GGK Malaysia: Bosnia 1993
GGK Malaysia: Bosnia 1993 - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang GGK Malaysia: Bosnia 1993 !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
bosnia. anarkis !!
croat !!
gerak khas !!
pristina !!
serb !!
tentera malaysia di bosnia !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema GGK Malaysia: Bosnia 1993 ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Buku Anarkis |
Beberapa hari yang lalu saya berjaya menghabiskan Buku Anarkis setebal 398 halaman, terbitan Penerbit X 2016. Sejujurnya agak berat juga bagi seorang seperti saya yang lebih minat kepada sejarah. Buku fiksi ketenteraan ini berkisarkan tentang seorang Komando ATM bernama Awai Anak Gamung yang berpangkat Sarjan. Makanya saya artikel ini adalah ulasan saya tentang buku tersebut.
Jadi dari sebuah buku yang siap ditulis ini maka kita akan nampak kecenderungan penulis kepada bidang apa dan sejauh mana kekuatan karya yang cuba dihasilkan. Permulaan bab ini bagi saya best sebab ia berlatarbelakangkan Bosnia sewaktu peperangan tercetus di negara tersebut pada tahun 1993 yang mengakibatkan kemusnahan yang dasyat dan pembunuhan kejam oleh Serb Croat keatas penduduk Islam Bosnia.
Dalam satu misi yang ditugaskan kepada Awai dia berjaya menjejak dan membunuh Jeneral Tanovic yang pada ketika itu berada dalam tahanan SAS iaitu sebuah pasukan elit Britain, namun dalam misinya itu dia secara tidak sengaja telah sama membunuh seorang anggota SAS dengan sniper yang digunakannya. Awai tertangkap dan dipenjara selama 5 tahun di sebuah penjara Croat sebelum berjaya dijejaki oleh ATM walaupun pada awalnya telah dianggap mati, missing in action (MIA).
Penemuan Awai dan kepulangannya membawa seribu satu masalah baru kepada semua orang yang terlibat dalam hidupnya samada keluarganya ataupun tentera Britain dan lain-lain. Bagi pasukan SAS terdapat satu perancangan komplot yang dilakukan oleh mereka namun tindakan Awai telah menyebabkan rancangan mereka terbantut dan akhirnya menyebabkan mereka menjejaki Awai ke Malaysia untuk membunuhnya. Anggota pasukan SAS tersebut akhirnya meletakkan jawatan dan menyertai pasukan tentera upahan bernama Horsegate Security Agency.
Awai yang pada mulanya merasakan tidak mampu hidup akibat kehilangan keluarga, akhirnya sedar bahawa dia sedang diperangkap oleh orang yang tidak dikenalinya malahan Kol.Norhazlan dan Peguam Jarjit yang membantunya telah dibunuh oleh bekas HSA ini. Awai akhirnya berjaya menjejaki kedudukan HSA dan membunuh 4 orang anggotanya. Pelbagai aksi yang cuba ditonjolkan diantara kemanusiaan dan kepentingan diri Awai cuba menyelamatkan dirinya dari diberkas oleh pihak PDRM dan dibunuh oleh HSA. Sebuah konflik yang harus difahami!.
Selain itu bagi saya, pengkisahan tentang Awai di Malaysia ini agak ditenggelamkan oleh kisah ala friendzone Arman dan Adreine agak menarik (gedik2 orang bercinta ni saya suka..haha). Bagitu juga halnya ketika Awai bersama Kopral Sureh (spot man) kepada Awai ketika berada di Bosnia. Kisah di Bosnia ini diletakkan pada hujung bab mungkin dengan tujuan untuk menarik minat pembaca bagi mengetahui apakah kesudahan kematian Kopral Suresh yang menyebabkan Awai menuntut bela. Sekali baca buku ni macam filem Bourne dan filem yang John Cena jadi sniper pun ada namun secara keseluruhannya penulis berjaya membawa saya ke medan tempur di Bosnia yang pada saya begitu jarang ditulis samada secara fiksi atau tidak.
Untuk keseluruhannya saya kasi 3/5 bintang kerana watak utama tidak begitu menonjol dan saya berharap dalam buku seterusnya yang sudah terbit awal tahun ini akan menonjolkan kisah Awai sebagai watak utama dan kesudah kisah beliau. Namun paling saya harapkan ialah penceritaan tentang keadaan Awai di Bosnia yang pada saya lebih mengujakan! dan jangan lupa dapatkan buku ini segera!
MHR
Info tambahan
(Anarkis, Khairul Nizam Khairani, 2016, Penerbit X, RM 25.00)
Demikianlah Artikel GGK Malaysia: Bosnia 1993, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan GGK Malaysia: Bosnia 1993 ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi GGK Malaysia: Bosnia 1993 ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.