Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai

Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->





Kisah ini adalah lagenda terkenal di Thailand dimana Putera Aphai dan adiknya Sisuwan dihantar keluar untuk belajar pelbagai ilmu sebelum dilantik menjadi Raja. Akhirnya mereka berdua berjaya dan Aphai mendapat seruling sakti yang mampu membuat orang tertidur dan membunuh mereka manakala Sisuwun mendapat pedang sakti. Akhirnya mereka dihalau kerana bapa mereka tidak suka dengan ilmu tersebut.

Akhirnya Aphai dibawa lari oleh seekor gergasi bernama Nang Phisua yang menyamar menjadi perempuan cantik. Mereka kemudiannya berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Sinsamut.

Setelah mendapat tahu bahawa isterinya adalah gergasi Phra Apai melarikan diri bersama anaknya dan dibantu oleh keluarga duyong. Phra Apai berkahwin pula dengan puteri duyong dan mendapat anak lelaki bernama Sutsakon.

Satu hari kapal Raja Silarat dan Puteri Suwanmali melalui pulau ajaib. Puteri itu adalah tunang kepada putera Raja Eropah yang tinggal di Lanka iaitu Putera Usaren. Raja Aphai dan anaknya menaiki kapal yang sama namun para gergasi yang ternampak telah menyerang mereka dan Nang Phisua berjaya membunuh Raja Silarat. Putera Aphai berjaya melarikan diri dan membunuh sekalian gergasi dengan serulingnya. Dia kemudiannya bertemu Putera Usaren yang sedang mencari Puteri Suwanmali.

Sementara itu Sinsamut berenang bersama Puteri Suwanmali dan bertemu dengan Siruwan dan anak perempuan Siruwan bernama Arun Rasami. Mereka kemudiannya berpakat mencari Phra Apai.  Akhirnya mereka bertemu Phra Apai, Putra Usaren dengan Puteri Suwanmali namun puteri tersebut tidak mahu tinggal bersama Putera Usaren.

Akhirnya peperangan tercetus dan Putera Usaren dikalahkan dan balik semula ke Lanka.

Tamat.

MHR

Kalau korang tak pernah baca Hikayat Merong versi Melayu sampai bila pun korang tak paham. Nasiblah...


Demikianlah Artikel Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Hikayat Merong Mahawangsa Versi Thai ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.