukan sejarah Melayu itu diubah mengikut apa yang dibentangkan didalam pelbagai makalah sejarah. Antara yang terpenting sekali ialah apakah persenjataan kerajaan Melaka pada waktu itu selain daripada lembing,keris dan sumpit, dimanakah kedudukan asal Istana Melaka, rupa bentuk istana dan masjid Agung Melaka dan apakaah kota Melaka mempunyai tembok kubu.

Catatan yang paling hampir setakat pembacaan KSM ialah bersumberkan catatan Portugis memandangkan merekalah yang telah menjarah bumi Melaka pada tahun 1511. Namun kami yakin terdapat lagi sumber-sumber lain selain daripada Portugis dan antara yang menjadi perhatian kami ialah rekod-rekod kerajaan Ming (Ming Shi Lu)[1]yang merupakan antara kerajaan luar yang paling
awal mencatatkan tentang Sejarah kerajaan Melaka. Pada tahun –tahun berikutnya (didalam tempoh 100 tahun) terdapat pelbagai perhubungan diantara kedua-dua negara. Antara yang direkodkan ialah duta Ming ke Melaka, perkahwinan Puteri Hang Li Po, kedatangan Laksamana Cheng Ho dan yang terakhir sekali ialah bantuan tongkang-tongkang Cina kepada Portugis semasa Melaka diserang. Jika merujuk kepada segala aktiviti ini maka secara teorinya kerajaan Ming lah yang mempunyai rekod yang terpeinci seperti mana yang mereka catatkan apabila ke negara-negara lain. Namun sehingga ke hari ini belum ada lagi sumber-sumber rasmi yang menyatakan keadaan sedemikian dan sekiranya ada sekalipun hanyalah potongan-potongan ayat didalam bahasa Mandarin yang perlu diterjemah kedalam bahasa Melayu/Inggeris.

Tujuan utama  Cheng Ho datang ke Selat Melaka ialah menghapuskan pedagang (orang tengah) dan lanun yang menguasai Selat Melaka. Sebenarnya terdapat beberapa penulisan yang menyatakan bahawa gerakan penghapusan orang tengah ini telah bermula dari dinasti Chou lagi dan para pedagang ini sentiasa dicurigai oleh para Maharaja kerana mereka sering kali terlibat didalam pemberontakan menggulikan sesebuah dinasti.

Untuk mengambilalih dan menguasai perdagangan antarabangsa, Cheng Ho perlu menghapuskan sendiket perdagangan Cina yang menguasai Selat Melaka dimana kebanyakkan kapal akan melaluinya. [2]Pada waktu ini Palembang merupakan kawasan penempatan utama bagi Cina selatan
dimana mereka ini diketuai oleh seorang pedangang kaya bernama Chen Tsu-i[3][4]. Namun sebelum itu  terdapat seorang lagi pedangang Cina yang menguasai Palembang iaitu Liang Daoming [5]. Menurut kajian Prof Kong Yuanzhi setelah Majapahit menyerang Palembang Liang Daoming mengambil peluang untuk menguasai tempat tersebut dan manjadikan Palembang sebagai penempatan bagi imigran Cina yang singgah berdangang ataupun terus menetap disitu. Pada tahun 1405 Kota Palembang dan Jambi jatuh ketangan lanun-lanun ini. Setelah itu pelabuhan Palembang menjadi mundur  dan tidak berdaya saing lagi. Didalam catatan lain pula menyebut kerajaan Ming menganggap Melaka sebagai pewaris kerajaan Palembang (Sriwijaya).

Selain daripada itu Maharaja Yung Lo telah mengarahkan penubuhan jabatan bahasa asing untuk memudahkan hubungan di antara tetamu asing atau para perwakilan berinteraksi dengan negeri China. Mereka melatih kaki tangan kerajaan untuk menguasai bahasa Melaka supaya dapat menjalankan kerja-kerja istana melalui terjemahan, dengan tidak menimbulkan kekeliruan. Jabatan Bahasa Melaka merupakan salah satu jabatan di antara 8 jabatan bahasa asing.[6]

Apa yang dikongsikan disini ialah sebahagian dari jumpaan kami dan berdasarkan kepada sebahagian maklumat diatas ternyatalah dan sudah pastilah terdapat banyak lagi rekod-rekod yang menyatakan keadaan dan rupa bentuk bumi Melaka sepanjang tempoh 100 tahun itu. Harapan kami semoga  minat dan keinginan untuk melakukan kajian-kajian tentang Kerajaan Melaka ini tidak berhenti dan akan berterusan hingga generasi-generasi mendatang. teruslah mara  demi generasi masa hadapan. Bangunlah dan binalah semuala tamadun bangsa Melayu  Kita sudah berada jauh dari zaman kegemilangan Melaka, apa yang tinggal pada kita hari ini umpama sebuah kisah silam yang dipentaskan dengan penuh indah tanpa kita berasa untuk menangisi sedikitpun apa yang berlaku diwaktu itu. Kita dididik dan dengan kisah-kisah perjuangan mereka, kisah-kisah tauladan dari mereka namun dalam tidak sedar kita amat-amatlah jauh dari semua kesempurnaan itu. Hakikatnya kita tetap merasakan bahawa kaum Melayu ini terlalu lemah dan sentiasa diperbudakan oleh Barat. Apakah kita tidak sedar bahawa kita sendiri takut kepada Barat?!. Bukan mudah untuk mengubah sejarah namun langkah telah dimulakan. Maka jangan berhenti dan teruskan melangkah!




[1] Bermaksud Sejarah Dinasti Ming
[2] Steven Sterling, Lord of Rim ,Bantam Press 1995, ,Bantam Press 1995, hlm 83
[3] Juga dikenali sebagai Tan Tjo Gin dari suku Teochiu - Prof Kong Yuanzi, 2013, Cheng Ho Muslim Tionghua, Yayasan Pustaka Obor,  hlm 93
[4] Peristiwa ini telah disebut didalam  Ming Shu Li (Catatan Dinasti Ming).
[5] Berasal dari Nan Hai (Guangzhou/Kanton) -  Ibid hlm 94
[6] Obaidellah b. Haji Mohamad, Kesultanan Melaka: Dari Bahan Sejarah China Melihat Aspek Ekonomi dalam Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, hlm. 312


Demikianlah Artikel Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China”, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China” ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Kerajaan Melayu Melaka “Menjejak Sumber China” ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.