Jentayu Patah Hati
Jentayu Patah Hati - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Jentayu Patah Hati !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Jentayu Patah Hati ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Dalam arus kemodenan yang hampir mencapai tahap yang paling tinggi usaha untuk memelihara dan memulihara segala khazanah bangsa masih diperjuangkan oleh sekumpulan kecil manusia. Di mana – mana negara didunia ini semangat untuk mengekalkan adat dan tradisi itu masih kekal walaupun ramai yang sudah melupakannya. Terkadang ada sebahagian dari kita berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak bangsa. Perjuangan yang tidak pernah padam semenjak jatuhnya kota Melaka kekal mekar hingga kini. Semuanya berusaha mempertahankan kedaulatan dan keagungan bangsa tanpa mengira penat lelah biarpun terpaksa mengorbankan nyawa dan wang ringgit demi bangsa tercinta. Didalam semua keadaan itu kemajuan yang dicapai dan yang terkesan kepada orang-orang Melayu sedikit sebanyak mengubah pola fikir kita pada hari ini.
Terngiang-ngiang lagu-lagu seperti Sri Mersing, Patah Hati dan pelbagai filem klasik yang menggambarkan betapa halus dan santunnya budaya Melayu. Seolah-olah kesucian itu tidak digugat oleh mana-mana kaum seterusnya. Betapa tingginya dan agungnya bangsa Melayu suatu masa lalu bak Jentayu yang bebas terbang kesana-kemari. Terkenang-kenang dan seolah-olah berasa hidup didalam zaman itu. Hari ini sudah mula wujud kumpulan-kumpulan yang mahu mengangkat semula kebudayaan dan ketamadunan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang samada perkumpulan keris, busana Melayu, kebudayaan dan tarian dan menulis semula sejarah bangsa. Tapi sejauh mana usaha mereka ini mencapai tahap yang boleh dibanggakan? Apakah dengan usaha yang sekecil itu mampu menjulang semula kesenian dan sejarah bangsa Melayu?. Ramai diantara mereka yang terkandas di pertengahan jalan, kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak-pihak berkaitan malah sikap masyarakat kita sendiri yang telah hilang minat kepada seni dan budaya bangsa sedikit sebanyak mematikan perkembangan dan pemeliharaan seni budaya Melayu itu sendiri.
Siapa yang tidak dapat melupakan filem “Keris Hitam Bersepuh Emas”[1][2]dan “Pendekar
Kundur” yang sehingga hari ini dianggap sebagai sebuah drama yang penuh seni dan menimbulkan semangat Melayu. Apakah drama atau filem seperti ini tidak menimbulkan semangat penyatuan bangsa? Apakah dengan menyatakan semangat penyatuan di corong-corang kotak televisyen dan radio itu perlu sudah cukup ? Apakah pengucapan itu tidak perlu dilontarkan kedalam bentuk yang dapat dilihat umum? Kita lihat filem-filem dari Hong Kong yang sebegitu banyak telah mengetengahkan sejarah bangsa mereka. Apakah Melayu ini lemah dan tidak punya seni, budaya dan sejarah seperti mereka?
http://pencurimovie.cc/keris-hitam-bersepuh-emas-1998-360p/ |
Perlukah kita ambil peduli akan apa yang akan dikatakan kaum lain kepada apa yang ingin kita lakukan. Siapakah yang menentukan jatuh bangun bangsa Melayu kalau bukan kita sendiri? Semuanya terletak ditangan kita sendiri! Baik buruk pahit manis sejarah bangsa itu terletak kepada kita. Kita yang mewarisi akan apa yang ditinggalkan moyang-moyang kita dengan darah dan keringat mereka!. Apakah kerana menganggap perkara itu sudah pun berlalu kita membiarkan dan melupakan terus tamadun bangsa?. Dunia Barat sendiri walaupun sudah mencapai kemajuan yang begitu tinggi dengan segala macam penciptaan teknologi, mereka masih merasa bangga kepada sejarah silam mereka. Ingin saya bertanya kepada kalian apakah barat itu tidak menonjolkan sejarah,budaya dan kesenian mereka? Medium yang paling jelas pada penglihatan kita adalah filem-filem yang dihasilkan mereka. Kesannya kita sendiri berminat untuk mendalami sejarah mereka malah ada yang malu dilahirkan sebagai Melayu. Siapa yang bertanggungjawab atas kesemua ini! Jawapannya ada di kotak fikir anda sendiri.
Maka diatas segala yang dilakukan oleh kumpulan pejuang tadi tidak berbaloi dan tidak berhasil maka menjadilah mereka itu “Jentayu yang patah hati”. Membawa duka nestapa tanpa siapapun peduli. Hanya mampu bersuara di hujung dada akhbar dan didalam kumpulan mereka sendiri. Siapakah yang rugi sebenarnya? Apakah mereka yang memperjuang sejarah seni dan budaya itu rugi? Atau anak bangsa kita
yang rugi? Kita yang berada dibawah ini sebagai orang biasa juga turut merasakan akan kerugian apabila perkara ini hilang dari dakapan untuk dilepaskan kepada anak cucu kita nanti. Sudahlah sejarah bangsa diputar belit, seni dan budaya bangsa pula tidak dijulang kembali pada tempat asalnya maka terbanglah bangsa Melayu ke serata alam tanpa arah dan tujuan. Mencari identiti dan roh bangsanya. Di penghujung atas kesilapan ini apakah anak-anak kita akan merasa bangga dengan sejarah Melayu?. Lantas kita bertanya akan soalan bodoh kepada mereka “kenapa kamu malu menjadi Melayu?”.Pembaratan muzik dan tarian tradisional Melayu juga adalah satu masalah yang agak serius. Atas nama kemodenan maka segalanya dimodenkan. Sejujurnya saya yakin dan percaya ramai diantara kita yang lebih gemar kepada muzik asal Melayu. Senikata dan muziknya menuntun kalbu dan benak sanubari kita. Persoalannya adakah dengan membaratkan seni muzik dan tarian itu menguatkan akar budaya jati diri bangsa? Disebalik semua ini apakah tindakan yang sewajarnya kita lakukan? Mungkin anda yang berada didalam golongan ini punya jawapannya tersendiri.
Hari ini jawapan yang amat jelas ialah perpecahan pendapat dikalangan kita sendiri kerana tiada siapapun yang begitu serius menjaga sejarah bangsa. Masing-masing sekadar berbuat untuk mendapat kepentingan diri. Hilangnya jati diri bangsa kerana tangan-tangan kita sendiri yang hidupnya seolah bertuhankan wang semata-mata. Lemah tak berdaya dan hanya mengharapkan “orang lain” yang melakukan segalanya untuk kita. HAMKA pernah menyebut “Siapakah yang akan menulis tentang sejarah bangsa kita, kalau bukan kita sendiri? Apakah bangsa penjajah itu akan menulis segala yang baik tentang kita?”[3]Tiada lansungkah bara api itu dihati anak-anak Melayu? Mereka yang diawal perenggan yang saya sebutkan tadi itulah bara apinya namun jika bara itu terpadam maka hilanglah bangsa Melayu dimuka bumi ini dan tiada bergunalah kata-kata Dato Laksamana Tuah “Takkan Melayu Hilang Didunia”. Bersatulah dan warisilah ilmu mereka. Janganlah sampai suatu masa apabila bangsa lain yang sanggup belajar seni dan budaya bangsa Melayu mengakui bahawa budaya dan seni bangsa Melayu itu adalah milik mereka. Tiada yang mustahil diatas dunia ini diatas kehendak dan keiginan manusia itu segalanya tercapai.
“Daun di puncak langit namun tetap tunduk melihat akar”
Itulah perumpaan yang harus kita sedar akan fitrah diri kita sebagai bangsa Melayu. Setinggi mana pun kita dan sejauh mana pun kita pergi janganlah dilupakan pada asal usul bangsa. Sebongkak mana pun para penjajah mereka tetap berbangga dengan bangsa mereka biarpun pada suatu ketika mereka sendiri dijajah oleh bangsa lain. Perjuangan mempertahankan sejarah bangsa tidak pernah padam. Biarpun hampir segalanya musnah namun yang tersisa itulah yang dipertahankan hingga hari ini. Kita pula berasa tiada apa lansung yang hendak dipertahan dan diperjuangkan? Apakah kamu malu diatas semua kelemahan itu? Apakah kamu tidak mahu bangun lagi dari tilam empuk mu? Apakah kamu sekadar menjerit dari kejauhan tanpa melakukan apa-apa?. Suara dan kehendak mu untuk mempertahankan maruah dan jati diri bangsa akan dilunaskan? Sama sekali tidak! Janganlah bersedih dan patah hati apabila perjuanganmu tidak disahut teruskanlah berjuang dan maralah kehadapan didalam sisa-sisa nyawa terakhir ini. Demi bangsa mu… BANGSA MELAYU!
[1]Keris Hitam Bersepuh Emas ialah siri drama pendekar yang ditayangkan pada dekad 1990-an sehingga bulan Ogos2002, ia ditaja oleh Perilly's.Siri drama pendekar ini membuktikan kemewahan rokok Perilly's, mengikut dengan tajuknya, Keris Hitam Bersepuh Emas, mengikut dengan warna rokok Perilly's. Selama 12 tahun bersiaran, rupa - rupanya Keris Hitam Bersepuh Emas sudah dihentikan siarannya, di mana kerajaan mengharamkan segala bentuk rancangan ditaja oleh syarikat rokok. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Keris_Hitam_Bersepuh_Emas
[3]Sejarah Umat Islam Jilid 4; Pustaka Antara
Demikianlah Artikel Jentayu Patah Hati, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Jentayu Patah Hati ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Jentayu Patah Hati ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.