Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur.

Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur. - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur. !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur. ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->





Setelah membuat penelitian secara serba ringkas tentang buku ini maka saya beranggapan buku ini lebih kepada membenarkan sesuatu yang dilarang dengan menggunakan landasan agama dan sosial dan jika Uthaya menulis dengan kaedah logik barat maka ini adalah pendapat saya sendiri terhadap penulisan beliau. Buku ini secara dasarnya adalah kumpulan artikel dari penulis yang bersifat memberi pengetahuan kepada masyarakat Malaysia tentang agama hindu dari sudut sejarahnya dan perbezaan diantara adat dan kepercayaan orang India yang sebenar. Begitu juga perihal agama Sikh. Tidak pula di huraikan sejarah kaum India di Malaysia dan apa yang beliau perjuangkan untuk kaum India.

Pendidikan Negara.

1.Namun persoalannya siapakah beliau sebenarnya sehingga di jemput sebagai salah seorang panel bagi KOMSAS untuk novel Interlok. Kenapa seorang bukan Melayu di jemput sebagai penilai kepada bidang sastera Melayu sedangkan minoritinya kaum bukan Melayu mengambil subjek sastera di peringkat SPM dan tidak pula ada orang Melayu yang diberikan hak yang sama untuk menilai subjek SJKT dan SJKC jika hendak bercakap dalam soal pendidikan dan hairan pula kenapa orang Melayu yang selalu terhegeh-hegeh hendak menerima pandangan dan kritikan dari luar tentang bangsanya sendiri! Maka tidak hairanlah apabila berlaku isu melibatkan kaum, orang Melayu sering disalahkan atas kebodohan orang Melayu sendiri.

Agama

1. Penulis sedikit sebanyak ada menyentuh perihal agama Islam dengan menyatakan bahawa agama Islam membenarkan beberapa perkara dan terdapat persamaan dalam agama Islam dan seringkali juga menyatakan agama Hindu adalah agama tertua sekali di dunia. Walaupun begitu di awal artikel beliau, beliau mengatakan bahawa agama Hindu tidak mempunyai pengasas atau penerima wahyu dan agama Hindu wujud dalam keadaan mitos dan dongeng yang akhirnya tuhan itu boleh berbentuk apa sahaja apabila difikirkan sesuai dengan logik akal manusia sehinggakan tuhan bagi orang Hindu adalah sebanya 330 juta yang beliau samakan pula dengan Asmaul Husna iaitu nama Allah sebanyak 99.

2.Di satu sudut lain pula beliau mengatakan bahawa Vishnu telah beberapa kali bertukar menjadi seorang dewi perempuan bernama Mohini dan telah beberapa kali melakukan hubungan intim dan kemuncak kepada perlakuan ini ialah Mohini (Vishnu) telah melahirkan Ayappan anak kepada Dewa Siva. Hujah ini beliau gunakan sebagai menyokong gerakan LBGT dan golongan Aravani. Persoalannya siapa Vishnu? Jika Vishnu seorang lelaki bagaimana dia boleh melahirkan dan jika dia adalah perempuan kenapa gambaran lelaki yang diberikan kepada beliau.


3. Beliau (Utaya) mengatakan bahwa kumpulan transgender memperjuangkan hak mereka untuk memilih sifat mereka bukan alat sulit mereka dan bukanlah seks perkara utama yang diperjuangkan oleh kumpulan transgender ini. Sedangkan ayam juga bernafsu takkan manusia yang serakah tak ada keinginan. Secara logiknya dan umumnya masyarakat Malaysia menerima golongan ini namun perlu ada batasannya. Pernahkan golongan LGBT di pukul secara tiba-tiba?. Maka bersyukurlah ada ruang kebebasan disitu tidak perlulah diperjuangkan perkara yang ditentang oleh semua agama di dunia ini.

4. Beliau turut menggunakan pendapat Kamaludin Endol yang menulis buku “Hinduism Agama Tauhid Terawal” dengan mengatakan bahawa Nabi Adam adalah pengasas kepada agama Hindu namun jika diteliti pada buku itu. Ajaran Nabi Adam telah diseleweng oleh pengikut- pengikut Nabi Adam as dan bertentangan pula pendapat awal beliau mengatakan agama Hindu tidak mempunyai pengasas. Pendapat yang pelik dan berputar-putar.

5. Perihal agama Kristian dan Islam. Pada bab ini eloklah melihat ceramah dan perdebatan antara Islam dan Kristian dan tak perlulah diperdebat dan diberi pendapat pula oleh orang yang bukan Islam mahupun Kristian.

Hak Istimewa dan kaum lain.

1. Penulis juga menyokong agar hak istimewa orang Melayu dipertahankan namun konsep tersebut tidak beerti sekiranya orang melayu terus miskin dan beliau menyatakan konsep ketuanan Melayu adalah konsep Ketuanan Raja Melayu. Menurut buku Mitos Peribumi Malas, SH Al Attas dari sumber Hugh Clifford beliau menegaskan bahawa orang Melayu tidak akan berkhidmat atau menerima arahan daripada orang bukan Melayu dan hanya akan melakukan apa jua tugasan sekirnya ia datang dari suruhan Sultan Melayu dan ketua orang Melayu. Maka disini haruslah difahami itulah ertinya ketuanan Melayu sebagai mana umum ketahui Orang Melayu adalah bangsa yang taat kepada pemerintahnya dan disebabkan itu juga para penjajah menggunakan Raja Melayu bagi menyempurnakan gerak kerja mereka.

2. Beliau juga tidaklah begitu memberi pendapatnya sendiri dan lebih gemar menggunakan penulisan orang lain yang menyokong kehendak beliau sebagai penulis. Nama- nama seperti AB Sulaiman, Mohd Fitri .. muncul bagi menyokong hujah beliau dalam kebersamaan agama Hindu dan Islam. Beliau juga menyebut beliau akan kalah dengan seorang yang bodoh tapi dalam masa yang sama apa pendapat beliau sendiri dalam semua perkara yang dibentang dalam bukunya?.

Istilah Melayu dan Kaum lain.

1. Pada bab ini Utaya banyak menggunakan hujah AB Sulaiman tentang kewujudan bangsa Melayu. Bagi AB Sulaiman Melayu itu hanya nama dan orang Melayu sering keliru dalam mencari siapakah Melayu itu. Melayu itu sebuah etnik yang wujud di Sumatera dan pernah memerintah hampir seluruh Asia Tenggara. Apabila Parameswara dari jurai terakhir membuka Melaka di sini akhirnya membawa bersamanya nama bangsa Melayu. Pada persoalan ini boleh rujuk "The Search for the 'Origins' of Melayu" tulisan Leonard Andaya.

Buku ini masih dijual. Boleh hubungi fb KSM
untuk urusan pembelian.
2.Kekeliruan hendak membezakan kaum India di Malaysia dengan bangsa India. Penulis menegaskan kepentingan dengan merujuk 2 perkara iaitu Orang itu adalah rakyat India atau walaupun sama ras dan gen tapi tidak pula sama negaranya. Beliau juga mengatakan “India” dan “China” telah pun wujud sebelum era 1800 tapi tidak ada pula negara bernama Melayu. Namun sebelum 1800 wujudkah negara China atau Negara India? Perihal China eloklah dibaca semula buku saya “Tanah Baru Naga Selatan”. Manakala perkataan “India” dipercayai telah diperkenalkan oleh Dinasti Mughal yang wujud pada 1526M iaitu selepas jatuhnya Melaka pada 1511. Jelaslah bahawa penulis cuba menutup sejarah ini. Penulis juga mengatakan dia ingin menjelaskan kaumnya iaitu Malayalam tapi sefaham saya kaum India dibezakan melalui kasta. Apakah Utaya ingin menjelaskan kedudukan kasta sebab sepengetahuan saya kedudukan kaum menentukan kasta seseorang. Maka sangat moleklah jika kaum India dikenali sepertimana yang kita kenal selama ratusan tahun dan kaum-kaum lain juga tidak begitu kisah dengan status kasta ini kerana semangat bangsa Malaysia. Walaupun begitu pada akhirnya Utaya seolah memutar penulisan beliau bahawa “tidak pula saya kata Melayu tidak wujud” dan seolah menuding jari kepada AB Sulaiman sahaja.

Soal Hang Tuah pada Utaya ialah kisahnya lebih kepada saduran kisah Ramayana manakala orang Cina menganggap Hang Tuah berbangsa Cina. Persoalannya kenapa semua bangsa hendak mengambil Hang Tuah sebagai figura utama? Kalau dia India apakah sifat-sifat kehinduaan Hang Tuah? dan sekiranya Cina tidak pernah pula ke China sedangkan kaum pedagang Cina sejauh mana pun mereka mengembara tetap akan pulang ke kampung halaman walaupun ada dari mereka tetap terus tinggal disini iaitu golongan Baba Nyonya tapi bilangannya amat sedikit.

Penutup

Buku ini boleh diberi 2/5 bintang kerana menerangkan tentang agama Hindu dan kepercayaan orang India secara umum walaupun agak pelik juga huraian beliau tentang dewa-dewa Hindu. Namun buku ini bolehlah dianggap sampah kerana kesemuanya berpaksikan politik semata-mata yang jelas akan merugikan bangsa Melayu walaupun Utaya mengatakan DAP akan menjaga hak Melayu menurut 7 wasiat Raja-raja Melayu. Beliau juga berkata ingin melihat Utopia Malaysia dimana semua kaum tidak dibezakan melalui kaum yang hanya ada cuma bangsa Malaysia maka pada saya jika ia berlaku apakah ertinya hak istimewa itu tadi? Pointless. Susunan prosa yang baik dan jika tidak di perhalusi akan menjerumuskan pertentangan di dalam Melayu itu sendiri. “Minyak sudah ada tinggal cucuh api sahaja”, “2 ekor lembu berlaga kancil juga mendapat untung”. Pandangan saya buku ini tak payah dibaca sebab bila di beli maka akan wujud cetakan baru. Hendak bercakap soal sejarah samada akademik atau tidak biarlah berlandaskan cerita yang benar. Sejarah itu pahit dan perit maka telanlah ia dan rasailah kesakitan itu dengan sebaiknya. 

Sekian.

Mohd H Roslan.







Demikianlah Artikel Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur. ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Malayur Manikam : Sejarah Bangsa Malaysia Yang Kabur. ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.