Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2
Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2 - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2 !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2 ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Manakala sepanjang pemerintahan British di Malaya, pemerintahan yang dijalankan lebih lembut dan hanya tertumpu kepada cara untuk memperolehi hasil ekonomi tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak “British lebih berpegang kepada prinsip berbelanja dengan kewangan yang ada dan berjimat cermat dalam sebarang urusan”. Setelah berjaya membentuk Negeri-negeri Selat,
British telah mengambil dasar tidak campur tangan kepada keadaan politik semasa negeri-negeri Melayu yang lain sehingga bulan September 1893 apabila Kerajaan England mengatakan perlunya wakil-wakil British di Negeri-negeri Selat untuk campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu sekitarnya bagi menjaga aktiviti perniagaan mereka dengan mengadakan hubungan dagangangan secara langsung dengan negeri-negeri tersebut. Maka, di Tanah Melayu pada waktu itu, jarang sekali berlaku pemberontakan dan pembunuhan secara besar-besaran sepertimana yang berlaku ke atas penduduk Hindia Timur walaupun pada peringkat awalnya terdapat penentangan daripada pembesar-pembesar tempatan. Namun begitu, secara keseluruhannya penentangan ini bersifat tidak menyeluruh kerana tiadanya campur tangan secara langsung daripada pemerintah.
![]() |
Bendera NNS |

Secara amnya, kebanyakan kajian berkenaan nasionalisme Tanah Melayu dan Indonesia lebih tertumpu kepada pemupukan kesedaran dan kebangkitan awal nasionalisme pribumi pada tahun-tahun 1900 bermula dengan kemasukan teknologi percetakan. Namun begitu, kesedaran awal yang disebut pada awal-awal tadi sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa angin perubahan mula timbul. Antara penyebab lainnya juga ialah penglihatan sesetengah orang-orang Melayu terhadap ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Cina dan Peranakan seperti mana yang ditulis dalam buku “Asia Dalam Perubahan, Gilbert Khoo dan Doherty Loo” orang-orang Melayu daripada Negeri Melayu Bersekutu dan kepulauan Riau yang telah berhijarah ke Singapura melihat akan kemajuan orang-orang asing yang telah maju dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Fakta ini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Prof Emeritus Khoo Kay Kim dalam jurnalnya bertajuk, “Nasionalisme Melayu 1900-1941: Suatu Tatapan Semula”, mengatakan pada saat itulah orang-orang Melayu merasakan betapa mundurnya kehidupan desa masyarakat Melayu pada waktu itu. Hal ini menyebabkan mereka berasakan pemerintahan Inggeris telah menjalankan pentadbiran yang tidak adil. Terdapat juga suara-suara yang memohon pertimbangan daripada pihak pemerintah dan para sultan untuk menjaga kebajikan orang–orang Melayu dalam semua lapangan agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan, pendidikan dan mereka juga bimbang akan hilang lenyapnya bangsa Melayu pada suatu hari nanti.
Dasar–dasar baru yang lebih liberal telah diperkenalkan Raffles kepada masyarakat Jawa sehinggakan orang-orang Jawa mula sedar akan kebolehan mereka dalam memajukan ekonomi masyarakat pribumi. Raffles telah mengisytiharkan perdagangan bebas dan dasar ekonomi ini telah
dijadikan pegangan oleh Raffles dalam pentadbirannya; sistem paksaan telah digantikan dengan sistem kewangan yang lebih kukuh yang mana beliau berharap dengan wang yang diperolehi oleh para petani dapatlah mereka membeli barangan buatan British. Bagi memantapkan lagi aliran pusingan wang, beliau telah mencadangkan agar pungutan cukai tanah tidak lagi dibayar dengan hasil tanaman tetapi menggunakan wang, namun beras masih lagi diterima sebagai bayaran cukai. Sayangnya, akibat masa pentadbirannya yang terlalu singkat, sistem yang dibawanya ini telah gagal sama sekali. Namun begitu, idea-idea kemanusian dan liberal yang dibawanya sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat Jawa pada ketika itu tentang perlunya bebas daripada penjajahan Belanda.bersambung...
Demikianlah Artikel Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2 ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 2 ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.