Tampilkan postingan dengan label FATWA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label FATWA. Tampilkan semua postingan

Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah



بسم الله الرحمن الرحيم



Dalam solat Jahriyah (yakni solat yang bacaannya dibaca dengan kuat iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak-pen) setelah imam membaca Al-Fatihah, dia diam untuk memberikan kesempatan kepada makmum membaca surah Al-Fatihah. Adakah perkara itu disunnahkan bagi Imam untuk saktah (diam) dengan diam yang sebenar-benarnya atau adakah ketika itu dia membaca surah dalam Al-Quran atau bertasbih secara sir (perlahan)?

Adakah perbuatan ini berdasarkan daripada syara’ atau adakah ulama’ yang menyebutkan pendapat ini?


Imam An-Nawawi rahimahullah menjawab:

Dalam keadaan saktah (imam diam) ini bagi Imam untuk berzikir, berdoa, atau membaca Al-Quran secara sir (diam). Menurut pendapatku, membaca Al-Quran pada ketika itu lebih utama kerana memang ketika itulah tempatnya (untuk membaca Al-Quran).

Adapun alasan yang menunjukkan bahawa sebaiknya imam melakukan hal yang demikian yakni membaca Al-Quran, berdoa atau berzikir dan bukannya diam yang sebenar-benar diam kerana tidak ada waktu diam bagi Imam (ketika waktu solat berdasarkan syara’). 

Begitu juga hujah diatas berdasarkan qiyas iaitu diqiyaskan dengan keharusan Imam membaca Al-Quran sewaktu makmum menunggu untuk solat Khauf. Jika orang bertanya: “Mengapa ianya disebut saktah (diam) sedangkan disitu Imam diperintahkan untuk membacakan Al-Quran atau berzikir?” 

Jawab: Ianya (istilah diam) tersebut tidaklah terlarang (tidak salah) sebagaimana halnya sesudah takbiratul ihram juga dinamakan saktah (diam) padahal ketika itu disunnahkan untuk membaca doa iftitah. 

Diriwayatkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim:

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Wahai Rasulullah, engkau diam seketika di antara takbiratul ihram dengan Al-Fatihah itu, apakah yang engkau baca?”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku membaca

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِى وَبَيْنَ خَطَايَاىَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِى مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَاىَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ


Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan dosaku sebagaimana engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah sucikanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana sucinya kain putih dari kotoran. Ya Allah besihkanlah kesalahanku dengan air, salji dan air sejuk” [Riwayat Al-Bukhari no. 744 dan Muslim no. 1382]


           

            Ianya dinamakan saktah (diam) padahal Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa iftitah. Memang ketika itu merupakan waktu diam jika dibandingkan dengan bacaan jahr (secara kuat) sebelum dan sesudah doa iftitah.

            Ulama’ yang menyebutkan masalah ini ialah As-Syaikh Abul Faraj As-Sarkashi rahimahullah di dalam kitabnya Al-Amaali. Dia berkata di dalam kitab itu:

“Di dalam waktu diam (diam sejenak selepas Imam membaca Al-Fatihah) disunnahkan berdoa dengan doa yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Allahumma baa’id…hingga akhir ayat.”

Pendapat As-Sarkashi rahimahullah ini bagus namun pendapat yang rajah ialah pada ketika saktah (diam) Imam iaitu setelah membaca Al-Fatihah maka hendaklah dia membaca ayat Al-Quran dengan sir seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Jika ada orang bertanya bahawa berdoa dan membaca Al-Quran pada ketika itu tidak disebutkan di dalam riwayat yang bersumberkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka bagaimanakah hal tersebut?

Jawabnya ialah sebagaimana tidak adanya dalil yang menetapkan sedikian maka tidak ada pula dalil yang meniadakan atau dalil yang melarangnya. Oleh kerana itu masalah ini ialah masalah yang tidak ada nasnya dan terhadap masalah yang tidak mempunyai nas maka dilakukan qiyas seperti yang kami sebutkan tadi.

Wallahua’lam.
[ Fatawa Al-Imam An-Nawawi Al-Musamma bi Masaail al-Manthuurah bab
الحديث على السكتة بعد الفاتحة في حق الإمام ]


 والله أعلم بالـصـواب 


Fatwa Dan Hukum Orang Islam Menyambut Valentine's Day


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia


حكم احتفال المسلمين بعيد الحب (Valentine Day)

في 22-24 من نوفمبر لعام 2005م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (71) لمناقشة حكم احتفال المسلمين بعيد الحب المعروف بـ(Valentine Day). فرأى المجلس أن الإسلام يهتم جداً بقضية التحاب والمحبة. ولا يخص يوماً معيَّناً من أجلها. فلا يوجد في الشريعة الإسلامية نص أصيل عن الاحتفال بالحب كعيد أو يوم رسمي. ولهذا، فإن المجلس يرى أن الاحتفال بعيد الحب هو احتفال يختلط به عناصر مسيحية متعارضة بالمبادئ الإسلامية ومخالفة لتعاليمها.





Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda.:

من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.



Fatwa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyah wa’l-Iftaa’ 

“Merayakan hari Valentine itu tidak boleh, karena:

Pertama: ia merupakan hari raya bid‘ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari‘at Islam.

Kedua: ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara yang lali seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salafussoleh (pendahulu kita) – semoga Allah meredhai mereka. Maka tidak halal melakukan ritual hari raya, menyambutnya baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah ataupun lainnya. Hendaknya setiap muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang tampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya.”

Maka adalah wajib bagi setiap orang yang mengucapkan dua kalimat syahadah untuk melaksanakan wala’ wal bara’ ( taat kepada muslimin dan berlepas diri dari golongan kafir) yang merupakan dasar akidah yang dipegang oleh para salafussoleh iaitu mencintai orang-orang mu’min dan membenci dan menyelisihi (membezakan diri dengan) orang-orang kafir dalam ibadah dan perilaku.

Di antara keburukan menyerupai mereka adalah: mempopulerkan ritual-ritual mereka sehingga terhapuslah nilai-nilai Islam. Keburukan lainnya, bahawa dengan mengikuti mereka bererti memperbanyak jumlah mereka, mendukung dan mengikuti agama mereka, padahal seorang muslim dalam setiap raka’at shalatnya membaca,

“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Al-Fatihah:6-7)

Bagaimana mungkin dia memohon kepada Allah agar ditunjukkan kepadanya jalan orang-orang yang mukmin dan dijauhkan darinya jalan golongan mereka yang sesat dan dimurkai, namun dia sendiri malah menempuh jalan sesat itu dengan sukarela. Lain dari itu, mengikutikaum muslimin terhadap gaya hidup mereka akan membuat mereka senang serta dapat melahirkan kecintaan dan keterikatan hati.

Allah Subhannahu wa Ta’ala telah berfirman, yang artinya: 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Maidah:51)

“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Mujadilah: 22)

Ada seseorang mengatakan, bahawa dia tidak mengikuti keyakinan mereka, hanya saja hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan suka citanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Saudaraku! Ini adalah suatu kelalaian, padahal sekali lagi: Perayaan ini adalah acara ritual agama lain! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang obses/ taksub oleh budaya dan gaya hidup mereka.

Mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang remeh, tapi lebih mencerminkan penerapan nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan  dalam pergaulan antara pria dan wanita (ikhtilat) sehingga ketika ini kita lihat nilai sosial mereka menjadi porak-poranda.

Alhamdulillah, kita mempunyai pengganti yang jauh lebih baik dari itu semua, sehingga kita tidak perlu meniru dan menyerupai mereka. Di antaranya, bahawa dalam pandangan kita, seorang ibu mempunyai kedudukan yang agung, kita bisa mempersembahkan ketulusan dan cinta itu kepadanya dari waktu ke waktu, demikian pula untuk ayah, saudara, suami dan sebagainya, tapi hal itu tidak kita lakukan khusus pada saat yang dirayakan oleh orang-orang kafir.

Semoga Allah Subhannahu wa Ta’ala senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jembatan untuk masuk ke dalam Surga yang hamparannya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Menyampaikan Kebenaran adalah kewajiban setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan buletin ini kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.

Semoga Allah Ta’ala Membalas ‘Amal Ibadah Kita.



والله أعلم بالـصـواب 

Adakah Iman Boleh Bertambah Dan Berkurang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Persoalan berkaitan iman merupakan perkara yang penting dan usul (asas/ pokok) yang penting dalam agama Islam. Ia adalah antara bahagian daripada aspek tauhid dan saling berkait rapat dengan ibadah dan juga akhlak. Apakah iman dan bagaimanakah sifat-sifatnya?. Ia merupakan dua isu yang berbeza yang akan dibentangkan dalam penulisan kali ini. 


Pengertian Iman Di Sisi Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah

Iman menurut Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah ialah ketetapan yang ada di dalam hati, pengakuan dan ucapan dengan lidah, dan amalan dengan anggota tubuh badan. Disini terdapat tiga pecahan penting yang saling berkait rapat iaitu:

  1. Ketetapan di dalam hati
  2. Pengakuan dan ucapan dengan lidah
  3. Amalan dengan anggota tubuh badan. 
Tiga unsur ini merupakan bahagian-bahagian keimanan seseorang Muslim. Umat Islam yang sempurna imannya bukan sahaja meyakini akan kewujudan dan kekuasaan Allah subhanahu wa ta'ala, bahkan dia turut mengakuinya dengan ucapan lidah melalui kalimah syahadah kemudian beramal dengan amalan-amalan yang telah difardhukan (diwajibkan) serta amalan sunat sebagai penambah baikan. Tidak sempurna iman seseorang Muslim andai hanya membenar dan mengucapkan syahadah semata-mata namun tidak beramal sesuai dengan apa yang telah dituntut keatasnya. 


Sifat Iman Bertambah dan Berkurang

Iman merupakan sesuatu yang bersifat ghaib dan tidak boleh diukur semata-mata dengan perbuatan luaran manusia semata-mata. Ahlu Sunnah wa al-Jamaah menetapkan dan mayakini bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. Ini kerana kemantapan hati seseorang itu bertingkat-tingkat dan tidak sama setiap masa dan keadaan. Sebagai contoh, kemantapan hati terhadap sesuatu berita atau khabar semata-mata kadang-kala tidak sama dengan kenyataan yang belaku di depan mata atau secara langsung pada diri sendiri.  Contoh yang lain pula seperti keyakinan hati terhadap sesuatu berita yang dikhabarkan oleh satu orang tidak sama dengan berita yang dikhabarkan oleh sepuluh orang, dan sebagainya. 

Maka daripada itu, Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah berkata: 

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖقَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا ۚوَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Baqarah 2:260]

Keimanan akan bertambah bergantung kepada ketetapan dan keyakinan hati, ketenangan dan kesediannya. Manusia akan menemukan kesemua itu di dalam dirinya sendiri. Ketika seseorang itu hadir ke majlis ilmu yang di dalamnya terkandung pengisian seperti nasihat-nasihat, penjelasan tentang syurga dan neraka, hari Qiamat dan akhirat, maka keimanannya boleh jadi bertambah sehingga seakan-akan dia melihatnya secara langsung. Namun ketika dia sedang lalai dan jauh daripada majlis-majlis ilmu agama dan nasihat, maka keyakinan hati dan imannya akan berkurang. Berkurangnya iman juga berlaku ketika dalam keadaan sedang melakukan dosa sebagaimana yang masyhur dalam hadith sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

لا يزني الزَّاني حينَ يزني وَهوَ مؤمنٌ ولا يشرَبُ الخمرَ حينَ يشرَبُ وَهوَ مؤمنٌ ولا يسرقُ حينَ يسرقُ وَهوَ مؤمنٌ ولا ينتَهبُ نُهبةً يرفعُ النَّاسُ إليْهِ فيها أبصارَهم حين ينتهِبُها وَهوَ مؤمنٌ

Seseorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri ketika dia berada dalam keadaan beriman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan. [Riwayat Al-Bukhari (no. 2475, 6772); Muslim (no. 57) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu]

Begitu juga keimanan dalam perkataan boleh bertambah dan berkurang. Orang yang menyebut Allah sepuluh kali tidak sama dengan orang yang menyebut Allah seratus kali, keimanan orang yang kedua sudah tentu lebih besar. Keimanan dalam ibadah juga boleh bertambah dan berkurang. Orang yang ibadahnya sempurna imannya bertambah daripada orang yang ibadahnya tidak sempurnah, banyak kesalahan dan tidak istiqamah. Begitu juga dengan amalan dengan anggota badan. Orang yang banyak beramal dengan kebaikan maka imannya boleh bertambah begitu juga sebaliknya. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: 


وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً ۙوَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا

Dan (ketahuilah bahawa hikmah) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmah) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya. [Al-Mudhathir 74:31]


وَإِذَا مَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِ إِيمَانًا ۚفَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ. وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir. [Al-Taubah 9:124-125]


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr berkata,  Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dihadapan para wanita: 

وما رأيت من ناقصات عقل ودين أغلب لذي لب منكن . قالت : يا رسول الله ! وما نقصان العقل والدين ؟ قال : أما نقصان العقل فشهادة امرأتين تعدل شهادة رجل . فهذا نقصان العقل . وتمكث الليالي ما تصلي . وتفطر في رمضان . فهذا نقصان الدين

Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu (para wanita). Wanita itu bertanya: "Wahai Rasulullah, Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." [Riwayat Al-Bukhari (no. 304) sanadnya daripada Abu Said al-Khudri dengan lafaz yang sedikit berbeza; Muslim (no. 79) sanadnya daripada Abdullah bin 'Amr; Abu Daud (no. 4679) juga dari Abu Said Al-Khudri]


Faktor Bertambah dan Berkurangnya Iman

Terdapat beberapa faktor bertambah dan berkurangnya keimanan seseorang Muslim. Antaranya ialah:

1. Ma'rifatullah (mengenal Allah), nama-nama dan sifat-sifatNya. Orang yang mengenal dan beramal dengan  Allah, nama dan sifatnya akan bertambah pula keimanan dan keyakinannya. Kerana itu kita akan mendapati bahawa orang yang arif dan yakin dengan sifat-sifat dan nama-nama Allah akan lebih baik keimanannya berbanding orang lain. 

2. Melihat tanda-tanda Allah yang ada pada seluruh ciptaanNya di alam semesta serta syariatNya. Setiap kali manusia  merenung kekuasaan Allah yang ada di alam semesta, maka akan bertambah keimanannya sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala: 


وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ. وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚأَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?. [Az-Zariyat 51: 20-21]


3. Banyak ketaatan. Manusia yang semakin taat kepada perintah Allah akan semakin bertambah keimananya sama ada ketaatan dari sudut perbuatan mahupun perkataan dan jika berkurang maka dapat menurunkan iman dihati. Zikir dapat menambahkan keimanan begitu juga solat, puasa, haji dan sebagainya baik darisegi kuantiti mahupun kualiti. 

[Fatawa Arkanul Islam lil Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin]



والله أعلم بالـصـواب 


[FATWA] Hukum Gugur Kandungan Bagi Mangsa Rogol



السلام عليكم





Jenayah rogol adalah suatu jenayah yang amat berleluasa dan ditakuti masyarakat Islam khususnya dan masyarakat agama lain khususnya. Bagi mangsa-mangsa yang telah diperlakukan sedemikian, maka akan terdengarlah khabar yang menjadi fitrah bagi wanita iaitu mengandung. Sungguhpun status anak dalam kandungan itu dianggap hina oleh masyarakat, namun di dalam Islam anak itu adalah mulia lagi suci. Sering kali juga wanita yang menghadapi situasi ini akan mengambil jalan pantas dengan menggugurkan kandungan atas sebab maruah, nama baik keluarga dan sebagainya. Apakah hukum dan fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu ini?

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.


Keterangan/Hujah: 

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial Bil 1 Tahun 2000 pada 16 Mei 2000 telah menyarankan agar satu kajian dilaksanakan supaya kaedah pengguguran dapat digunakan bagi mengatasi masalah berkaitan Seksyen 9 Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 iaitu mengenai perlindungan kepada wanita hamil/gadis yang hamil di luar nikah.

Kes rogol membabitkan semua peringkat umur dengan mangsa paling muda berusia 10 bulan hingga wanita bergelar nenek. Perbandingan kumpulan usia di antara mangsa dan perogol menunjukkan mereka memilih mangsa yang lebih muda. Pada tahun 1997, 55.8% mangsa berusia bawah 16 tahun, manakala 97.5% perogol berusia 16 tahun ke atas.

Statistik turut mendedahkan pada tahun 1998, tempat kejadian rogol banyak berlaku di rumah dan bangunan iaitu 67% yang dikatakan selamat untuk mendapat perlindungan, 8% ditempat terpencil dan 12% berlaku di dalam semak dan estate. Sementara 16% kes yang dilaporkan membabitkan kejadian rogol oleh orang yang tidak dikenali, 84% mangsa mengenali perogol iaitu mengikut pecahannya 20% di kalangan ahli keluarga dan 64% membabitkan rakan, rakan sekerja dan majikan.

Menggugurkan kandungan selepas empat (4) bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana dharurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)


Di antara keuzuran yang diambilkira sebagai dharurat ialah:

1. Ketiadaan susu wanita selepas bersalin sedangkan anak sangat berhajat kepadanya dan tidak ada gantian lain.

2. Keadaan yang amat lemah menanggung bebanan kehamilan.

3. Keadaan si ibu yang bekerja yang terdedah dengan pelbagai mara bahaya.

4. Pengakuan daripada para doktor yang pakar yang menyatakan bahawa kehamilan tersebut membawa kepada bahaya.

5. Ibu mewarisi penyakit yang merbahaya dan kronik.

Manakala menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari adalah makruh, sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada suami isteri. Ijmak Fuqaha’ juga berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu menghadapi cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.



والله أعلمُ بالـصـواب