Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3
Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3 - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3 !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
Clifford !!
KH Mansur !!
malayan union !!
Parti Komunis Malaya !!
sukarno !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3 ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Di Tanah Melayu pula pada waktu itu, kesedaran mula timbul setelah kemasukan orang-orang Cina dan India dan mereka telah menuntut agar diberikan hak yang sama seperti orang-orang Melayu. Maka, mula timbul kesedaran orang-orang Melayu untuk bersatu padu dalam memikirkan hak
keistimewaan yang telah dijanjikan oleh British. Namun begitu, dasar pecah perintah yang dibawa Inggeris kekal sepertimana yang dikatakan oleh Hugh Clifford atas sebab British percaya, sesunguhnya kehidupan sedia ada bagi orang-orang Melayu sudah cukup dan tidak perlu melakukan perubahan yang drastik selagi mana hak-hak istimewa orang-orang Melayu tidak diubah dengan harapan agar kegiatan perdagangan British dapat berjalan seperti sedia kala.
Hugh Clifford semasa di Afrika |
Menurut buku “Sejarah Indonesia Abad ke 20” penulisan Bernhard Dahm, beliau mengatakan bahawa kemerdekaan Indonesia itu terhasil daripada keberanian beberapa pemimpin Indonesia seperti Sukarno, Hatta, Sjahrir dan KH Mansur, namun pada masa yang sama sebenarnya jika diteliti lebih halus ianya lebih kepada kelicikan dan kepintaran Sukarno dan para nasionalis yang lain menguruskan para penjajah mereka. Semasa Indonesia berada di bawah pentadbiran Belanda, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Sukarno dan para pemimpin lainnya, sehinggakan Sukarno sendiri ditangkap dan dibuang ke Sumatera. Ketika pemerintahan Jepun atas sebab-sebab perlunya sokongan daripada penduduk tempatan dan pasukan tentera bagi menghadapi tentera Berikat, Sukarno telah diberi kebebasan untuk bersuara, namun teks-teks ucapannya harus ditapis dahulu walaupun pada awalnya seolah-olah Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia dan hak kebebasan bersuara kepada Sukarno. Namun secara jelasnya, selepas beberapa kali berunding dengan Jepun untuk mendapatkan kemerdekaan, kata putus tidak juga diperolehi kerana Jepun menganggap Indonesia itu terlalu kaya dan sumber buminya akan menampung segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi menghadapi peperangan. Maka pada sudut ini yang boleh dianggap sebagai “pasca merdeka” para pemimpin Indonesia sendiri telah menjalankan diplomasi untuk mencapai kemerdekaan dan bukanlah peperangan semata-mata.
Lain pula halnya di Tanah Melayu pada waktu itu, tentera Jepun lebih memberi kebebasan kepada Orang-orang Melayu dan memusuhi orang-orang Cina kerana Peperangan Dunia 1 dan penaklukan Manchuria pada awal abad ke-20. Parti Komunis Malaya dan MPAJA telah dibentuk bagi melancarkan serangan gerila ke atas tentera Jepun. Pihak Jepun telah melatih sebahagian besar orang-orang Melayu bagi menghadapi situasi ini seperti mana mereka melatih 65 ribu orang-orang Jawa sebagai persediaan menghadapi tentera Belanda dan tentera Berikat. Secara tidak lansung, jurang di antara kaum itu semakin besar. Kesatuan Melayu Muda telah menubuhkan pasukan tentera tempatan digelar Pembela Tanah Air (PETA) bagi menghadapi ancaman komunis. Perjuangan membanteras komunis kekal sehingga kemerdekaan dan berterusan sehingga pemimpin-pemimpin PKM melarikan diri ke sempadan Thai. Manakala parti-parti berhaluan kiri telah diharamkan oleh British setelah sekembalinya mereka ke Tanah Melayu.
Nasionalisme Melayu muncul dengan jelas apabila Gagasan Malayan Union dicadangkan oleh British. Atas kesedaran yang timbul dengan melihat merdekanya Indonesia pada waktu itu, menimbulkan perasaan yang meluap-luap di kalangan orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Setelah beberapa rundingan dan syarat-syarat penyatuan kaum tercapai, akhirnya Malaya mencapai kemerdekaan. Maka dengan jelas bahawa datangnya Inggeris itu dengan kertas dan pulangnya mereka itu dengan kertas dan di Indonesia pula datangnya mereka dengan senjata dan akhirnya mereka sendiri dihambat dengan senjata, walaupun hakikatnya pejuang Indonesia sendiri sudah tewas di medan tempur dan hanya kekuatan diplomasi Sukarnolah yang berjaya menamatkan peperangan pada tahun 1947-1949 itu. Sekali lagi dengan “diplomasi” jugalah Indonesia terselamat.
Kemerdekaan yang lahir pada 17 Ogos 1945 adalah tindakan yang berkesan walaupun disusuli dengan perasaan takut dan kurang yakin. Dalam konteks pengkajian sejarah bukankah kajian tema sebelum, semasa dan sesudah sesuatu peristiwa itu membawa maksud dan huraian yang berbeza? Maka, apakah diperkirakan bahawa peperangan melawan Belanda dan Jepun itu sebagai peperangan pembebasan? Pembebasan daripada penjajah tanpa hala tuju yang sebenar dan bersifat dinamik. Peperangan-peperangan yang berlangsung itu pula lebih bersifat kedaerahan dan bukannya penyatuan ulung.
bersambung...
bersambung...
Demikianlah Artikel Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3 ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Malaysia-Indonesia : Lalang Beza daripada Serai Tetapi Tetap Bangsa Rumput -Part 3 ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.