Utusan Bernama Hud-hud

Utusan Bernama Hud-hud - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Utusan Bernama Hud-hud !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Utusan Bernama Hud-hud ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/06/maksud-tersirat-lagu-tanya-sama-itu-hud.html
            Semakin hari semakin ramai orang yang meminta akan tibanya kiamat samada dengan cara halus atau kasar. Pelik dan hairan semua ini berlaku? sudah putus asakah umat Islam kepada diri sendiri? Sudah putus asakah kepada sekalian ulama,umara dan para alimin? Semuanya seolah-olah sudah bersedia untuk menyerahkan tengkuk mereka supaya disembelih oleh orang kafir hidup-hidup sepertimana yang berlaku di Syria dan Iraq. Bagi orang kafir  mereka tak peduli kiamat walaupun mereka tahu apa itu kiamat. Dunia bagi mereka adalah segalanya. Mati itu pula adalah pengakhiran atas segala kenikmatan yang mereka kecapi selama ini. Namun kita sebagai muslim ini pula merasakan akhirat itulah segalanya walau sejahat mana sekalipun kita ini pasti ada sekelumit rasa untuk Dia, cuma mengapa kita sebagai muslim tidak melawan dan berserah segalanya kepada takdir? Seolah-olah apa yang bakal berlaku semuanya sudah ditentukan. Melawan bukan beerti keluar berperang dan menjerit-jerit menyebut TAKBIR! tapi melawan dengan cara meningkatkan segala ilmu dalam diri dan kaum muslim. Apakah persediaan kita pada hari ini? Adakah sekadar solat dan doa saja sedangkan didalam sejarah Islam itu sendiri telah tercipta pelbagai jenis teknologi yang kekal hingga ke hari ini.

            Perasaan kita sebagai muslim hari ini bercampur aduk diantara takut,sedih dan rimas melihat akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Semakin lama perasaan takut dan risau menyelubungi apabila melihat gelagat manusia yang seolah-olah tidak punya batas dalam hidup. Semuanya seakan-akan ingin pulang kearah zaman yang penuh jahil. Zaman dunia yang penuh indah dimana tiada satu pun undang-undang agama yang mampu menghalang mereka. Tidakkah mereka ingat kepada penduduk-penduduk kota Sodom, Atlantis dan Greek?.
Tidakkah mereka sedar akan sebuah tamadun yang begitu tinggi  beratus-ratus abad yang lalu dimusnahkan dengan sekelip mata?. Mereka semuanya melalui zaman falsafah,budaya dan teknologi yang paling tinggi di era itu namun apakah kesudahan mereka?. Tiada satupun yang kekal. Inilah “Pesan dari langit” kepada setiap manusia yang pernah,sedang dan akan hidup didunia ini. Namun disebalik kesemua itu apakah kita sebagai muslim tidak perlu lagi berusaha dan hanya tunggu di tikar sejadah dan mencari makan untuk hidup saja? Jikalau ya mengapa pula Nabi SAW menganjurkan supaya para muslim mencari ilmu?. Bukankah setelah mulanya manusia bertamadun pelbagai falsafah dan pepatah tentang ilmu itu diucap berjuta-juta kali oleh semua bangsa didunia ini. Tapi mengapa kita sebagai muslim tetap berpandangan dengan segala yang berlaku merupakan ketentuan Ilahi. Ya, memanglah benar segala tiap sesuatu itu sudah ditentukan-Nya tapi bukankah apa yang berlaku itu diusahakan oleh kita sendiri sebagai manusia.

            Mungkin dengan anggapan apabila membaca kisah-kisah ajaib didalam Islam, kita sebagai muslim berpandangan tiada perlulah berusaha dengan sedaya-upaya dan cukup sekadar dengan melakukan ibadah kita akan beroleh semuanya dengan penuh yakin kepada kalimah “kun fa ya kun” semuanya akan kembali kepada sedia kala. Tidak dinafikan keyakinan yang begitu tinggi akan menjadikan semua itu berlaku kerna itulah kelebihan kita sebagai muslim. Namun disebalik semua itu apakah Nabi SAW sendiri sekadar duduk berdoa tanpa berusaha apa-apa pun? Jadi apa perlunya Saidina Salman al-Farisi mengajar teknik perang Parsi kepada orang Arab pada waktu itu, malah baginda sendiri bersetuju dengan pendapat tersebut. Bukankah ini bermaksud secara ruhnya kita sebagai muslim harus juga berusaha mencipta,mempelajari dan menggunakan teknologi dan akal?. Didalam manusia mencari kemodenan dan kemajuan sudah pastilah akan terpalit pelbagai masalah duniawi iaitu moral. Masalah moral bukanlah sesuatu yang baharu. Sepertimana yang telah disebutkan pada awal tadi. Tamadun-tamadun hebat didunia telah menerima pesan dari langit. Semuanya akibat dorongan sudah merasakan diri itu sendiri sebagai tuhan, sudah merasakan tiada suatu kuasa pun yang mampu menghalang mereka sehinggakan manusia menciptakan pelbagai teknologi untuk mengelak dari kiamat!.

            Disatu sudut akibat punya keyakinan yang begitu tinggi menjadikan orang-orang kafir sanggup melawan Penciptanya. Tapi kesannya bukankah kita sebagai muslim dapat melihatnya sendiri?. Pelbagai teknologi telah berjaya mereka hasilkan. Namun dimana kita selepas 600 tahun runtuhnya kota-kota Islam? Apakah yang membezakan kita dengan mereka? Jawapan paling tepat ialah keyakinan.

 Ya! keyakinan, dimanakah keyakinan kita sebagai muslim? Setelah runtuhnya segala kota-kota Islam, kita yang mengaku hidup matinya sebagai muslim telah hilang keyakinan kepada diri sendiri, hilang keyakinan kepada Islam, hilang keyakinan kepada apa jua yang boleh menyatukan kita sebagai muslim. Kenapa kita asyik saja menyalahkan takdir?! Tidak sedarkah kita bahawa kita telah menyalahkan Allah Taala?. Keyakinan yang jelas kepada kita hari ini ialah melawan kuasa Ar-Rahman. Apakah dengan melihat makanan kita akan kenyang? Apakah dengan hanya melihat air sahaja akan menghilangkan dahaga kita?. Ini persoalan dasar kepada semua kita orang-orang muslim yang berada dilapisan paling bawah. Tidak semua dari kita mampu mencapai makam iman yang tinggi sehinggakan ada orang berpendapat didalam dunia hari ini cukuplah sekadar mencapai gelaran orang soleh. Itu diperkirakan sudah cukup baik bagi dunia hari ini. Bukankah tiap satu zaman itu punya masalah yang berbeza namun konteksnya sama iaitu moral. Tidak akan wujudnya garam pada hari ini jika tidak ada orang yang terdahulu menghasilkan garam. Maka samalah masalah duniawi hari ini. Jikalau orang-orang zaman Helanistik dengan kesenian tidak berbaju maka apakah hari ini semua orang seninya itu tertutup?.

            Hari ini kita didunia Islam menjadi gempar dengan segala macam bencana yang menimpa saudara seagama kita diseluruh dunia. Segala bala bencana tiba keatas kita atas kesilapan diri kita sendiri. Bila terjadi sesuatu semuanya berkata “oh! Inilah tanda kiamat”, “oh! Kita harus fanakan dunia ini jauhi segalanya dan ambil jalan akhirat”. Kenapa hal ini berlaku kepada kita? Mengapa begitu cepat dan lemahnya kita membuat keputusan. Apakah dengan terputusnya segala pengharapan kita kepada dunia menjadikan kita mulia di akhirat?, segala bencana itu sudah ada ketetapannya, sudah ada perjalannanya dan kita sendiri sedar akan perjanjian kita dengan-Nya semasa di Lauh Mahfuz. Kita sudah belajar semuanya dengan cara kita yang paling lemah. Namun kenapa di penghidupan ini kita berkata sedemikian? Bukankah golongan yang berputus asa sebelum berjuang ini adalah diantara 72 golongan yang masuk kedalam neraka. Seandainya Nabi SAW sendiri seorang yang mudah mengalah dan berpeluk tubuh sahaja kerana tahu akan tibanya kiamat apakah yang berlaku kepada kita hari ini? Adakah kita akan kenal akan ertinya Islam? Diakhirnya kita akan berkata “Oh! Itu Nabi SAW mana boleh dibandingkan dengan kita manusia biasa ini”, baginda itu kekasih Allah dan pelbagai lagi alasan dan pendapat dilahirkan di bibir, habis bagaimana pula dengan sahabat-sahabat baginda yang lainnya?.

            Apa perlunya mereka berusaha meluaskan empayar Islam? Apa perlunya mereka berlumuran darah dan bermandi keringat jika mereka sendiri dengan penuh yakin menyerahkan urusan duniawi ini kepada Allah. Jelas ini membuktikan bahawa doa tanpa usaha adalah sia-sia sahaja. Jikalau mereka sendiri dengan mata dan telinga mendengar akan tibanya kiamat maka apa perlunya mereka berusaha dengan penuh susah, lebih baik mereka tunggu dan lihat sahaja akan dunia ini. Adakah kita yang sebagi muslim ini mengakui membaca dan memahami isi al-Quran tidak mengambil iktibar dari kisah-kisah para Nabi dan Rasul? Sebagai contohnya kisah Nabi Nuh as yang diperintahkan agar berusaha mempersiapkan sebuah bahtera untuk menghadapi banjir. Mengapa Nabi Nuh as juga perlu berusaha sedangkan doa baginda sendiri akan termakbul dengan cepat? Kita hari ini telah hilang keduanya doa tidak termakbul usahanya juga tiada. Maka dalam keadaan itu terhinalah kita sebagai orang muslim didunia ini. Diinjak-injak agama kita oleh orang lain sehinggakan ada diantara kita yang disembelih, dibakar malah sudah menjadi mayat pun ditendang-tendang oleh orang kafir. Atas kesemua itu sebenarnya salah siapa? Dan kepada siapa yang kita akan tunjukkan jari kita ini?. Semuanya adalah kesalahan diri kita sendiri!

            Konsep berserah itu bermakna setelah berusaha dengan sehabisnya dengan mencapai kesempurnaan ilmu dan teknologi barulah kita menyerahkan untung nasib kita kepada Allah.  Seandainya musibah itu terjadi maka sesuailah mengatakan perkara yang terjadi itu ialah takdir. Kita hari ini belum membuat apa-apa usaha sudah mengatakan inilah takdir. Inilah  keputusanNya. Inikah kita sebagai seorang muslim? Inikah umat yang bakal membantuPanji Hitam? Apakah tanpa persiapan dan usaha kita akan menang di hari menjelang kiamat?. Adakah datangnya “sang penyelamat” itu membawa segala kelengkapan dan teknologi dan kita terus pandai menggunakannya?. Tidak terlintaskah di fikiran kita bahawa dalam dunia Islam suatu masa dahulu adalah dunia ilmu. Seluruh dunia mengakui dan mengagumi akan luasnya ilmu yang dicapai oleh tamadun Umayyah di Sepanyol dan Abbasiyah. Namun kerana leka dan merasa megah akhirnya kita ditumbangkan.

            Tujuan paling akhir dalam Islam ialah pendidikan untuk persiapan kehidupan dunia dan akhirat iaitu usaha menyeimbangkan kehidupan kedua-duanya. Islam melarang seseorang mengasingkan diri daripada masyarakat dan tidak suka akan pengangguran dan orang yang tidak berusaha untuk mencari nafkah hidup; sebaliknya Islam menyeru manusia supaya hidup bermasyarakat dan memuliakan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan. (Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan;Hassan Langgulung) manakala jihad adalah senjata ampuh yang bertindak dengan empat cara iaitu dengan lidah, dengan harta, dengan diri dan dengan nyawa. Salah satunya iaitu dengan lidah yang beerti dengan cara berdakwah iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan menolak kebatilan dengan kaedah yang sesuai bagi menghadapi manusia yang berlainan pemikiran. Bagi cendekiawan hendaklah dihadapi dengan cara hikmah dan kebijaksanaan (bilhikmati); bagi orang yang pertengahan daya pemikirannya maka hendaklah dihadapi dengan cara perbantahan dan bertukar-tukar fikiran (wa jadil-hum bi’llati hia ahsan); bagi orang biasa pula hendaklah dihadapi dengan cara memberi pelajaran, pengajaran dan tunjuk ajar yang baik (wa mau’idzati hasanati). (Jihad dan Pengertiannya; Prof Madya Amat Juhari Moain).

            Kesimpulannya manusia didalam hidupnya perlu berusaha, komuniti masyarakat juga perlu berusaha untuk maju kehadapan dan bersama-sama membangunkan negara bukan mengharapkan doa semata-mata. Lemah dan kuatnya sesebuah tamadun bergantung atas usaha semua pihak. Jika kita mengatakan kita ini muslim maka kita sendiri sudah sedar bahawasanya al-Quran itu sendiri sudah mendahului zaman kita cuma persembahan bahasanya (cara tafsirannya) agak lama. Namun jika ditafsir dengan penuh teliti Kalamullah itu sendiri telah mengajar kita segalanya dari mula hidupnya seorang manusia hinggalah kepada pembalasannya di yaumul qiamah. Kita juga sering berkata bahawa dunia Barat sendiri mengkaji al-Quran dan memperolehi pelbagai ciptaan dan idea dari kitab itu sendiri. Tapi mengapa kita sekadar duduk berteleku dan menyalahkan takdir? Dan dengan senang hati berkata berdoa itulah usaha! Tidak malukah kita kepada orang kafir? Tidak berasakah dihati kita ini apabila mereka-mereka itu menghinakan kaum muslim dan agama Islam? Tidak malukah kita apabila kita sendiri mengambil segala budaya kotor Barat sehinggakan menganggap ilmu dunia hari ini adalah hasil dari tangan mereka? Kita hanya mahu berjihad dengan cara berperang dan menganggap dengan cara itulah Islam akan terbela. Namun kita lansung tidak memahami konsep sebenar dan cabang-cabang jihad didalam Islam. Inilah kelemahan kita sebagai muslim! Kita ditipu dengan begitu mudah akibat daripada kelemahan diri kita sendiri dalam mencari ilmu dan akhirnya kita berbunuhan dan menyalahkan sesama kita. Janganlah takut kepadda kiamat itu melebihi takutnya pada Allah yang menciptakan kiamat itu! Kerna kiamat itu dicipta oleh-Nya dan bukannya terjadi dengan sendiri. Bak kata para ulama dan umara setiap kali menghabiskan ucapan “yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kelalaian dan kebodohan kita sendiri”. Bangkitlah saudara muslimku, maralah dilapangan ilmu, ciptakanlah sesuatu untuk dunia Islam mu, berjuanglah didalam hidup yang singkat ini kerana balasannya di alam abadi nanti!.






Demikianlah Artikel Utusan Bernama Hud-hud, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Utusan Bernama Hud-hud ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Utusan Bernama Hud-hud ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.