Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu?

Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu? - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Hindi !! Hindu-Buddha !! Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu !! Pengantar Sejarah Nusantara Awal !! Rajendra Chola !! Ranjini Khan !! Shah Rukh Khan !! Tamil & Malayalam !! Telegu !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->




 
 Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu?
Gambaran Peperangan Antara Kerajaan Kuno di Selatan India

Sebagai seorang pelajar jurusan Sejarah maka admin ikutlah kaedah yang diajar oleh pensyarah admin. Dia selalu kata  "Aku bagi ko hint.. ko cari la sendiri. Kalau semua aku bagi jawapan baik aku je amik exam".  Jadinya hari ni malas la nak banyak cerita sangat kat korang. Saya faham kita semua dahagakan sejarah, kita dahagakan kebenaran dan paling penting kita nak menang!. hahaha

Benda ni dah lama. Semua orang dah tau. Tapi sampai hari ni belum saya jumpa satu jawapan yang konkrit secara akademik dari ahlul fb tentang hal dakwaan sejarah awal Melayu dibuka oleh orang Tamilans. India masih India tapi ia hari ini sebuah negara yang merangkumi benuanya itu. Tapi kena ingat mereka sampai sekarang ada blok-blok politik mengikut kasta dan kekuatan. Hindi,Telegu,Tamil & Malayalam dan banyak lagi.

Jadi antara 4 nama ini siapa yang betul-betul datang ke sini?. Ok, kisah migrasi manusia ni lama dan panjang. Jadi ada pembahagian masa atau time framing yang perlu kita lihat dan dalami. Tujuan penulisan ini walaupun tidaklah seakademik tinggi tapi kita kan 1 Malaysia, apalah salahnya kita saling kenal mengenal. Tak kisahlah dengan cara apa pun sebab sesungguhnya kita semua minat Shah Rukh Khan dan Ranjini Khan.

Jadi semalam saya dapat baca sebuah buku yang menjawab secara tepat,padat dan nyata apakah ciri-ciri India yang datang kesini pada zaman Melayu Hindu. Penulis telah membuat perbandingan penulisan Krom, Windsted dan Coedes dan beliau juga telah meletakkan 2 garis masa iaitu pandangan barat sebagai penakluk kepada Melayu dan pandangan ahli akademik kepada Melayu selepas perang.

Secara peribadi saya katakan bahawa orang Melayu memang ada perangai orang India dan bentuk muka dan badan juga pada saya 70% sama dengan India TAPI bukanlah genetik Tamilan tapi kita lebih kepada India Utara dan Tengah. Malah dalam kitab Al Masudi seorang ilmuwan Arab telah menyatakan bahawa pada 903M sudah ada 10 ribu keluarga Arab yang berkahwin dengan orang India yang akhirnya memunculkan kota-kota seperti Agra, Allahabat dan banyak lagi.

Bukan maksud saya takda lansung tiada manusia di Alam Melayu tapi penyalinan dan asimilasi genetik itu telah menyebabkan kita mempunyai ciri mereka. Genetik yang dominan akan menyebabkan genetik lainnya menjadi lemah. Jadi contoh mudah bila seorang Belanda kawin dengan perempuan Indonesia adakah anak tadi akan tumbuh sebagai paras Indonesia 70%? Biasanya tidak. Mereka2 ini lebih kepada Belanda. Baca mana-mana makalah pun biasanya akan ditulis tentang orang-orang India ini berkahwin dengan wanita tempatan dan ada juga yang berkahwin dengan golongan bangsawan. Admin pun heran bab ni apsal perempuan Melayu ni suka kawin orang luar.. ha3

Ciri lain pulak kita juga mewarisi bentuk pertukangan India yang ada seni yang kreatif. Setau saya India dan Melayu ni suka rekabentuk benda yang sangat halus. Cuma dalam kes Melayu seninya itu di sesuaikan dengan keadaan setempat. Budaya ni berlaku apabila orang Melayu memeluk agama Hindu. Namun sampai sekarang belum ditemui senjata Keris yang mempunyai unsur-unsur India maka kita sendiri sudah mempunyai budaya bangsa yang tersendiri.

Selain itu, setahu saya juga, hanya Melayu saja sejarah pembukaannya dimulakan dengan muntah LEMBU, sejarah awal bangsa lain contoh macam ROM dimulakan dengan Serigala, China dengan Bumi dan Neraka. (Kalau negara lain korang tau sila tambah k).

Menurut buku yang saya baca juga, jika Tamilans adalah peyebab kepada kemajuan Melayu dan membuka beberapa koloni yang kemudiannya berasimilasi dengan Melayu. Kenapa orang Melayu mewarisi bahasa Sanskrit dan bukan Tamil? dan Krom sendiri mengakui bahawa Melayu adalah bangsa pelaut yang sangat hebat. Penulis juga menyatakan sekiranya Rajendra Chola menakluk mana-mana kawasan di Asia Tenggara sudah pastilah akan ada penemuan batu bersurat yang menceritakan keadaan itu. Setakat ini (1979) hanya Inskripsi Tanjore saja yang ditemui.

Ciri-ciri binaan bangunan juga hanya ada sedikit pengaruh daripada Hindu-Buddha namun bentuk rupanya masih di dominasi oleh orang-orang Melayu.

Kesimpulannya, macam mana adanya golongan Syed di Alam Melayu samalah dengan golongan Melayu-Hindi di sini. Takde yang pelik cuma kat Malaysia ni ada Singh dan Tamilan. Singh tu rilek je takde nak klem apa2.. yang sebilangan Tamilans ni yang dakwa mereka yang memiliki Sg Batu dll sedangkan hingga setakat ini bukti-bukti yang datang lebih kepada golongan Brahman, Kasytria dan Vaisya dan diakui juga oleh barat bahawa mereka ini datang dari Tengah dan Utara India manakala Kalinga datang dari Timur India dan bukanlah dari selatan India yang didiami oleh Tamilans. Sejarawan juga mengakui bahawa orang Melayu berjaya menyingkir sebarang pengaruh yang menyebabkan identiti mereka hilang walaupun mereka menyerap pelbagai budaya yang masuk ke Alam Melayu.

Sebenarnya banyak buku-buku yang sudah membincangkan tentang perkara ini malah hal ini sudah dibincangkan oleh sejarawan seluruh dunia. Tapi yelah, bagi kebanyakkan orang Melayu beli buku ni macam beli sebuah motosikal. hmm.. patutlah nasib malang..

Dipetik dan diolah dari Pengantar Sejarah Nusantara Awal. DBP

*Sebarang bantahan sila kemukakan kepada Majlis Professor Negara.


Demikianlah Artikel Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Kaum India Pembuka Kerajaan Melayu? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.