Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir
Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
Bersenjata Komunis !!
Cina !!
Desantralisasi !!
kaum !!
Mental !!
Pemberontakan !!
penghijrahan !!
Perbandaran !!
Persatuan Negeri !!
Revolusi !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Diharapkan kepada yang terlepas pada bab awal bacalah artikel tersebut supaya lebih faham dan tidak membuat andaian melulu. Semoga bermanfaat!!
2.Imbangan Penduduk dan Kesannya
2.Imbangan Penduduk dan Kesannya
Pada hari ini kaum Melayu lebih suka menganggap punca sebenar kepada penguasaan kaum Cina di kawasan bandar adalah disebabkan oleh dasar pecah perintah yang dilakukan oleh British. Tidak dinafikan tentang hakikat itu, namun pernahkah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji apakah penyebab sebenar mengapakah perkara ini berlaku? Apakah orang Melayu langsung tidak hairan kepada perkara ini dan apakah kesan yang berlaku selepas itu terhadap kedua-dua kaum ini? Masalah penduduk dan kemasukan imigran ini membawa masalah yang lebih buruk dan bukan hanya tertumpu kepada masalah kekurangan tenaga kerja seperti yang dicanang oleh British.
Menurut C.P Fitzgerald penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu pada waktu itu adalah disebabkan keadaan politiknya yang aman dan keadaan pembangunan yang begitu pesat terutamanya di Singapura berbanding dengan negara seperti Indonesia dan Filippina. Di samping itu, British lebih terbuka dalam menerima kaum Cina di Tanah Melayu berbanding Belanda dan Sepanyol yang menghalau mereka pulang ke tanah asal mereka. Sikap masyarakat Cina yang hanya datang untuk mendapatkan perkerjaan, kekayaan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Tanah Melayu membuatkan British langsung tidak mempedulikan mereka. British juga menganggap kaum Cina lebih rajin dan senang diberikan apa-apa jua tugas. Kaum Cina juga dianggap sebagai kaum yang “industrious”, pernyataan ini dipersetujui sendiri dalam buku “Revolusi Mental” yang menyatakan bahawa mereka (Cina) tidak berputus asa dalam mengejar kejayaan. Maka pada abad ke-19 menyaksikan jumlah kaum Cina menjadi majoriti penduduk di Singapura dan di bandar besar Tanah Melayu.
Dalam buku “Perbandaran dan Orang Melayu” kajian Dr. Raja Mohd Affandi menyatakan antara tahun 1931-1970 berlaku tambahan perbandaran secara pesat. Hasil daripada perancangan kerajaan untuk memodenkan Tanah Melayu. Jumlah kaum Cina di bandar besar dari tahun 1931 hingga 1957 adalah sebanyak 62 peratus berbanding Melayu sebanyak 20 peratus dan mula menunjukan perubahan pada tahun 1970 dengan 59 peratus kaum Cina dan 26 peratus kaum Melayu. Antaranya penyebab kurangnya orang Melayu tinggal di bandar besar selain daripada yang dinyatakan di atas ialah mereka (orang Melayu) sudah terbiasa dengan kehidupan desa dan berasa selesa dengan keadaan tersebut. Kehidupan orang Melayu pula banyak dikuasai oleh golongan pemerintah dan masih bersikap konservatif. Maka ruang ekonomi bagi orang Melayu pada waktu itu hanya dikuasai oleh golongan tertentu sahaja. R.O Winstedt telah menyatakan bahawa apabila seorang Melayu berniaga maka dia akan mendapat tentangan daripada orang Cina dan India. Oleh itu atas semua faktor tersebut menjadikan orang Melayu begitu perlahan dalam mengejar kemajuan ekonomi.
Sir Frank Swettenham antara pegawai British yang menyokong Desentralisasi |
Maka tidak hairanlah jika lebih awal dari zaman 30-an itu, para pelancong yang datang ke Malaya menganggap Malaya ini adalah sebahagian daripada negara China kerana pembangunan dan budaya di kota dikuasai oleh orang Cina. Selepas kemerdekaan dan pertumpahan darah pada tahun 1969, kerajaan secara tidak langsung telah memutuskan bahawa pejabat kerajaan harus dibangunkan di kawasan bandar dengan tujuan untuk “memaksa” orang Melayu keluar dari kampung. Pelbagai tawaran dan insentif untuk bekerja sebagai penjawat awam dilaksanakan pada zaman 60-an bagi tujuan tersebut. Sistem pelajaran di sekolah juga dibangunkan dengan begitu pesat dengan memberi penekanan kepada pendidikan untuk kemajuan. Sama ada sedar atau tidak dasar ini sedikit sebanyak memberi imbangan penduduk di kawasan bandar pada tahun-tahun berikutnya.
3.Penjawat Awam
Secara peribadinya saya berpendapat antara punca mengapa sebahagian besar kaum Cina tidak mahu berkhidmat dalam sektor kerajaan mungkin kerana mereka kecewa apabila setelah sekian lama membantu British dalam mengurus tadbir Tanah Melayu pada saat-saat akhirnya kuasa dan kedudukan mereka diserahkan kepada kaum Melayu. Kaum Cina seolah-olah berharap dengan usaha mereka itu sedikit sebanyak akan membuatkan British memberikan mereka hak yang sama sepertimana yang diperolehi oleh orang Melayu. Namun begitu, sama ada mereka sedar atau tidak perjanjian antara British dan Sultan Melayu telah menafikan desakan dan permintaan mereka.
Dalam kajian “Abdul Latiff Abu Bakar bertajuk Akhbar, Desantralisasi dan Persatuan Negeri Melayu”, menyatakan akibat dasar desantralisasi yang diwujudkan oleh British kesan daripada ketidakpuasan hati raja-raja Melayu tentang perjalanan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan kaum Cina memberikan tentangan yang kuat. Langkah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Lawrance Guillemard yang ingin memulangkan kuasa Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) kepada Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) mendapat pujian daripada surat khabar Melayu dan kaum Melayu. Penentangan kaum Cina jelas kelihatan semasa MMP diadakan pada tahun 1925 apabila wakilnya Choo Kia Peng telah melahirkan kebimbangan dengan pendapatnya iaitu apabila dasar ini dijalankan berkemungkinan sistem perkhidmatan awam yang dipenuhi oleh orang Cina akan digantikan oleh orang Melayu. Desakan dan penentangan ini
berterusan pada tahun-tahun 30-an apabila Sir Cecil Clementi menyuarakan pendapatnya untuk mempercepatkan proses penyerahan tersebut. Sekali lagi kaum bukan Melayu menentang, mereka bimbang apabila kuasa MMP ini diserahkan secara mutlak maka beberapa jabatan akan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan negeri dan secara tidak langsung mereka akan kehilangan jawatan. Bagi mereka dasar ini hanya untuk orang Melayu sahaja dan langsung tidak memberi sebarang faedah kepada mereka. Manakala bagi orang Melayu, kejayaan desakan ini sedikit sebanyak menjamin kedudukan orang Melayu dalam pelbagai bidang kerana kaum Cina sudah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang ekonomi.
Sir Cecil Clementi |
4.Ketenteraan
Dalam bidang kententeraan pula selalu ditimbulkan persoalan tentang patriotisme dan nasionalisme kepada Malaysia. Kaum Cina menyatakan mereka juga sanggup mempertahankan negara dari anasir luar, namun dalam kesamaran itu jelas kelihatan bilangan kaum bukan Melayu amatlah sedikit dalam pasukan beruniform. Maka pandangan orang Melayu, kaum Cina tidak dianggap sebagai sebuah kaum yang akan mempertahankan tanah air dan sering dilihat sebagai kaum yang akan mengkhianati negara. Ini bukanlah suatu persoalan yang sukar untuk dijawab, memetik karangan “Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia” semasa 14 hari ketiadaan pemerintahan di Tanah Melayu, ataupun digelar “vaccum of power” setelah tentera Jepun mengisytiharkan kekalahan mereka pada Mei 1945. PKM lah yang mempunyai kekuatan militer terkuat pada waktu itu, namun mereka yakin dapat menguasai negara melalui jalan aman dan politik. Akibat daripada keganasan yang dilakukan mereka ke atas orang Melayu telah menimbulkan prasangka buruk dan dendam orang Melayu kepada kaum Cina, dan tidak terlupakan ialah Peristiwa Bukit Kepong. PKM sendiri mengakui inilah kesilapan terbesar mereka sepanjang tempoh mereka berusaha untuk mewujudkan Republik Komunis Tanah Melayu.
Perseteruan ini berlanjutan dalam keadaan yang semakin buruk apabila MPAJA dianggotai majoriti kaum Cina. Kaum Melayu pula dilihat banyak menyertai unit tentera sukarelawan Jepun seperti Giguyun, Jikeidan, Giyutai dan lain-lain lagi sepertimana yang tercatat dalam buku “Forging a Singapore Statehood 1965-1995”. Force 136 pula adalah sebuah pasukan partisan yang kecil jumlah keanggotaannya dan sudah tentulah ia tidak dapat menyaingi kekuatan Bintang Tiga. Tugas utama pasukan ini melindungi istana daripada diambil alih oleh Bintang Tiga. Orang Melayu mula keliru dan ada yg menyesal kerana tidak mengambil peluang sepenuhnya tawaran Jepun untuk menyertai anggota sukarelawan bersenjata. Mungkin akibat kekurangan pendedahan dan galakan sewaktu zaman British dahulu sedikit sebanyak menyebabkan orang Melayu agak kurang
bersemangat untuk pelawaan itu. Peristiwa pertempuran antara kedua-dua pasukan ini dilaporkan berlaku di kawasan yangg mempunyai komposisi penduduk kaum yang agak seimbang seperti di Batu Pahat, Muar, Sungai Manik, Parit Buntar dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Pertempuran ini dilaporkan berlaku dalam sekitar 1944 hingga 1945, dan berlarutan sehingga tahun 1950. Namun hakikatnya PKM juga adalah alat ciptaan British untuk memperlihatkan “superiority” British. Pasti ramai dalam kalangan dari kita sedar bahawa tanpa bantuan teknikal dan taktikal British, PKM juga tidaklah ke mana-mana. Sehingga ke hari ini pingat OBE (Order of British Empire) yang dikurniakan kepada Chin Peng tidak ditarik balik walaupun PKM dianggap sebagai pemberontak. Tanpa komunis sudah tentu British kelihatan lemah oleh penduduk Tanah Melayu setelah mereka (British) tewas kepada Jepun pada Perang Dunia Kedua dan memang telah menjadi dasar Kongres Komunis Sedunia untuk menghapuskan sebarang bentuk penjajahan agar ideologi komunis diterima di negara Asia Tenggara walaupun pada suatu ketika berlaku pakatan antara blok demokrasi-komunis dalam menghapuskan fahaman fasisme.
Chin Peng semasa menerima pingat dari British |
Di samping itu, sewaktu penentangan Jepun di Malaya, Tentera Jepun lebih menghormati orang Melayu dan diberi layanan yang agak baik jika dibandingkan apa yang mereka lakukan terhadap kaum Cina. Peperangan yang panjang di China menjadikan tentera Jepun tidak menyukai kaum China. Ini jelas dalam apa jua bentuk rekod tentang kekejaman Jepun, kaum Cina lebih ditindas berbanding orang Melayu dan India. Keistimewaan yang diberikan oleh British dan Jepun sedikit sebanyak menambahkan lagi dendam perseteruan kaum Cina terhadap masyarakat Melayu dan hingga ke hari ini orang Melayu yang berkhidmat sebagai polis atau tentera akan digelar “anjing British” walaupun pada hakikatnya mereka lebih dulu digelarkan sedemikian rupa.
5.Penutup
Secara keseluruhannya semua pihak harus sedar akan kelebihan dan kekurangan tentang masalah kaum di Malaysia. Terserahlah kepada kita untuk menilai sejauh mana hubungan yang rapuh ini. Ruang lingkup yang lebih luas harus dilihat dari kaca mata yang tenang dan tidak bersandarkan nafsu semata-mata. Banyak orang boleh membicarakan persolan kaum ini tapi berapa ramai yang mahu menilai semula peristiwa lalu dan mengambil iktibar daripadanya. Dalam menjaga hak-hak peribumi orang Melayu terpaksa menerima hakikat bahawa negara ini dikongsi bersama dengan kaum lain. Sesuatu yang pahit untuk ditelan tapi jika kepahitan itu dijadikan penawar tidak mustahil ia mampu menjadi ubat yang mujarab. Bagi rakyat bawahan dalam kedua-dua kaum ini masing-masing sependapat yang melaga-lagakan mereka adalah politik perkauman yang lansgung tidak memberi apa-apa keuntungan. Rakyat dipergunakan akibat kedangkalan mereka dalam ilmu dan percaturan politik. Apakah kata-kata Sun Tzu “Untuk membunuh musuh kamu perlu mengenali musuh” sesuai digunakan dalam pengkajian ini. Sekali lagi terserahlah kepada kedua-dua kaum dalam menentukan hala tuju negara tercinta ini. Perjalanan yang begitu jauh sudah pun kita lalui. Seharusnya kita harus lebih dewasa dalam berfikir dan membuat tindakan agar tiada pihak yang menaruh syak di antara satu sama lain. Semoga amanlah Malaysia selamanya.
Demikianlah Artikel Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Naga vs Harimau - Peperangan Di Hujung Dunia Bahagian Akhir ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.