Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair
Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair - Selamat datang di blog Sejarah Aceh, Info kali ini adalah tentang Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair !! Semoga tulisan singkat dengan kategori ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Syair Sultan Maulana
Syair-syair ini berasal dari Kedah dan berkisarkan kepada peperangan diantara Kedah-Siam dan juga perhubungan politik diantara Kedah-Siam- Burma pada abad ke 19. Peperangan ini juga dikenali oleh rakyat tempatan sebagai “Perang Musuh Bisik”. Syair Sultan Maulana[1]member penerangan kepada aspek peperangan,jenis senjata,taktik, alat pengangkutan dan susunan pangkat. Jika diteliti dalam sejarah Kedah, Kedah sentiasa mencuba untuk melepaskan diri dari cengkaman Siam. Syair ini juga menunjukkan ketidakpuasan hati malahan rasa meluat kepada orang-orang Siam, sebagai contohnya pada rangkap 573-591, Tengku Idris meyakinkan dirinya bahawa peperangan diantara Siam-Burma adalah peperangan diantara orang-orang kafir. Didalam syair ini juga menerangkan kapal-kapal milik Siam tidak setanding dengan jong-jong milik tentera Kedah, tentera Siam pula dikatakan lemah dan selalu tertinggal dibelakang. Mereka Cuma berada dihadapan apabila kota orang Burma ditawan. Syair ini telah dipersembahkan kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan mempunyai 1102 bait (kajian Skinner).
Syair Perang Jong Salang
Syiar ini telah ditulis oleh setiausaha peribadi kepada Dato Bendahara yang sama-sama berangkat tentera Kedah ke Salang sewaktu perang Kedah-Siam. Manuskrip ini berkemungkinan telah disalin semula di Pulau Pinang oleh John McInnes antara tahun 1814-1816. Pada tahun 1825 kononnya ia telah disalin pula oleh John Crawfurd semasa beliau menjadi Gabenor Singapura. Salinan ini kemudiannya telah dijual bersama beberapa naskah hikayat yang lain oleh beliau kepada British Museum.
Syair Duka Nestapa
Syair ini pula ditulis sendiri oleh SATHS sewaktu berada didalam tahanan Inggeris. Atas permintaan Siam dan setelah Kedah telah hamper dikalahkan oleh Siam, SATHS telah dipindahkan ke Pulau Pinang dengan pergerakannya dikawal oleh Inggeris sebelum baginda dipindahkan pula ke Melaka. Syair ini ditulis pada tahun 1842 setahun sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1843 dan ia ditulis di Melaka. Syair ini menerangkan tentang kerisauan dan kesedihan baginda terhadap negerinya yang seringkali diancam oleh Siam, disamping itu pula diasak dan ditipu oleh Burma dan Inggeris. Apabila Perlis dan Setol dijadikan wilayah berasingan dari Kedah, banyak khazanah-khazanah Kedah tidak dapat dibawa pulang kerana
1. Alor Star telah dimusnahkan sama sekali
2. Tipu muslihat Siam dan penghapusan apa jua tinggalan khazanah Kedah. Pada masa ini Raja Ligor telah memerintahkan supaya Hikayat Merong Mahawangsa dimusnahkan kerana hikayat tersebut mengatakan Rama Siam berasal dari Kedah.
Salinan syair ini telah diperolehi oleh Dato’ Wan Ibrahim bin Wan Saloh (bekas Pengarah Muzium Kedah) dari kerabatnya Wan Hajar Setol. Syair ini telah membuktikan bahawa terdapat perhubungan kekeluargaan antara Raja Setol dengan Raja Kedah. Syair ini pada asalnya berada di British Museum dalam ditulis dalam bentuk rumi. Pada tahun 1975 atas usaha Muzium Negeri Kedah ia telah dijawikan semula berdasarkan mikrofilem yang terdapat di Universiti Malaya.
Secara keseluruhannya terdapat 64 buah manuskrip yang berasal dari negeri Kedah yang tersimpan di Muzium Negeri Kedah dan Dewan Bahasa Pustaka selain itu juga terdapat lagi manuskrip-manuskrip yang tersimpan di luar negara, didalam simapanan kerabat diraja Kedah dan orang perseorangan.
Nota: Senarai syair tersebut tidak saya sertakan sekali kerana terlalu banyak. Kisah sejarah Kedah juga boleh dirujuk didalam Buku Sejarah Negeri Kedah karangan Buyong Adil (1983).
Nota: Senarai syair tersebut tidak saya sertakan sekali kerana terlalu banyak. Kisah sejarah Kedah juga boleh dirujuk didalam Buku Sejarah Negeri Kedah karangan Buyong Adil (1983).
Dipetik dan diolah dari buku bertajuk "Sebutir Pasir" 1992; Bab Syair Maulana atau Battle for Junk Ceylon dan Beberapa Manuskrip Melayu di Muzium Negeri Kedah; Siti Hawa Haji Salleh; ms 73 - 110.
[1] Maulana adalah gelaran bagi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (SATHS), baginda juga dikenali sebagai Marhum Melaka
Demikianlah Artikel Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Pensejarahan Kedah abad ke 19 Melalui Syair ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.