Selamat tinggal Singapura

Selamat tinggal Singapura - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Selamat tinggal Singapura !! Semoga tulisan singkat dengan kategori dan ma xi !! Leftenan Adnan !! liga Malaysia !! piala Malaysia !! Sook Chin Massacre !! Studio Jalan Ampas !! temasik !! wang ta yuan !! William Farquhar !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Selamat tinggal Singapura ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->




Kitab Sejarah Malaya
Singapura


Pada tarikh ini 9 Ogos  korang ingatlah betul-betul bahawa ia adalah tarikh Singapura terpisah dari Malaya buat selama-lamanya. Pada tarikh inilah juga kita terpisah dengan saudara kita yang berada disana dan pada tarikh inilah kita sudah terputus hubungan dengan bangsa kita.

Sejak nama Temasik ditemui dalam naskah-naskah kuno China maka selama itulah ia menjadi sebahagian dari kita. Temasik juga dikenali sebagai Pulau Ujung. Pulau Ujung/ Temasik ini kemudian dinamakan sebagai Singapura oleh Sang Nila Utama setalah mendapat bantuan untuk membuka kawasan pulau itu dari ayah mertuanya Raja Bentan. Menurut Wang Ta Yuan pedagang Cina telah sampai ke Temasik pada tahun 1349 di dalam bukunya bertajuk“Brief Records of the Island Barbarians”. Wang Ta Yuan adalah seorang pengembara dari Quanzhou, China semasa Dinasti Mongol Yuan pada abad ke-14. Pada 1328-1333, Sekitar tahun 1330, Wang  telah melawat Singapura, di mana ia telah menulis tentang sebuah penempatan kecil bernama  Dan Ma Xi  (Temasik) sebelum  Asia Selatan.  Pada 1334-1339  pula beliau telah  melawat utara dan Timur Afrika.  

Selama ratusan tahun itulah kita sangat susah hendak menemukan nama Temasik sehinggalah ia muncul semula pada abad ke 19, apabila Sultan Johor pada waktu itu telah memajak Singapura selama-lamanya kepada Raffles melalui William Farquhar dan pada saat itulah Singapura telah bertukar nama dan menjadi pelabuhan entrepot paling maju pada waktu itu malah telah mengalahkan mana-mana pelabuhan yang pernah wujud pada waktu itu.

Akhirnya pada tahun 1824 wilayah Alam Melayu telah dibahagi kepada 2 kawasan dimana Riau Lingga telah menjadi kawasan Belanda yang akhirnya disebut sebagai pulau-pulau Indonesia manakala Singapura telah dijadikan sebagai Negeri Selat dengan ditadbir oleh seorang Residen General berkuasa penuh bersama-sama Melaka dan Pulau Pinang. 

Masuk abad ke 20 kemajuan Singapura telah menarik pelbagai orang untuk datang kesana, malah dipercayai pada waktu itu masih banyak lagi perkampungan Melayu antaranya ialah Kg Gelam. Disitulah Studio Jalan Ampas dibina dan telah berjaya melahirkan seniman-seniman terbaik sepanjang zaman. Namun masuk era 1930an setelah berlaku perpecahan politik di Tanah Besar China sedikit sebanyak telah memberi impak sosial kepada orang-orang Singapura, malahan dipercayai orang-orang Cina Singapuralah antara pendana terbesar kepada Revolusi China yang diketuai oleh Sun Yat Sen. Pada waktu inilah munculnya Gerakan Islah yang melahirkan  kefahaman politik moden orang Melayu apabila berlaku pertentangan pendapat Kaum Muda dan Kaum Tua.

Kemudiannya lahirlah Persatuan Melayu Singapura yang menuntut agar pendidikan Melayu dapat di naik taraf kearah yang lebih baik merangkumi semua lapisan masyarakat Melayu. dari PMS ini pula telah melahirkan pelbagai persatuan Melayu di negeri masing-masing. 

Sepanjang abad ke 20 itu, Singapuralah ibu kemodenan bagi orang Melayu dan kaum lain. Disitu jugalah bidang suratkhabar dilahirkan yang kemudiannya menumbuh mekarkan bidang percetakan buku di Jalan Acheh Pulau Pinang. Dari kegiatan ini pula lahirlah tokoh-tokoh sasterawan negara antaranya Keris Emas dan Usman Awang.

Di Singapuralah Universiti Malaya dilahirkan dan kemudiannya pada hari ini dikenali sebagai Universiti Nasional Singapura dan Universiti Malaya dipindahkan ke Kuala Lumpur. Universiti Malaya&Singapura berasal dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949 yang pada ketika itu berpusat di Singapura. Namun pada tahun 1959 kedua-dua gabungan ini membawa haluan masing-masing dimana pada tahun 1962 UM ditubuhkan secara rasminya. 


Masuk era penjajahan Jepun turut menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Cina yang terus diingati sebagai pembunuhan beramai-ramai paling kejam di Asia Tenggara yang dikenali sebagai “Sook Chin Massacre” dan di Bukit Chandanlah Leftenan Adnan dan platunnya gugur. Leftenan Adnan telah diangkat sebagai wira bagi rakyat Singapura namun sejarahnya dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia.


Keluarnya Singapura dari Malaya adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya ialah disebabkan kesan politik yang berlaku pada waktu itu, dipercayai bahawa jumlah besar orang-orang Cina di Singapura tidak mampu ditandingi oleh jumlah orang Melayu pada waktu itu dan atas sebab itulah sebelum Singapura keluar dari Malaya, Sabah dan Sarawak juga digabungkan bersama dengan Malaya bagi mengimbangi jumlah penduduk apabila sampai waktu pilihanraya kelak. Oleh itu pada tahun 1963 keluarlah Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah Sarawak dan Brunei dan membentuk kerajaannya sendiri dibawah pimpinan Lee Kuan Yew. Pada tahun 1964 piliharanraya umum ke 2 dilansungkan di Tanah Melayu tanpa kehadiran Sabah dan Sarawak kesan daripada Konfrantasi dengan Indonesia pada waktu itu.

Masuk era 1970an dan seterusnya nama Singapura hanya dikenali melalui pasukan bola sepaknya kerana
telah beberapa kali menjuarai liga Malaysia dan piala Malaysia namun selepas itu nama Singapura terus hilang dan dianggap antara pesaing terbesar kepada Malaysia selain daripada Indonesia dalam acara sukan ini. Walaupun ramai pemainnya adalah berbangsa Melayu namun terasa jauhnya mereka dari kita. 

Hari ini Singapura menjadi sebuah negara maju malah antara negara terkaya di Asia Tenggara. Namun sejarah hubungannya dengan Tanah Melayu tetap kekal sepanjang zaman selagi mana orang-orang Melayu di Malaysia mengingatkan mereka tentang hubungan kita dan mereka bahawa pada satu masa dan selamanya darah mereka adalah darah kita.

Selamat Tinggal Singapura...moga berjumpa lagi.


Sumber

Sejarah Singapura, Buyong Adil
Tanah Baru Naga Selatan, MH Roslan
Percetakan Awal Di Jajahan Selat, Cecil K.Byrd
Sejarah UM, web UM.
The Third China, CP Fritzgerald
Politik Al Imam, Abdul Aziz Mat Ton
Paham Politik Perkaum, KJ Ratnam

Gambar

-MH Roslan-


Demikianlah Artikel Selamat tinggal Singapura, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Selamat tinggal Singapura ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Selamat tinggal Singapura ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.