Tanah Baru Naga Selatan Part 2.

Tanah Baru Naga Selatan Part 2. - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Tanah Baru Naga Selatan Part 2. !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Tanah Baru Naga Selatan Part 2. ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



Kuomintang, Islam & PKC 

Setelah membaca beberapa bahan ada beberapa perkara yang temui dan apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian dari penulisan KSM. Semoga bermanfaat!

1. KMT ditubuhkan oleh Dr Sun Yat Sen dari suku Hakka.

2. KMT juga dikenali sebagai Parti Nasionalis China dan telah beberapa kali menukar nama akibat keadaan politik semasa.

3. Pada peringkat awal Dr Sun Yat Sen bergabung dengan Yuan Shih Kai seorang General Tentera dan seorang Gabenor wilayah Shantung namun selepas Reformasi 1911. Yuan telah melantik dirinya sebagai Maharaja Baru China pada tahun 1915.

4. Tujuan penubuhan KMT ialah membebaskan China dari penjajahan negara asing dan menggatikan sistem monarki dan menyatupadukan semua rakyat cina tanpa mengira etnik dan agama mereka.

5.Dr. Sun Yat Sen kecewa dan lari ke Jepun bersama beberapa pengikutnya pada tahun 1914 dan pulang
semula ke Kwantung pada tahun 1920.

6. Beliau meninggal pada tahun 1925 dan perjuangannya diteruskan oleh Chiang Kai Shek.

7. KMT mendapat sokongan penuh daripada etnik Hui dan Uighur yang beragama Islam dan telah terlibat sepenuhnya dalam konflik Gansu 1927-1930.

8. 3 orang etnik Ma pernah dilantik sebagai Gabenor Jeneral  iaitu  , Ma Qi, Ma Hongkui dan Ma Hongbin. Bai Chongxi, dari etnik Hui pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Kebangsaan dan merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh muslim China.

9. Mereka pernah merancang untuk menubuhkan wilayah Islam China -  Turkestan Timur sebanyak 2 kali antara tahun 1934-1949.

10. Selepas perang saudara yang membawa kepada kekalahan KMT. Sebahagian besar dari pengikut KMT dari Selatan China yang terdiri daripada suku Hokkein,Teochiu, Hakka Hainan dan lain-lain lagi telah berhijrah ke Taiwan dan serata negara Asia Tenggara. Manakala etnik Hui dan Uighur kekal di China dan membentuk populasi Islam China terbesar.

11. Ini merupakan  salah satu faktor  yang menyebabkan kaum Islam China ditindas oleh pemerintah China iaitu Parti Komunis China.

12. KMT masih lagi kekal memerintah Taiwan hingga ke hari ini dengan menjalankan dasar 1 parti 1 negara walaupun piliharaya umum diadakan. (mcm Singapore je..hehe)

13. PKC - KMT = Utara vs Selatan. Walau sama bangsa tetapi ideologi memisahkan mereka dan permusuhan tersebut kekal hingga hari ini walaupun kelihatan orang Taiwan-China boleh keluar masuk ke negara masing-masing tanpa takut.

14. Lee Kuan Yew juga dari suku Hakka. Mungkin atas sebab faktor suku dan berasal dari Selatan China maka tidak hairanlah Singapore-Taiwan mempunyai hubungan yang akrab dan menjadikan Amerika sebagai pelindung mereka pada hari ini...

Bersambung...


Demikianlah Artikel Tanah Baru Naga Selatan Part 2., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Tanah Baru Naga Selatan Part 2. ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Tanah Baru Naga Selatan Part 2. ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.