Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984
Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984 - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984 !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
berjihad !!
tulisan !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984 ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Penulis menghuraikan tentang kepentingan penulisan buku dan makalah dalam genre agama namun pada saya terdapat beberapa perkara penting yang harus kita sama-sama fikir tentang perlunya berjihad dan berjuang dengan mata pena memandangkan dikala aman ini dan didalam keadaan dunia sekarang , falsafah pemikiran dan penulisan-penulisan yang dibaca setiap hari menjadi atau membentuk sifat dan sahsiah seorang pembaca. Sekiranya yang dibaca itu bersifat negatif dan bersesuaian pula dengan apa yang dirasakan penting baginya maka bait-bait didalam buku yang dibaca itulah akan dijadikan pegangan beliau dan membentuk sikap pembaca itu. Maka sebagai penulis, mereka haruslah menulis dengan berhati-hati dan yang paling penting sekali ialah kerana menulislah kerana Agama, Bangsa dan Negara. Disini saya kongsikan beberapa pendapat oelh penulis.
*Diubah sedikit dari penulisan asal.
*Diubah sedikit dari penulisan asal.
1. Penulisan merupakan satu cara paling berkesan untuk menyampaikan idea,pemikiran dan kritikan,maklumat danpendapat terhadap sesuatu perkara yang menyentuh degup jantung agama,bangsa dan negara.
2. Penulisan adalah sebuah cetusan bentuk perjuangan, peperangan, pertarungan fikiran dan jihad untuk menegakkan kebenaran dan menghancurleburkan kepalsuan dan ketidakadilan yang bertapak di muka bumi.
3. Sebahagian ulama mentakrifkan jihad itu sebagai kesungguhan untuk mencapai cita-cita, ia membawa maksud mujahadah didalam menentang musuh dalam apa jua cara samada bentuk perkataan dan perbuatan disertai dengan niat semata-mata kerana Allah.
4. Imam Abu Abudullah al-Qurtubi berpendapat bahawa jihad itu bukan sekadar memerangi orang-orang kafir dalam peperangan bersenjata malah meliputi usaha-usaha menolong agama Allah secara menyeluruh.
5. Seorang pahlawan yang berjihad akan terbunuh dimedan tempur manakala seorang penulis menggunakan mata penanya dengan segala ilmu yang ada padanya berjuang menghadapi pembawa dakyah dan propaganda yang merosakan dirinya dan masyarakat.
6. Penulis sering dianggap sebagai pembentuk pemikiran masyarakat. Tulisan mereka sentiasa mendahului zaman maka wajarlah mereka juga dianggap pemimpin masyarakat. Karya dan hasil penulisannya wajar dilihat sebagai perakam terhadap peristiwa-peristiwa sejarah.
7. Sebarang bentuk penulisan boleh mempengaruhi hati dan jiwa manusia. Maka tidak hairanlah penulisan merupakan salah satu alat untuk menjajah pemikiran manusia (propaganda, dakyah,bahan lucah dan lain-lain)
8. Golongan penulis seharusnya menghasilkan penulisan yang sewajarnya dan ia boleh membangkitkan semangat kecintaan pembaca terhadap agama,bangsa dan negara kerana seorang penulislah yang membantu masyarakat mengenal Tuhan,para Nabi ,para pejuang, dan segala macam bentuk masalah manusia.
9. Namun bukan semua manusia itu boleh menulis , kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Saya nak tambah " Berusahalah dengan apa jua cara sekalipun demi anak bangsa, jangan putus asa, jangan berhenti mengharap sesungguhnya tiap perkara itu ada hikmah, tulislah dengan penuh makna agar semangat yang tersisa pada watan kekal selamanya. Tiap peperangan pedang bermula dengan sebatang pena!. Hasbunallah Wania'mal wakil"
Demikianlah Artikel Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984 ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Berjihad Menerusi Penulisan – Talib Samat – Bacaria 1984 ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.

